Misi membayar nazar selepas berjaya mengatasi beberapa ujian kehidupan yang amat sedih dan pedih yang abang sendiri lihat dan abang sendiri bantu.
Bila hot fm call buat panggilan kata nak beri sponsor, abang dengar kegembiraan pada suara sahabat abang, siap buat apa yang disuruh dengan harapan betul lah "syarikat" tu nak menaja. Rupanya kena game dengan DJ melalui Panggilan Hangit. Shame on you hot fm!
Bila menipu untuk melawak, banyak ulama pun dah banyak tegur rancangan panggilan hangit ni. Ada yang haramkan.
Buat pengetahuan semua, sahabat abang ni sehelai sepinggang dalam ekspedisi ni. Basikal pun orang beri/pinjam, seluar basikal pun orang bagi pinjam (dengar dalam video), dengan dana yang kecil beliau berani melakukan ekspedisi ni . Buat masa ni seorang sahabat yang monitor naik motor.
Jadi abang nak mengajak sesiapa nak beri derma, nak beri tajaan apa-apa yang sesuai boleh hubungi abang atau sahabat abang, Derma akan disampaikan kepada masjid-masjid yang dilawati dan untuk kegunaan ekspedisi.
Buat masa ni (18/12/2017) beliau Menghala ke Tanjung Piai Johor.
esok akan ke mersing - muadzam shah - kuantan - terengganu - kelantan - masuk thailand dan keluar padang besar - perlis- kedah - penang - perak dan habis kt selangor
Yang nak bantu berikut maklumat akaun beliau dan no tel. Boleh hubungi terus untuk jumpa pada yang berdekatan.
norzairi zainal
maybank
164034271991
MOHON VIRALKAN, semoga Allah balas dengan kebaikan.