View: 1630|Reply: 5
|
Kucing 'menangis' atas kubur tuan
[Copy link]
|
|
Edited by winamp05 at 20-12-2016 09:35 AM
INDONESIA. Walaupun telah dibawa pulang ke rumah oleh beberapa penduduk, seekor kucing tetap kembali ke kubur tuannya. Kucing berkenaan kemudian akan duduk berehat di atas kubur tuannya, kadangkala berbunyi 'meow' kuat berulang-kali dan kadangkala senyap seribu bahasa.
Kisah kucing tersebut menjadi viral di laman sosial dan mendapat liputan antarabangsa selepas didedahkan oleh seorang pelayar, Keningau Prayitno.
Difahamkan, Keningau sendiri cuba membawa kucing tersebut pulang ke rumahnya, tapi binatang berkenaan tetap berpatah balik ke kubur tuannya.
Beneran mas...pernah sekali saya mau bawa pulang..tapi gak mau.." kata Keningau dipetik laporan Sriwijaya Post.
'Ibu Kundari' tertulis atas batu nisan kubur yang menjadi tempat 'lepak' kucing berkenaan.
Sriwijaya Post mengatakan Kundari dan suaminya sering memberi makan kepada kucing tersebut ketika pasangan berkenaan masih hidup.
Kisah kucing malang tersebut disamakan dengan kisah anjing bernama Hachiko, yang setia menunggu tuannya yang tidak kembali di sebuah stesen kereta api.
Kisah Hachiko kemudian menjadi filem animasi Jepun, diadaptasi oleh Hollywood, malah sebuah patung anjing 'Hachiko' juga dibina di stesen kereta api berkenaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
indon punya cerita jangan terima bulat bulat.... kaum fasik |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa citer ni dah basi..dari tahun lepas aku dah baca pasal kucing ni..ingat citer lain..sekali kisah ulang tayang jua.. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm diletak je kucing tu |
|
|
|
|
|
|
|
Citer ulangan dah pernah ada aritu |
|
|
|
|
|
|
| |
|