CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1396|Reply: 1

[Idea] Selamat Hari Darwin - EVOLUSI DAN AGAMA

[Copy link]
Post time 13-2-2017 01:39 AM | Show all posts |Read mode


Sám Ahmedarino
2 hrs ·
EVOLUSI DAN AGAMA:

Ramai kawan muslim / kristian aku tanya, kalau aku accept evolution, dah mana aku nak campak kepercayaan penciptaan adam dan hawa / adam dan eve dalam agama? Personally, dalam hati aku jawab "Science doesn't give a damn on whatever bullock you believe in, it only cares about the truth, and so it's still true whether you believe it or not"

Tapi... aku cuba memahami mcm mana diorg terperangkan di antara agama dan sains. Sbb aku pon pernah rasa benda yg sama. Lagipon aku pon tak ada masalah dgn penterjemah agama dan sains selagi bertempat.

Sebelum ni pon dah mmg agama diterjemahkan mengikut sains. Contoh macam teori big bang dikaitkan dgn satu ayat bumi dan langit bersatu kemudian dipisahkan... Tapi aku tak paham kenapa benda yg sama tidak dibuat sama keatas teori evolusi biologi?

Mungkinkah terlalu kompleks kot org agama nak paham evolusi? Atau terlalu banyak salah paham dan fitnah ke atas teori ni? Sampai diorg sendiri pon confuse yg mana satu teori evolusi sebenarnya. Sebab tu aku asyik dengar diorg cakap "mana boleh manusia asal drp monyet, kami tak setuju!!". Padahal, bila pulaknya teori evolusi pernah cakap manusia berasal daripada monyet?, Charles Darwin pon tak pernah cakap mcm tu. So, diorg ni tak setuju dengan apa benda sebenarnya?

Jadi, sebelum nak menterjemahkan agama dan sains, aku harap org agama dapat ambil masa utk baca dan pahami sains betul2 dahulu sebelum buat kesimpulan.

Berbalik kepada kes mana nak campak agama klu accept evolusi? Aku bkn org yg tahu pasal agama so, aku tak boleh nak bagi penterjemahan agama dan aku tak berminat nak buat itu semua... Tapi, semasa aku belajar dulu, ada seorang lecturer biologi pernah berkongsi mcm mana dia accept teori evolusi pada masa yg sama mengekalkan pegangan agama melalui perterjemahan sains dan agama. Sebagai org biologi dia sedar terlalu banyak bukti tentang evolusi sampai tak mungkin bagi dia untuk abaikan teori tu. Tanpa evolusi, seluruh cabang biologi adalah tidak masuk akal.

Dia cakap, evolusi berlaku! Itu adalah fakta dan kebenaran. Evolusi berlaku pada semua benda hidup termasuk manusia. Manusia datang drp proses spesiasi daripada leluhur benda hidup, sama seperti hidupan lain. So, mcm mana dgn penciptaan adam dan hawa? Bukankan drp tanah ke? bagi dia penciptaan adam dan hawa ada metafora kejadian manusia. Penciptaan adam dan hawa adalah proses 'manusia' menerima akal, proses di mana 'manusia yg tak berakal' (atau binatang??) menjadi manusia. Ini dia panggil sebagai evolusi psikologi. Dengan kata lain, 'manusia' menjadi mula menjadi manusia bila kita mula berakal, itulah yg dimaksudkan dgn penciptaan adam dan hawa.

Bagi aku, aku tak anggap ini sbg betul atau salah dan aku juga tak endorse perterjemahan ni sbb aku bukan seorg yg mengambil agama sbg terlalu serius. Kalau nak argue, org sains dan org agama mungkin ada ramai tak setuju dgn penterjemah ni... Aku tak berminat nak elaborate lebih atau menentang... Sbb ini pendapat bukan fakta. Aku just nak share pendapat dia sahaja.

Tetapi bg aku sekurangnya Ini salah bentuk penterjemahan agama dan sains yg 'friendly' dan ini boleh jadi titik pertemuan antara sains dan agama. Dalam kes ini Seseorang tidak perlu meninggalkan agama utk menerima sains atau sebaliknya.

SELAMAT HARI DARWIN!

S. A.
https://www.facebook.com/syam.ahmedarino/posts/10212375753448085

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Godless replied at 13-2-2017 01:39 AM
Sám Ahmedarino
2 hrs ·
EVOLUSI DAN AGAMA:

However, science without religion is lame, religion without science is blind - Albert Einstein

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.275248 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list