Kerna Syurga Bukan Percuma slot Raihana
Isnin - Rabu, 9.00 malam
Astro Maya HD
Nantikan drama bersiri Kerna Syurga Bukan Percuma diinspirasikan daripada sebuah novel karya Najmi Fetih. Membariskan pelakon seperti Fikry Ibrahim, Fendy Bakry, Elfira Loy, Fadzil Zahari, Dania Azmi, dan ramai lagi. Terbitan produksi Nuansa Sdn Bhd arahan sutradara Shuhaimi Zulkefli. Akan menemui penonton di saluran Astro Oasis pada bulan November nanti.
JUDUL : KERNA SYURGA BUKAN PERCUMA
TARIKH / MASA : November 2017
SIARAN : Astro Oasis
PENULIS NOVEL : Najmi Fetih
PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli
TERBITAN : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Fikry Ibrahim, Elfira Loy, Fadzil Zahari, Dania Azmi, Fendy Bakry, Fahad Iman, Azzahra Ahmad, Fahmy Reza
WATAK PELAKON
Fikry Ibrahim sebagai Khai
Elfira Loy sebagai Solehah
Fendy Bakry sebagai Abang Surau
Fadzil Zahari sebagai Nazmi
Dania Azmi sebagai Nafisah
SINOPSIS KERNA SYURGA BUKAN PERCUMA
Mengisahkan Khairul Rafeeq atau Khai, seorang remaja yang ingin berhijrah ke arah kebaikan. Namun hijrah itu tidaklah semudah yang disangka, pelbagai dugaan yang perlu ditempuhinya.
Perjalanan taubatnya dibantu oleh Abang Surau, nama panggilan yang diberikan kepada pemuda yang ditemuinya di sebuah surau. Sejak pertemuan itu, persahabatan antara mereka menjadi semakin akrab.
Abang Surau mempunyai peribadi yang cukup mulia. Tatkala Khai seakan-akan mahu berputus asa dengan hidayah yang diberikan kepadanya, Abang Surau sentiasa ada untuk menguatkan semangatnya mencari redha Allah.
sumber: myinfotaip
LAGU TEMA / OST
Lagu : Jalan Keluar
Artis : Rabithah
salam , best jugak cerita ni . lain dari yang lain. cuma nak tanya uolls: sapa yek nama pensyarah perempuan tu , ala yg badan gebu . pelakon lama kan dia nie. lupa lah nama dia. fikry ibrahim , bagus mamat nie berlakon .
Best drama ni klu nak bandingkan dgn drama pkl 10 astro ria tu. Tp tu la mcm x bnyk dpt promosi.
Fikri ni wlupun asal pelawak tp x nmpk sisi lawak. Klu pelawak lain cthnya mcm Johan ke or Nabil
klu bw watak serius,still nmpk lg lawaknya. Tp Fikri menjadi lakonannya. Thumbs up for him
Post time 2-1-2018 12:36 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Akhirnya, habis jugak iols tgk drama ni.. Huhuhu..
Overall kekuatan drama ni iols nak letakkan pd characterization by fikry ibrahim, azila rafar dan haeryanto. Lakonan mrk sgt cemerlang, watak khai sgt in control dari ep1 sampai last. Jalan ceritanya okay tp approachnya agak skema. Ya lah, tayang kat oasis pasti byk limitation..
Isu rumah terbakar tu tak cukup strong, which sepatutnya klimaks dan dramatik tp quite cliche for me.