CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1516|Reply: 9

Aksi Pemandu Bas Ekspres Tunjuk Samseng, Memandu Secara Berbahaya Viral

[Copy link]
Post time 20-3-2017 01:32 PM | Show all posts |Read mode


SELEPAS pelbagai insiden nahas melibatkan bas ekspres, laman sosial sejak semalam kecoh lagi susulan sebuah rakaman video memaparkan aksi ala samseng seorang pemandu bas ekspres mengejar sebuah kenderaan, selain memandu dalam keadaan laju serta berbahaya menjadi viral.

Video dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram, Tunku Khalsom Ibrahim di entrinya @khalsomsom menunjukkan pemandu bas lelaki syarikat Darul Naim Express memandu dalam keadaan ‘membuta-tuli’, mengejar kenderaan Tunku Khalsom serta menunjukkan isyarat kurang sopan dalam kejadian di Lebuh Raya Karak.

Menurut Tunku Khalsom, kejadian berlaku pada 18 Mac lalu ketika dia bersama bayinya dan ibunya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

Dakwa Tunku Khalsom, pemandu bas ekspres terbabit yang memandu kenderaan dengan nombor pendaftaran WWU5909 telah memandu pada lorong paling laju ketika melepasi terowong, yang dipercayai berdekatan dengan Genting Sempah.

“Dia datang dengan laju (dan) telah mengejutkan semua orang dalam kenderaan kami. Emak saya yang memandu kenderaan tersebut bertindak membunyikan hon kepada pemandu bas itu supaya dia boleh memperlahankan pemanduannya. (Namun), dia mula membunyikan hon semula kepada kami.


“Marah dan bimbang memandangkan bersama (dalam kereta) kami adalah anak saya berusia satu tahun, emak saya cuba menjauhkan diri daripada situasi berbahaya tersebut,” katanya.



Walau bagaimanapun, Tunku Khalsom menjelaskan situasi menjadi semakin cemas apabila pemandu bas ekspres itu yang seolah tidak berpuas hati bertindak mengejar kenderaan dipandu ibunya dan beberapa kali cuba memotong kenderaan mereka.

“Dia langsung tidak memberi isyarat (ketika menukar lorong), hanya menukar dari satu lorong kepada satu lorong dengan pemanduannya yang mengarut.

“Dia berjaya memintas kami, sepertimana saya meminta ibu saya memperlahankan kenderaan kerana anak saya di dalam kereta, jadi dia berjaya memotong kenderaan kami,” jelasnya.

Berdasarkan video yang dikongsi secara jelas menunjukkan bahawa pemandu bas ekspres itu memandu dalam keadaan berbahaya apabila secara melulu menukar lorong dan memotong beberapa kenderaan lain tanpa memberikan sebarang isyarat, selain kelihatan pemandu bas itu menghimpit kereta dipandu mangsa sehingga mengakibatkan mereka hampir terlanggar pembahagi jalan.

Menurut Tunku Khalsom, mereka berjaya melepas situasi cemas tersebut dan menjauhkan diri daripada pemandu bas ekspres itu selepas melepasi tol.

Katanya, aduan berhubung insiden penuh dramatik dan berbahaya itu telah dibuat kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), namun setakat ini masih belum mendapat sebarang respon.

Insiden berkenaan menimbulkan reaksi pelbagai dalam kalangan netizen yang mengecam tindakan biadab dan berbahaya pemandu bas terbabit memandu dalam dalam keadaan tidak berhemah.


Ia turut mendapat perhatian  anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nedim Nazri yang turut menyelar kelakuan pemandu bas tersebut dan menggesa SPAD menyiasat insiden berkenaan

https://www.instagram.com/khalsomsom/

Sumber - MD


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2017 02:13 PM | Show all posts
tangkap dan humban dalam kandang rimau je drebar bas ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk je samseng kepada anak samseng tu nak komen sama.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 02:33 PM | Show all posts
selain hon, apa lagi yang dorang buat sampai driver bas tu marah benar?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 02:44 PM | Show all posts
Pemandu bas tak takut nak bunuh orang..bawak bas tu beralahla..apa2 jadi sah2 la org dlm keta yg teruk..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 03:08 PM | Show all posts
mesti ade buat something ni..

kalo x, xkan la nk mrh sgt drebar tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2017 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
pemandu bas tu mmg salah sbb bawak bas mcm tu. baran la tu. yg tukang amik video tu rsanya penumpang yg naik sjenis knderaan 4x4 yg mna diketahui oleh umat forum sbg driver yg.......korang smbung la sndiri.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 03:37 PM | Show all posts
aku kalo bas gila gini mmg takdela nk potong lg dia, bagi laluan utk dia laju and jauhkan diri. Accident waiting to happen. Rituh aku dh kena sekali kt jalan yg sempit dan banyak kereta queue yg bas gigih bwk laju dan menghimpit. Banyak kali hampir2 nk langgar aku, aku nk bg laluan pun mmg xleh, sbb 1 lane je and kereta beratur. Driver gila.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2017 03:56 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 20-3-2017 02:33 PM
selain hon, apa lagi yang dorang buat sampai driver bas tu marah benar?

pakai hi - beam atau pun pandu terlalu rapat/ slow. sometime yang pandu lorong kanan ni tak tau had laju. katala had laju 110, dia bantai bawak 90



Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 06:14 PM | Show all posts
Kalau nak ikutkan sama2 salah tapi pemandu bas dah jadi terlebih baran tu yang jadi cam tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.050873 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list