|
Kisah seorang suami yaitu Hj N yang tidak pernah marah ataupun membentak isterinya.
Ketika ditanya apakah rahsianya, sang suami itu pun bercerita.
"Dulu aku pernah melihat isteriku dicakar oleh seekor kucing kesayangannya. Isteriku itu hanya tersenyum sambil berkata "SATU".
Esok harinya kucing itu mencakar lagi, tapi isteriku tetap senyum dan berkata "DUA".
Keesokkan harinya lagi, kucing itu mencakar lagi. Sambil tersenyum isteriku berkata "TIGA".
Di hari sama isteriku mengambil satu bungkusan dan menaburkannya ke atas ikan dan dihidangkan kepada kucing yang mencakarnya. Kucing itu makan dan seketika kemudian dia mengelepar lalu mati. Si suami terperanjat lalu berteriak marah.
"Hei, kau ni dah gila ya.. kau racunkan kucing itu hanya kerana dia mencakar..!!"
Si isteri tersenyum sambil berkata, "SATU"
Sejak saat itu si suami tak pernah lagi memarahi isterinya sehinggalah ke hari ini...
Berani??
|
|