Hutan Lipur Lata Belatan terletak di daerah Besut, Terengganu dan ia merupakan pintu masuk utama kepada para pendaki ke Gunung Tebu.
Jarak perjalanan dari Bandar Jertih melalui kira-kira 15 km dan 118 km dari Kuala Terengganu. Hutan Lipur Lata Belatan ini turut mempunyai air terjun yang dipanggil Air Terjun Lata Belatan yang sangat popular dikalangan masyarakat disini.
Air Terjun Lata Belatan amat sesuai untuk kanak-kanak mandi manda kerana air sungainya yang tidak terlalu dalam, jernih, berpasir halus dan tidak merbahaya. Jadi tidak hairanlah setiap hujung minggu atau cuti persekolahan, air terjun ini sentiasa penuh dengan pengunjung kawasan setempat dan juga dari luar.
Pelbagai kemudahan asas juga disediakan disini seperti gerai, tapak perkhemahan, dan tandas. Ia mula dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.
Untuk aktiviti perkhemahan, pendakian Gunung Tebu, dan lain-lain aktiviti, sila hubungi Unit Hutan Lipur dan Rekreasi, Ibupejabat, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.
Unit Hutan Lipur dan Rekreasi,
Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu,
Tingkat 7, Wisma Negeri,
20200 Kuala Terengganu.
Tel. : 09-6274155
Faks : 09-6236552
Jika ingin berkhemah, bayaran sebanyak RM2 dikenakan bagi setiap orang manakala RM5 bagi yang ingin mendaki Gunung Tebu. Terdapat juga chalet berhampiran air terjun untuk disewakan. Harga sangat berpatutan! - CARI