View: 7616|Reply: 3
|
Edisi MMP: MARKAS GRUP ARTILERI PERTAHANAN UDARA TENTERA DARAT
[Copy link]
|
|
MARKAS GRUP ARTILERI PERTAHANAN UDARA TENTERA DARAT
GAPU atau Grup Artileri Pertahanan Udara
Bagi menyelaraskan corak pemerintahan, kawalan, latihan dan pentadbiran rejimen, markas pemerintahan yang dinamakan Markas Grup Artileri Pertahanan Udara (GAPU) ditubuhkan pada 1 Oktober 1998.
Tak banyak info tentang GAPU jadi Admin menyelongkar internet bagi menulis artikel ini untuk pembaca.
GAPU terdiri daripada empat buah Rejimen Artileri Pertahanan Udara iaitu:
31 RAD GAPU Oerlikon 35mm Twin
32 RAD GAPU Starstreak, Banshee 400, FN-6
33 RAD GAPU Igla, Djigit, Anza Mk II, BOFI 40mm L/70
34 RAD GAPU Jernas
361st RAD GAPU Parachute Battery Anza Mk II
Formasi Rejimen Artileri Pertahanan Udara sama dengan Artileri Meriam kecuali kesemua batteri di kenali dengan huruf S, T dan U.
Hanya 31RAD memiliki batteri simpanan dengan pengenalan V Battery.
Sementara itu 32 RAD memiliki dan mengoperasikan dron target Snipe dan Meggitt Banshee 400 yang digunakan untuk latihan penembakan rejimen. Setiap Rejimen APU juga mengandungi woksyop organik dari Royal Electrical and Mechanical Engineers Corps.
Bateri (Pasukan Artileri) telah didedahkan kepada latihan Army Training and Evaluation Programme (ARTEP) dan terlibat dalam siri latihan Navigations In large Artillery Manoeuvre (NILAM), yang merupakan latihan medan dan menembak peluru hidup.
Peranan Markas GAPU bukan sahaja sebagai penasihat kepada Panglima Medan TD dalam aspek pertahanan dan pengurusan ruang angkasa Pemerintahan Medan, malah turut bertanggungjawab kepada Markas Pertahanan Udara Gabungan (Hq.IADS), sebuah markas yang menyelaras operasi pertahanan udara TDM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Peranan GAPU ialah bertanggungjawab mempertahankan ruang udara Malaysia dari daratan, menangkis serangan udara supaya pertahanan darat tidak dibinasakan dengan mudah, meskipun dengan keupayaan yang terhad.
Bagaimanapun sistem pertahanan udara negara, selain GAPU, ia disokong oleh sistem persenjataan armor dan infantri. Biasanya Rejimen GAPU akan di gandingkan dengan trup Armor dan satu platun infantri.
Aset terkini dan masa depan
Kenyataan media dari laman sesawang THALES, merujuk kepada sistem pertahanan udara terintegrasi yang dipanggil FORCEShield telah ditandatangani antara GlobalKomited (syarikat yang buat trak huduh GK-M1 dan anak syarikat Westar) dengan Thales.
FORCEShield adalah sistem pertahanan udara terintegrasi dengan kombinasi sistem pelancar peluru berpandu Starstreak yang merangkumi sistem radar dan koordinasi pertahanan udara CONTROLMaster 200 yang digabungkan dengan platform pelancar olah gerak RAPIDRanger yang bakal ditempatkan pada kenderaan tempur VAMTAC dan RAPIDRover pada kenderaan GK-M1, selain terkandung tapak-tapak pelancar Lightweight Multiple Launcher - New Generation yang membolehkan sistem tripod yang dapat diatur gerak pada mana-mana kenderaan tempur atau ditempatkan di lokasi strategik bagi tujuan pertahanan udara jarak amat dekat.
Apa yang paling penting, perolehan bukan semata-mata dibuat untuk peluru berpandu vshorads sahaja tetapi merangkumi sistem integrasi yang melibatkan sistem radar pertahanan udara dan beberapa sistem pelancaran olah gerak yang fleksible selain sistem sedemikian mampu menangani ancaman udara asimetrikal, sangat selari dengan pandangan dan tumpuan pak Menhan berkenaan ancaman keganasan oleh non state actor yang juga pada masa sama mampu menangani ancaman konvensional sedia ada....
kami disini nak kata, good move DS Hishamuddin.....sila juga tumpu pada sistem pertahanan udara aras menengah.
Tahukah anda sebenarnya Sistem ForceShield dan Sistem Jernas boleh di integrasikan dibawah satu air defence command-and-control system yang dikenali sebagai ADC4I.
UK telahpun memajukan integrasi fasa 1 GBAD UK.
Program ini menggabungkan Starstreak dan Rapier FSC air defence missile system dengan keupayaan Network.
MMP tak nampak kenapa Tentera Darat tak boleh melakukan perkara yang sama kerana MBDA memiliki hubungan yang rapat dengan Angkatan Tentera Malaysia.
Semasa ujian penembakan StarStreak pada tahun lepas admin nampak dalam video Kementah dan blogger lain menunjukkan Radar Skyguard Jernas dan TRML 3D turut terlibat dalam eksesais tersebut. Adakah kemungkinan TD telahpun cuba mengintegrasikan Force Shield dengan Jernas di bawah satu layer pertahanan udara?
MEDIUM RANGE SAM GAPU
Gapu telah pun menggariskan keperluan bagi perolehan aset pertahanan udara jarak sederhana. Walaupun begitu kekangan bajet membantutkan perolehan ini.
Walaupun belum ada sebarang pemilihan, pihak GAPU pernah di tawarkan 4 jenis SAM Medium Range iaitu:
BUK M Russia
KS1 China
LY 80 China dan
Terkini
Aster 30 Land Based.
Gambarajah menunjukkan gambaran lapisan pertahanan udara GAPU masa kini (gambaran saja. Aturgerak sebenar tentulah lain) dan MMP yakin jika GAPU di lengkapi Medium Range SAM maka GAPU akan menjadi Grup Artileri Pertahanan Udara yang sangat formidable.
- MMP
Sumber:
https://malaysiamilitarypower.bl ... rtahanan-udara.html |
|
|
|
|
|
|
|
akak suggestkan guna S400 russian. kalau ada tu tiap2 hari singapore kena tekanan darah tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak baca pun segan...aset apa la sangat yang gomen beli untuk GAPU ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali bocor, berterabur la korang kena bom...nak harap kat 2 bijik radar Vera E... kihkihkih |
|
|
|
|
|
|
| |
|