CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2128|Reply: 8

Bolehkah Orang Bukan Islam SELAMAT Dari Neraka ? Ini Jawapan Dr Maza Yang MENGEJ

[Copy link]
Post time 20-12-2016 12:03 PM | Show all posts |Read mode

Pernah tak kita terfikir apa yang jadi kepada rakan bukan Islam kita yang berakhlak mulia. Atau benarkah semua orang bukan Islam akan masuk neraka. Soalan: Ada ramai bukan muslim dalam dunia ini yang mati dalam keadaan tidak mengetahui tentang Islam. Mereka dianggap mati kafir. Mungkin juga mereka tahu tapi tidak faham tentang Islam. Apakah mereka tetap masuk nereka?




Jawapan Dr MAZA: Ini satu soalan yang penting. Ramai muslim menganggap sesiapa yang bukan muslim dalam dunia ini pasti akan masuk neraka. Ada beberapa perlara yang perlu kita ketahui dalam hal ini.

1. Hujjatul Islam Al-Imam al-Ghazali (w. 505H) dalam Faisal al-Tafriqah bain al-Islam wa al-Zandaqah menyebut tentang mereka yang diselamatkan dengan rahmat Allah dari hukuman azab nereka, antaranya beliau menyebut: “Aku katakan bahawa kebanyakan Kristian Rom dan Turki pada zaman ini termasuk dalam rahmat ini –dengan izin Allah- iaitu mereka yang berada di penghujung Rome dan Turki yang tidak sampai dakwah. Mereka itu tiga golongan; (golongan pertama) mereka yang tidak sampai kepada mereka nama Muhammad sama sekali. Mereka itu dimaafkan. (golongan kedua) mereka yang sampai kepada mereka nama Muhammad, sifat-sifatnya dan segala mukjizat (bukti) yang telah nyata.

Mereka ini berjiran dengan Negara Islam dan bergaul dengan kaum muslimin. Mereka ini kuffar yang nyata. (golongan ketiga) mereka ini antara dua keadaan. Sampai kepada mereka nama Muhammad s.a.w tetapi tidak sampai ciri dan sifatnya. Mereka sejak awal mendengar bahawa seorang pendusta yang mengelirukan bernama Muhammad telah mendakwa menjadi nabi…mereka ini pada pendapatku sama seperti golongan yang pertama. Mereka ini sekalipun mendengar nama Muhammad tetapi mereka juga mendengar apa yang bercanggahan dengan sifat-sifatnya. Ini tidak menggerakkan mereka untuk mencari kebenaran..”

Kenyataan al-Imam Ghazali ini sekalipun beliau bercakap pada zaman beliau tetapi juga memberi gambaran bahawa sesiapa sahaja yang tidak sampai hujah yang nyata tentang Islam sekalipun mengetahui nama Islam, tidak termasuk dalam golongan kafir yang layak dihukum neraka. Apatah lagi di zaman kita ini, di mana wajah Islam yang sebenar sering dikelirukan dan orang muslim juga sering bertindak mengelirukan orang lain tentang Islam yang sebenar. Tuhan Maha rahmat kepada sekelian hamba-hambaNYA.

2. Banyak hadangan yang telah dan sedang mendindingi cahaya yang hakiki Islam untuk sampai. Ini termasuk kemunduran negara umat Islam yang sentiasa porak-peranda, kelam-kabut, merusuh dan bergolak. Sikap buruk sesetengah orang muslim yang mendominasi keadaan lalu gagal menjadi contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat dunia. Ditambah media massa Barat yang memberikan wajah buruk tentang Islam; disokong pula oleh tindakan umat Islam sendiri. Lihat Iran yang menzalimi rakyatnya, Pakistan yang porak peranda dan menindas wanita dan Dunia Arab yang sentiasa korupsi dan menumpah darah antara satu sama lain. Kelompok-kelompok kononnya jihad yang mengebom di sana-sini.

Mereka semua itu telah menggunakan lencana ‘Islam’, jenama ‘Islam’, lambang ‘Islam’ sehingga Islam yang hakiki menjadi begitu suram dan kabur. Kesemua itu adalah gunung dan bukit yang menghalang cahaya keindahan Islam yang hakiki dari menembusi jiwa kebanyakan manusia hari ini. Maka, bukanlah satu keadilan jika Allah menghukum mereka di akhirat dalam keadaan demikian. Allah berfirman:
وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ
“Tidaklah tuhanmu itu zalim terhadap hambaNya” (Fussilat: 46).

3. Namun tidak dinafikan ada yang telah sampai penerangan yang jelas melalui jalan yang Allah kehendaki. Cuma, bukan semua berpeluang. Mungkin kita kata: mereka boleh cari Islam yang sebenar dalam internet. Malangnya, maklumat dalam internet juga bercampur baur antara yang benar dan yang palsu, antara yang indah dan buruk. Entah berapa banyak puak dan aliran dalam masyarakat muslim. Jika orang yang lahir dalam masyarakat Islam pun keliru, apatahlagi yang baru hendak mencari. Kemudian, bukan semua orang mempunyai kemampuan analisa.

Tidak pula semua mempunyai cukup masa. Ada ramai yang tua dan tidak berpendidikan yang cukup. Juga bukan semua yang sedar bahawa mereka tidak berada atas hidayah. Jika pada zaman dahulu, Salman al-Farisi mengembara dari Parsi untuk mencari Nabi dengan penuh dugaan dan derita, tapi berapa orangkah penduduk Parsi yang sanggup sepertinya?!!. Parsi hanya menerima Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w dengan sampainya tentera Umar bin al-Khattab ke sana. Jika Allah mewajibkan semua orang lakukan seperti Salman, pasti suatu bebanan yang tidak tertanggung oleh manusia.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2016 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengejutkan pebende? Quran dengan jelas nyatakan bahawa orang yang beriman walau bukan Muslim boleh masuk syurga. Taraf syurga mungkin rendah sikit dari muslim punya le
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 12:55 PM | Show all posts
ulamak cari forum terkedu

kak dah lama baca buku berkaitan hujah ini. ada yang cerdik cakap agama daripada nabi adam ke rasulullah tak sama. yang pada zaman rasulullah sahaja islam , yang lain agama lain.

kadang2 bukan apa, rajin kan diri beli kitab dan berguru

cuma huraian berkenaan golongan mana tak sampai islam tu kak masih blur katak.. terima kasih tt kongsikan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang fikir, dengan rahmat Allah sahaje boleh masuk syurga. Kalo Allah nak bagi, takde sape boleh halang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg tekejutnya?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2016 09:01 AM | Show all posts
Syurga Milik Allah... Hanya dia yg berhak menentukan kita layak ke tidak...
Insyallah sama2 mendapat ke redhaan NYA...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2016 09:59 AM | Show all posts
ka6_jeram replied at 20-12-2016 02:29 PM
Senang fikir, dengan rahmat Allah sahaje boleh masuk syurga. Kalo Allah nak bagi, takde sape boleh h ...

ai agree dgn statement nie...

sedangkan yang islam pun blm tentu masuk syurga...entah2 jadi kayu neraka jer...

nikmat Allah siapa yang nak dustakan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2016 10:03 AM | Show all posts
Bukan utk kta menilai tp cukup untuk sekadar menambah ilmu di dada.

Apa2 pun,cukupkan amalan kita. Solat dan puasa pun tak betul,kita yang muslim ni pun belum tentu masuk syurga.huhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2016 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih baik fikirkan nasib sendiri disana kelak daripada dok menyibuk nak tentukan nasib orang lain. Imam alghazali pun tak selorat sesetengah org2 kita yang sibuk tentukan nasib org lain. Kuman diseberang nampak gajah depan hidung tak nampak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.565074 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list