CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1873|Reply: 6

Bahaya Paraben di dalam syampu

[Copy link]
Post time 4-3-2017 09:03 AM | Show all posts |Read mode



Lecturer i baru mention semalam pasal bahaya paraben ni. Katanya dalam syampu losyen banyak benda ni lg2 syampu yg dtg dri negara Thai sana.. apakah itu paraben? Apa kesannya kepada kita?


APAKAH PARABEN?





Parabens adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet. Ia digunakan untuk melawan bakteria dan kulat. Hampir semua parabens yang digunakan sebagai bahan pengawet adakah buatan manusia dan bukan dari sumber semulajadi. PARABENS boleh diserap melalui sistem kulit, darah dan penghadaman.Paraben boleh ditemui sebagai methylparaben, ethylparaben,propylparaben, butyparaben,isopropylparaben,yang terdapat dalam alat solek/ kosmetik.


BAHAYA PARABEN


1)Paraben ni menyerupai  hormone dan ia boleh menggangu fungsi sistem endocrine . Ia boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem badan seperti tiroid, ovari, hypothalamus dan juga sistem peranakkan lelaki


2) Penghasilan estrogen yang tidak normal akan meransang kanser payudara. Penyerapan paraben boleh mengalakkan penghasilan estrogen yang tidak normal. Ini boleh dijadikan alasan yang cukup besar untuk anda menjauhi produk yang mengandungi paraben


3)Paraben boleh memasuki salur darah walaupun hanya sapuan diatas kulit. Paraben  yang diambil melaui kulit atau sapuan adalah lebih pekat berbanding melalui minuman iaitu sebanyak 10 kali ganda.


4)Sekiranya  mempunyai kulit yang sensitive, paraben akan menyebabkan reaksi allergi dan ruam kulit. Kebanyakkan produk penjagaan kulit mendakwa ia adalah selamat untuk kulit sensitive walaupun mengandungi paraben. Penggunaan paraben dalam kuantiti yang amat rendah, dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan masaalah kulit yang serius







so lepas ni carilah produk bebas paraben walaupun harganya mungkin akan menjadi dua kali ganda.
Sekian sahaja dari saya!


*Reference :
http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.my/2013/11/bahaya-paraben.html?m=1


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2017 10:14 AM | Show all posts
bedak sejuk ada paraben x sis? kaka pakai bedak sejuk je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2017 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
syampu bebas paraben sls bagai ni buatkan kepala iol gatal n rambut kasar,...kalau conditioner iol ok
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2017 11:06 AM | Show all posts
Setakat ni diketahui parabens have ability to weakly mimic estrogen. No direct link between parabens and cancer has been established. Tapi kalau jumpa produk paraben free, semestinya pilihan yg lebih baik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2017 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 4-3-2017 02:14 AM
bedak sejuk ada paraben x sis? kaka pakai bedak sejuk je.

bedak sejuk mak cun??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2017 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
syadq replied at 4-3-2017 03:06 AM
Setakat ni diketahui parabens have ability to weakly mimic estrogen. No direct link between parabens ...

Ooo kira yg parabens menyebabkan cancer tu just theory?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2017 10:43 PM | Show all posts
WajibulGhunah replied at 4-3-2017 01:15 PM
Ooo kira yg parabens menyebabkan cancer tu just theory?

Ceritanya parabens pernah ditemui dalam breast cancer tissue. Tapi mekanisme dia boleh menyebabkan kanser belum muktamad lagi. Berbeza dgn other endocrine disruptors ie dioxin & bpa yg dah diketahui mekanismenya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.127018 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list