Edited by Eva_yy_Ellin at 7-10-2016 08:38 AM
ok nak tunaikan janji sebelum ni,sm cakap sape yang dapat jawab teka teki kali ni akan diberi hadiahkan.ok jom mula.
sm beri masa hingga tengah malam esok je mencari pemenang.
Harris sedang meneliti bukti-bukti pembunuhan. Andaian permulaan si mangsa yang mati itu bunuh diri,kerana mangsa ditemui menggantung diri dengan bukti lain berupa surat yang menunjukkan bahwa ia benar - benar bunuh diri. mangsa hanya memiliki seorang ayah, ibunya sudah meninggal. Dan kebetulan ayahnya pun ada di sini. Dari keterangan ayahnya dikatakan bahawa surat itu memang ditulis anaknya, kerana dia sudah biasa dengan tulisan si anak . Surat itu berbunyi seperti ini:
Salam buat ayahku
Aku ingin pergi tanpa kembali
Lia kekasih hati maaf kekilafan ku ini
Lain kali kita bertemu,mungkin di lain destinasi
Yang di sini harus kau teliti,jawapan yang tak terhenti.
Namun detektif tetap merasa curiga. Sepertinya kematian ini satu pembunuhan. Setelah di siasat, ada 4 orang suspek yang berhubungan erat dan punya alasan untuk membunuh si mati.
1. Lia,teman wanita si mati.sering bertengkar sebelum kematian akibat si mangsa yang suka bermain kayu 3
2. si mangsa juga diketahui mempunyai hutang yang banyak sewaktu bersama kekasih lama Sally
3. Rakan perniagaan mangsa.dimana sering membuat ugutan untuk membunuh si mangsa kerana berhutang terlampau banyak
4. Si ayah, yang sering mabuk dan berjudi. insurans nyawa si mati adalah di atas nama si ayah.Hubungan ayah dengan mangsa sudah lama putus, namun beberapa hari ini si ayah mengunjungi mangsa kerana rindu.
Detektif kembali melihat isi surat itu. Seperti kuncinya ada di surat. Sekilas memang si mangsa kelihatan seperti bunuh diri jika dilihat dari isi suratnya, tapi detektif yakin si mangsa bukan bunuh diri. Dia dibunuh!! Mungkin ini yang berlaku. Dia memiliki masalah dengan seseorang, lalu orang itu berniat membunuhnya. Tapi sebelum dibunuh, si mangsa disuruh menulis surat wasiat agar seolah2 dia bunuh diri
si mati tidak bodoh untuk biarkan kematiannya tergantung tidak berjawab.
Jadi siapa pembunuhnya dan apa alasannya?
|