View: 5482|Reply: 14
|
Lelaki bina rumah guna pembalut makanan McDonald’s
[Copy link]
|
|
Ruang tamu rumah yang diperbuat daripada sampah kitar semula di Dundee, Scotland.- Agensi
DUNDEE, Scotland – Seorang pereka tong sampah berjaya membina sebuah rumah mesra alam yang diperbuat daripada sisa-sisa sampah termasuk pembalut makanan segera McDonald’s serta botol minuman plastik.
Angus Carnie, 35, meminta bantuan daripada rakan-rakannya di syarikat pengurusan sampah bagi mengutip beberapa tan sampah untuk dijadikan sebagai material binaan.
Carnie berbelanja sebanyak £15,000 (RM81,650) untuk menyiapkan rumah dua bilik itu dalam tempoh tujuh bulan.
Kediaman itu kelihatan seperti dibina menggunakan kayu balak tetapi sebenarnya merupakan bahan plastik dan batu-bata tiruan.
Premis berkenaan juga menggunakan sumber elektrik yang terhasil menerusi sistem solar dan kuasa angin. Sumber air pula diperoleh menerusi tangki air hujan di atas bumbung kediaman itu.
Sebelum ini, Carnie mempunyai rumah mewah di Lymm, Cheshire di Britain tetapi menjualnya kerana mahu hidup dalam keadaan sederhana selepas doktor mengesahkan dia mempunyai sejenis pertumbuhan di kepala dipercayai tumor. – Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada gmbr yg lagi jelas x? |
|
|
|
|
|
|
|
Agak mahal jugak kos keseluruhan dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
repurpose but investing do much money still..i dont get it |
|
|
|
|
|
|
|
Mahalnya £15,000. Tak worth it langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
lebih selesa mahligai indah sya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau org kreatif yg buat boleh jd cantik je rumah.. tp kalau sejenis yg mcm aiol buat rumah dr brg terpakai mst rumah pun dah nmpk mcm timbunan sampah sarap |
|
|
|
|
|
|
|
dalam gambar tak nampak pon yg di kitar semula |
|
|
|
|
|
|
|
Ape ini?bersepah je ruang tamu die tu..xde nampak bekas mcd pun. :zz |
|
|
|
|
|
|
|
ok i can't really see it clearly. |
|
|
|
|
|
|
|
x nmpk pun barang recycle |
|
|
|
|
|
|
|
apa yang di recycle. tak nmpak pn |
|
|
|
|
|
|
|
tak berapa Nampak, tak faham |
|
|
|
|
|
|
| |
|