CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Themist

KISAH PENAMPAKAN MAKHLUK HALUS YG AKU ALAMI

[Copy link]
Post time 10-12-2016 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
mak.esah replied at 10-12-2016 11:26 PM
tt smbg lg..xsaba nk tau

Nanti seminggu x nak masuk lagi mak esah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2016 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sebu replied at 10-12-2016 11:29 PM
Nanti seminggu x nak masuk lagi mak esah ni

haha i pilih2 cite yg xseram sgt je ni utk hilangkn bossn mlm2  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2016 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Themist at 11-12-2016 10:53 AM

SAMBUNGAN

Ketukan betalu-talu.Aku masih biarkan sebab otak still tak boleh absorb siapa yg ketuk pintu.Aku cuba bangun, tak boleh.Badan aku kaku tak boleh bergerak.Ketukan di pintu makin galak berbunyi!Dari ketukan, skrg bunyi bertukar hilaian ketawa.Sumpah!Aku dgr hilaian ketawa.

Hiiiiiihiiiiiihihiihiiii

Hiihiiiihiiiiihiiiiihii

Bunyi hilaian ketawa memenuhi setiap genap ruang bilik aku.Ya Allah, bunyi ape ni, dan kenapa aku tak boleh bergerak.Macam-macam persoalan bermain.Aku kuatkan diri, surah-surah yg aku ingat ku baca.Aku cuba gerakkan kepala ke kanan.Kepala dapat aku gerakkan, tp that was not a good decision after all!Aku lihat ada "orang" yg sedang memeluk lutut (fetus position) dkt sebelah kanan.Jarak "org" tu dgn aku hanyalah lebih kurang jarak 1 tapak kaki je.Aku bgi istilah "org" sbb lembaga tu berbaju polo warna kuning dan berseluar jeans.Aku pandang wajah dia, definitely this is not human.

Lembaga tu berwajah pucat, penuh luka-luka di muka dia, dan yang paling aku tak boleh lupa, senyuman dia!Benda tu tersenyum sambil menampakkan gigi tajam-tajam halus dan taring dkt mulut dia.Selalu lembaga halus ni berambut pjg kan, tp yg sedang tenung aku ni berambut pendek.So aku dpt simpulkan yg lembaga tu adalah lelaki lah.

Bunyi hilaian ketawa masih bergema

Hiiihiiihiiihiihii.Hihiihihiiiiiihii

Sambil badannya yg memeluk lutut ke depan dan ke belakang.Wajahnya tepat memandang aku sambil mulut menyeringai senyum.

Ahh tak boleh jadi, aku kene lawan jugak utk bgn.Sampai bila aku nk biar benda ni sakat aku.Aku tolak badan aku kuat-kuat ke atas sambil mulut tak lekang membaca surah yg terlintas.Akhirnya, after 5 minit berusaha, aku berjaya bergerak!Berpeluh aku ketika itu.Aku cepat-cepat bangun, bunyi hilaian ketawa sudah tak kedengaran, lembaga tadi pun sudah hilang entah kemana.Aku lega.

Cepat-cepat aku capai bantal, dan berlari ke bilik ili dan emy.Waktu tu mujur emy masih berjaga.Dia terpinga-pinga tgk aku mcm dalam ketakutan yg amat sgt.Aku mintak izin utk tumpang tido dkt bilik diorg malam tu.Sebelum aku terlelap, emy sempat bertanya kenapa aku macam dalam ketakutan.Aku jawab pendek, ''esok aku cerita'' dan aku terlena kepenatan.

Pagi tu, emy dgn ili tak sabar-sabar nak tau pasal kejadian malam sebelumnya tu.Aku pun ceritalah secara detail.Terkejut beruk diorg dgr yg aku kene ganggu dgn hantu mlm tu.Aku tanya emy, ko takde dengar bunyi apa2 ke?Dia ckp dia tak dgr bunyi apa-apa pun, even yg ketukan kt pintu tu pun dia tak dengar.So kiranya at that time, aku seolah-olah berada dkt dimensi yg lain.Tp aku memg pasti itu bukan mimpi.The feeling is actually mcm ko kene tindih.Sesiapa yg ada pengalaman pernah kene tindih boleh paham la kan betapa terseksanya keadaan tu.

Tiba-tiba Emy minta maaf.Dia ckp aku rasa "benda" tu mesti ikot aku balik semalam.Dia ckp yg dia lalu dkt jalan angker (refer cerita aku bahagian 1).Aku pun sebenarnya dah boleh agak yg "benda" tu ikot si emy ni.Sbb kejadian berlaku lepas aku bukakan pintu.Kenapa "benda" tu kacau aku instead of member aku yg dia follow.Wallahualam.Lepas kejadian tu,aku dah fobia nak bukakan pintu kalau kawan-kawan balik tgh malam buta.

Tamat










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.310218 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list