Bilo Nogori Jupo Kelate slot Iris TV3
Isnin hingga Khamis, 6.30 petang
bermula 26 Disember 2017
Drama bersiri Bilo Nogori Jupo Kelate arahan Amor Rizan mengisi slot Iris di TV3. Diterajui gandingan utama Nazrief Nazri dan Mia Ahmad. Drama romantik komedi arahan Amor Rizan. Mula bersiaran pada 26 Disember ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang di TV3. Dua episod pertama boleh ditonton di post ini.
JUDUL : BILO NOGORI JUPO KELATE
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Disember 2017
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 6.30 petang
SIARAN TV : Slot Iris TV3
PENULIS SKRIP : Che Li
IDEA ASAL : Syarina Azizan
PENGARAH : Amor Rizan
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Nazrief Nazri, Mia Ahmad, Didie Alias, Datin Fadilah Mansor, Kamarool Haji Yusof, Kuna Muzani, Hanna Aqeela, Adam Shadan, Tisha Shamsir Alam
WATAK PELAKON
Nazrief Nazri sebagai Noah
Mia Ahmad sebagai Nik Safiya
Didie Alias sebagai Sarimah
Kuna Muzani sebagai Mek Nab
Fadilah Mansor sebagai Jamilah
Kamarool Hj Yusoff sebagai Pok Nik
Hanna Aqeela sebagai Syakira
Adam Shadan sebagai Abe Mat
Tisha Shamsir Alam sebagai Rara
LAGU TEMA / OST BILO NOGORI JUPO KELATE
Cuba Teka - Tasha Manshahar & Syed Shamin
Gadis Jolobu - WARIS feat Dato Hattan
Semakin Benci Semakin Rindu - Fian Ali
Most Wanted - WARIS
Oghe Kito - Iwere
SINOPSIS BILO NOGORI JUPO KELATE
Adat dan budaya merupakan identiti sesebuah masyarakat. Pastinya setiap masyarakat mempunyai adat resam serta gaya kehidupan yang mereka banggakan. Namun bagaimanakah keadaan jika dua pasangan yang berasal dari negeri berbeza yang begitu kuat memegang tradisi masing-masing diikatkan dalam pertalian yang sah?
Noah (Nazrief Nazri) dan Safiya (Mia Ahmad), baru sahaja berpisah dengan pasangan masing-masing, membuat keputusan untuk berkahwin selepas berkenalan hanya dalam tempoh enam bulan. Konflik mereka bermula apabila tiba masanya untuk bertemu dengan keluarga masing-masing yang mempunyai banyak perbezaan. Dapatkah keluarga Noah yang berasal dari Negeri Sembilan bersatu dengan Safiya yang berasal dari negeri Kelantan, pastinya mengamalkan adat resam yang berbeza daripada mereka?
kenapa cerita ni bila org nogori bercakap x letak subtitle eh? aku x fhm lah bila org nogori tu bercakap.. x faham sepenuhnye.. bila kelantan bercakap letak pulak subtitle.. aku ni org pantai timur, boleh lah faham yg ore kelete, tapi yg nogori tu x fhm pun
Citer ni dah ditayangkan ke? Bukan baru2 ni tayang kt tv3 kan. Suka dgr didi alias dan kuna cakap loghat masing2. Terhibur esp Kuna. Humanghai.... ayat Didi Alias.
tergolek2 ai gelak ok..sejibik mcm kwn ai cite MIL die..nanges2 time nak balik ke rumah sndri lepas kawen..asik ckp copekk bonar pindah ehh....alahai anak omakkk