Author|Post time 18-3-2017 07:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
adheq replied at 18-3-2017 11:09 AM
I baca u tulis ni teringat beberapa hari sudah baca kat iium confession. Ni link
https://m.facebo ...
Tq share confession tu , confessor tu lagi besar ujian dia , ayah i blh jer uruskan diri sendiri cuma dia selalu tak larat and mudah penat
Ayah skrg ni tinggal dgn adik lelaki , ibu meninggal 10 thn lps masa tu adik masih bujang , now adik dah kawen dan dah ada anak . So 10 thn dah tinggal dgn adik .Respect dekat adik ipar sbb jaga ayah macam ayah sendiri . Time kerja or ada urusan , kami hire nurse utk jaga ayah , pastikan dia terurus dan ada teman. Krisis sikit lately ni dengan adik lelaki sbb sikap ayah ni , tak salahkan adik 100% sbb selama ni dia yang jaga . Nak salahkan ayah pulak tak proper . Duk tgh2 jadi pening pulak .
TT,
orang tua merupakan golongan yang sensitif. lebih2 lagi yang mempunyai penyakit. mereka merasakan yang mereka sudah tidak dipedulikan kerana sudah tua, ada penyakit dan menyusahkan orang lain terutama anak2.
mereka sering berpikir apabila duduk keseorangan. ini yang menambahkan lagi rasa sensitif mereka. i ada pengalaman macam TT. memang duduk serumah dengan mak tapi bila i kat opis, dia mula rasa sedih, boring. lalu dia akan menelefon i dan kami berbual seolah2 i ada di rumah.
bila i balik lambat atau maseh kat opis, dia akan telefon tanya bila nak balik, kekadang ada nada marah bila tau i maseh kat opis.
memandangkan TT duduk jauh dari ayah tu, TT kene la kerap menelefon. tanya khabar. amik berat. setiap ari pon xpe. xperlu la berbual sampai sejam tapi cukuplah sekerap yang boleh. jika ada masa, balik la jenguk. memanglah kita terikat dengan kerja. tapi family adalah keutamaan.
Post time 21-3-2017 11:24 AMFrom the mobile phone|Show all posts
pesanan utk tt. aku harap cita aku ni dapat jadi pengajaran utk tt.
arwah abah aku masa meninggal masih muda. 50s. tapi meninggal sebab sakit yang dia ada tu makin teruk. yes. sejak sakit dia makin teruk dia sangat emotional, especially dia bed bound. tak boleh jalan. commute atas wheelchair. so kalau apa2 mmg sgt mudah tersentuh dan menangis.
ada part yang aku rasa mcm abah nak perhatian, jadi ada sakit yg dibuat2. kdg2 aku ngomel dalam hati bila tgk abah luahkan perasaan atau nangis. aku cuba penuhi semua permintaan abah walaupun dalam hati merungut.
sampai one day, abah aku meninggal. lepas tu aku menyesal merungut dalam hati. aku pikir aku patut senangkan abah bila abah masih ada. patut ada dengan abah bila abah nak aku. layan dia sementara dia masih hidup. sekarang bila dah tak ada rindu, menyesal, sedih sbb org yang kita nak berbakti tu dah tak ada.
percayalah cakap aku. jaga orang sakit memang sangat penat. memang kena sabar banyak2. pujuk hati tu. percayalah. kau tak ada masa yang lama utk jaga ayah kau tt. dan aku tak nak nnt kau rasa terkilan andainya ayah kau pergi satu hari nanti. macam aku.
Author|Post time 21-3-2017 07:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
wanawina replied at 21-3-2017 11:24 AM
pesanan utk tt. aku harap cita aku ni dapat jadi pengajaran utk tt.
arwah abah aku masa meninggal ...
Tq share experience , i takda cakap nak mengeluh or penat dengan karenah dia , soalan i kat forumers mcm mana cara nak handle emosi dia , mana tau ada suggestion yang i tak cuba lagi , blh dpraktikkan utk keadaan dia skrg ni .
to TT ai suggest ko layankan je apa dia nak. dan banyakkan sabar, rendahkan suara bila bercakap dengan dia. biarlah di hujung usia ni dia rasa happy n rasa dihargai oleh anak2 dia. dan kalau dia pergi suatu hari nanti, TT tak rasa terkilan sebab dah berbakti.
Author|Post time 13-5-2017 12:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Assalam and hi everyone ,
Tetiba teringat thread ni dan nak inform ayahanda sy dah meninggal dunia pada minggu lps . Nak ucapkan terima kasih banyak2 pada nasihat dan suggestion semua forumers kat sini dan pada yang jadi silent reader yg pm saya. Pada hari terakhir ayahanda di dunia ni , alhamdulillah sy ada di sisi arwah ( ini memang doa saya setiap kali selepas solat) untuk berada bersama semasa dia menghembuskan nafas dia yang terakhir . Dari urusan pengurusan dan pengkebumian alhamdulillah semuanya mudah dan berjalan lancar . Sy nak mintak doa semua supaya dapat ayahanda saya berada di kalangan solihin di sana . Minta juga doakan permudahkan urusan arwah di sana . Akhir sekali , terima kasih banyak - banyak atas doa semua.