|
dah mulakan first step tak tt?
Ni nak berkongsi cerita. Akak dari dulu iklan diri sebagai tutor maths. Dalam tu, memang spesific bagitau nak ajar mereka yang betul2 lemah maths aje, bukan yang dah pandai maths tapi nak score AAAAA masa exam. Sebab akak memang bermotivasi dan suka tengok budak2 yang benci maths end up suka maths.
Sekarang akak duduk luar negara, masih buat benda yang sama, iklan sebagai tutor maths untuk yang betul2 lemah maths sahaja. Memang expect dapat budak2 la kan, sebab selalunya macam tu la.
Tapi semalam dapat murid pertama yang betul2 buat akak rasa sangat bermotivasi dan berbaloi, and you feel alive and good.
Murid akak ni dah berusia 25 dan dah bekerja buruh kasar, baru mendaftar kat kolej untuk jadi electrician. Bila dia kata tak faham maths, akak expect maths dalam buku teks dia la kan. Minta dia tunjuk buku teks tu, memang penuh dengan simbol2 elektrik macam P = IV. Ingatkan dia tak faham yang tu, rupanya ....
dia tak faham yang lagi basic. Lepas tu dia cerita tentang diri dia. Dia pelarian afghanistan, datang sini ~ 5 tahun lalu di bawah unhcr. Dia seorang je, ibu bapa dan adik-beradik semua dah meninggal masa perang. Di afghan dia tak pernah sekolah. Sebab dia dah dewasa, bila datang sini, dia tak la masuk sekolah macam budak2 pelarian lain. Lepas masuk kelas intensif english, dia cari kerja. Baru sekarang dia masuk kolej sebab nak baiki diri dia.
Masa kelas pertama, akak bagi set soalan maths dari yang paling basic 1+2, sampai ke pecahan dan titik perpuluhan, sebab nak tahu basic mana yang dia tak tahu tu. Alhamdulillah setakat campur tolak darab bahagi yang mudah2 dia dah belajar sendiri2, tapi bila bab pecahan perpuluhan itu semua benda baru bagi dia. Lepas kelas, dia ucap banyak2 terimakasih, lepas tu tanya boleh ke akak atau suami ajar dia baca Quran dan tolong dia fahamkan teks, sebab katanya english dia limited pada benda2 basic je.
Yang kelakarnya semalam, bila dengar cerita perang tu, akak dah mula nak meleleh air mata, husband siap cakap bisnes is bisnes, jangan emo sangat. Tapi husband akak bagi diskaun 50%, eh memandai pula. Bila tengok muka dia gembira sangat dan nak tambah masa belajar, ya Allah akak rasa, akak memang nak duit tapi akak pun nak pahala juga. I feel so good.
|
|