CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3646|Reply: 8

Toyota Lancar Model Baru Sabtu Ini?

[Copy link]
Post time 11-5-2017 08:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 11-5-2017 10:46 PM

BERITA gembira bagi yang sedang ternanti-nanti kehadiran Toyota CH-R! Buat pertama kalinya model SUV berkenaan bakal membuat penampilan di Malaysia, Sabtu ini.
Berdasarkan sumber kami terima, model yang bakal dipertontonkan kepada rakyat Malaysia ialah Toyota CH-R versi 1.2L Turbo.
Bagaimanapun pasaran Malaysia mungkin tidak akan melancarkan versi berkenaan sebaliknya memperkenalkan enjin bersesaran 1.8L Hybrid.
Toyota CH-R Masuk Malaysia Sabtu Ini?

BERITA gembira bagi yang sedang ternanti-nanti kehadiran Toyota CH-R! Buat pertama kalinya model SUV berkenaan bakal membuat penampilan di Malaysia, Sabtu ini.
Berdasarkan sumber kami terima, model yang bakal dipertontonkan kepada rakyat Malaysia ialah Toyota CH-R versi 1.2L Turbo.
Bagaimanapun pasaran Malaysia mungkin tidak akan melancarkan versi berkenaan sebaliknya memperkenalkan enjin bersesaran 1.8L Hybrid.
BILA NAK DILANCARKAN
Buat permulaan, UMW Toyota Motor dikhabarkan bakal membawa masuk Toyota CH-R versi diimport sepenuhnya (CBU) sebelum memperkenalkan model pemasangan tempatan (CKD) di kilang Toyota di Bukit Raja, Shah Alam.
Begitu juga dari aspek spesifikasi, kami dikhabarkan pihak UMW Toyota masih belum mempunyai kata putus varian apa yang bakal dibawa masuk untuk pasaran Malaysia.
ANGGARAN HARGA
Tambah sumber itu lagi, Toyota CH-R versi CBU dijangka akan lebih mahal berbanding CKD. Anggaran harga bagi versi CBU adalah sekitar RM160,000. Manakala versi CKD pula akan dijual pada harga lebih kompetitif. Kemungkinan sekitar RM125,000.
NJIN TURBO
Sedia maklum, Toyota CH-R yang sudah dilancarkan diperkenal dalam dua pilihan enjin iaitu 1.2L Turbo dan 1.8L Hybrid.
Berikut ialah spesifikasi enjin Toyota CH-R bagi pasaran UK;
  • 1.2 Petrol Turbo (115 HP) Multidrive S - kod enjin 8NR-FTS, 16 injap DOHC dengan VVT-i, suntikan bahan api D-4, 185Nm@1,500-4,000rpm, transmisi CVT, 179kmj, 0-100kmj 11.4 saat.
  • 1.8 Petrol Hibrid (122 HP) Automatik - kod enjin 2ZR-FXE, 16 injap DOHC dengan VVT-i, suntikan bahan api EFI, 142Nm@3600rpm, motor depan elektrik jenis sinkroni magnet tetap, jenis bateri logam nikel hidrida, transmisi Automatik Hibrid, 169kmj, 0-100kmj 11 saat.
Jika anda mahu menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang terawal melihat kehadiran Toyota CH-R, jom ramai-ramai ke Pusat Konvensyen Setia Alam, Sabtu ini.

https://pandulaju.com.my/toyota-ch-r-masuk-malaysia-sabtu-ini/



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2017 08:58 PM | Show all posts
kalah lar HR-V....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 09:23 PM | Show all posts
harap ada version besar sedikit ala RX lexus.. kereta dah cantik tp kecik sempit..

kalau ada besar sikit, akak xbeli pun just download image
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow cantik nya, kalu byk duit nak juga satu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sexy sgt
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
cantik jugak. ranggi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2017 02:39 PM | Show all posts
naiiisss!
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 02:45 PM | Show all posts
Jauh lagi cantik dari HR-V.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2017 10:44 AM | Show all posts
maybe hujung tahun baru launch.dpt info dari dealer toyota.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.139704 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list