CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2174|Reply: 10

Bapa ‘Binatang’ Tampar, Pijak Anaknya Di Kaki Lima

[Copy link]
Post time 6-12-2017 04:33 PM | Show all posts |Read mode





TRAGIK… Satu rakaman video memaparkan seorang bapa bertindak kejam terhadap anak perempuannya kemudian menjadi tular menerusi laman YouTube sejak Isnin lalu.
Menerusi video berkenaan menyaksikan lelaki terbabit bukan sahaja sanggup menampar, malah memijak serta hentak anaknya ke kaki lima jalan dalam satu kejadian di sebuah stesen bas di Utara China, Sabtu lepas.

Pada mulanya, suspek berusia 39 tahun yang dikenali sebagai Zhang itu dilihat sedang menyalakan rokok.

Tidak lama selepas itu, suspek bertindak menampar budak malang itu sebanyak beberapa kali sebelum menolaknya ke atas kaki lima jalan dan memijak belakang badan mangsa tanpa belas kasihan.

Nasib malang kanak-kanak tersebut tidak terhenti di situ sahaja apabila Zhang kemudiannya menarik mangsa bangun lalu menghentaknya pula.

Bagaimanapun, Daily Mail melaporkan suspek telah berjaya ditahan polis dan kanak-kanak berkenaan yang dianggarkan berusia dua tahun itu telah diserahkan kepada neneknya.

Hasil pemeriksaan pihak hospital kemudian mendapati kanak-kanak malang itu tidak mengalami sebarang kecederaan. – AGENSI/MYNEWSHUB.CC/AM


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2017 04:34 PM | Show all posts

geramnya tengok. memang orang awam kat sana tak ada perasaan ke e.. bodoh sangat2  

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm apa sangat lah perlakuan mcm ni. Depa relax2 cangkung kat mrt station. Selamba hokay lap2 and blah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut kasi je species mcm ni. Jgn bagi membiak lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 09:04 AM | Show all posts
PRC?

Why am I not surprised?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa ni...mana mana sama ja..meluat ku..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2017 02:09 PM | Show all posts
Tak dinafikan mereka ni agak ganas dengan anak nak2 mereka yang datang dari luar bandar
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 02:12 PM | Show all posts
gila ke apa??

aku ni yg marah anak aku pagi td pun sampai sekarang rasa bersalah xhabis lagi..

yg ni sedap2 je dia pijak ank dia..bodoh betul la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2017 03:04 PM | Show all posts
Apa nk heran
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 12:10 PM | Show all posts
Haishhh...ada lg org cmni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 01:26 PM | Show all posts
budak sekecik tu apalah daya dia nak melawan
dengan budak bolehlah berlagak samseng
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.040051 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list