View: 1418|Reply: 2
|
Warga Tua Argentina 40 Tahun Hidup Dalam Gua
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Warga Tua Argentina 40 Tahun Hidup Dalam Gua di Utara Argentina
Manusia zaman sekarang amat bergantung kepada internet, komputer dan akan rasa amat gelisah sekiranya telefon bimbit tiada kuasa bateri. Tetapi di utara Argentina, terdapat seorang warga emas menjadikan gua sebagai rumahnya selama 40 tahun dan berkehidupan seperti di zaman purba.
Menurut warga tua tersebut, sejak kecil lagi dia sudah berimpian untuk jauhkan diri dari kesibukan di bandar dan rasa seronok tinggal di dalam gua.
Walaupun kulit Luca kelihatan agak kesat, beberapa batang giginya pun kehilangan, tetapi dia nampak lebih muda berbanding dengan warga emas yang berusia hampir 80 tahun. Separuh hayatnya hidup di gua tapi dia langsung tidak rasa kesunyian, Setiap hari melalui rutin harian yang sistematik.
Luca berjalan kaki pergi ke pekan San Pedro de Clara untuk membeli makanan selain memburu binatang
Pedro Luca yang berusia 79 tahun, menjadikan sebuah gua yang terletak di Wilayah Tucuman sebagai kediamannya. Dalam gua tiada elektrik dan kekurangan air, keluar memburu dengan senapangnya apabila perut lapar, atau pun berjalan kaki ke pekan San Pedro de Clara untuk membeli makanan, sebatang sungai menjadi punca airnya.
Pada siang hari, ditemani oleh 11 ekor ayam dan dua ekor kambing, ketika waktu malam, mereka akan menyembunyikan diri untuk mengelakan diri menjadi mangsa buruan singa dan binatang lain.
Setiap hari kira-kira pukul 3 pagi, apabila terdengar bunyi burung gagak atau ayam, Lucca akan mulakan hari terbarunya dengan menyalakan api.
Hiburan harian yang paling digemarinya adalah mendengar siaran radio, cuma isyarat penerimaan siaran radio agak lemah, jadi kebiasaannya dai tidak dapat dengar siaran radio dengan jelas.
Dalam gua tiada elektrik dan punca air, untuk minuman Luca bergantung pada air sungai berdekatan
Sejak kisah Luca ini dilaporkan oleh media tempatan, namanya mendapat perhatian dan dikenali ramai. Penduduk di pekan sering menghadiahkannya makanan dan barang keperluan, ada kala terdapat pelancong dan pelajar sekolah datang mengunjunginya.
Manakala, pihak kerajaan, turut menawarkan 100 hingga AS$200 kepadanya sebagai wang pampasan hari tua. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
| |
|