View: 2796|Reply: 10
|
10 Tragedi Terburuk Pelancong Sepanjang 2017. Gara-Gara Selfie - Rugi Berjuta Ri
[Copy link]
|
|
Setiap aktiviti pelancongan pasti ada kisah manis dan pahit tersendiri. Semua itu akan dijadikan panduan bagi menambah baik perancangan akan datang.
Namun, bagaimana pula ketika anda seronok ‘berselfie’ tetapi akhirnya menghancurkan artifak dunia yang berharga?
Jom semak 10 kisah terburuk yang perlu diambil iktibar.
1) Artifak 800 tahun pecah
Sebuah keluarga dari United Kingdom yang melawat biara di England telah merosakkan artifak keranda yang berusia 800 tahun semata-mata untuk berselfie!
Kejadian itu berlaku apabila mereka meletakkan bayinya di dalam keranda tersebut mengakibatkan kos membaiki keranda yang pecah itu dianggarkan 130 USD. Ini kerana batu seumpama itu hanya boleh ditemui di luar London.
2) Tampar petugas kapal terbang
Gara-gara terlambat, penumpang wanita telah menampar petugas lapangan terbang setelah diberitahu bahawa pesawatnya telah ditutup.
Perbuatan tersebut dirakamkan CCTV yang menyaksikan wanita dari Wuhan China mengamuk kerana tidak dibenarkan memasuki pesawat Air France ke Paris.
3) ‘Selfie’ akibatkan rugi RM3.27 juta
Pengunjung wanita telah merosakkan hasil seni muzium bernilai 800,000 USD (RM3.27 juta) ketika berselfie.
Wanita itu telah memecahkan hasil seni bernama ‘glass pumpkin’ hingga pameran seni Yayoi Kusama’s terpaksa ditangguhkan tiga hari.
4) Cari pasal dengan Pengawal Keselamatan di London
Teruja dengan Queens Guard yang sentiasa berdiri tegak seperti patung, pelancong wanita membaling sarung tangan ke arahnya untuk melihat reaksi pengawal tersebut.
Namun Pengawal istana yang digelar Beefeater terus mengembalikan sarung tangan lalu memberi amaran keras dengan menyatakan ini bukannya jenaka.
5) Jade bernilai 44,000 USD patah dua
Pembeli wanita di China pengsan setelah mematahkan gelang tangan jade di sebuah kedai.
Kisah bermula ketika dia menyarungkan ke tangannya. Kemudian setelah dimaklumkan oleh penjual tentang harganya, wanita itu terus panik lalu cepat-cepat menanggalkannya hingga gelang jade tersebut jatuh dan patah dua.
6) Selfie lagi - hasil seni 200,000 USD rosak.
Mendapat tontonan 7 juta di Youtube, jelas kelihatan pengunjung wanita berselfie dengan mahkota seni bernama ‘Hypercaine’ oleh artis Simon Birch.
Kerana terlalu teruja, dia terlanggar tempat pameran hingga menyebabkan deretan hasil seni jatuh lalu menyebabkan kerugian bernilai ratusan ribu USD.
7) Syiling dalam pesawat
Percaya dengan tilikan, penumpang dari Shanghai ke Guangzhou, China telah melempar syiling ke dalam engin pesawat untuk mendapatkan nasib baik.
Namun malangnya ia menyebabkan penerbangan tersebut ditunda kerana tidak boleh terbang. Mekanik akhirnya mengeluarkan sembilan syiling dari engine tersebut.
8) Bayi ikan lumba-lumba mati
Tragedi sadis pabila bayi ikan lumba-lumba mati di Sepanyol ketika ramai pelancong mahu berselfie dengannya.
Ada yang mengeluarkan bayi ikan lumba-lumba dari air untuk berselfie serta ramai yang mengerumuninya hingga menyebabkan kematian.
9) Separuh bogel di seluruh dunia
Dua sahabat baik yang melancong ke seluruh dunia lalu menunjukkan punggung yang terdedah sebagai simbolik lawatan akhirnya di tangkap di Thailand kerana berkelakuan kurang senonoh di hadapan Kuil Wat Arun Bangkok, Thailand.
Mereka didenda dan diharamkan kembali ke Thailand.
10) Lekukan air (stalagmite) ribuan tahun akhirnya musnah
Di China, seorang lelaki telah menendang lalu merosakkan stalagmite berusia ribuan tahun di sebuah gua lama.
Tendangan beberapa kali ke arah 20 inci stalagmite hingga ia jatuh antara perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.
Jadi, iktibarnya – hati-hatilah ketika berselfie ya.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakannya gara2 selfie. aku pon tak paham apa yg bestnya selfie. ada tue nak selfie punya pasl smpi mati. |
|
|
|
|
|
|
|
tau takpe, macam sakit mental pun ade.
lawat orang sakit, selfie, nak makan selfie, dah bersiap nak keluar selfie, accident pun selfie
tapi nak buat camane, bak kata orang, handphone aku, socmed aku, aku punye sukalah!
sebelum ada social media ni, diorang buat apa eh? aktiviti harian selain selfie, update status, ushar page orang
|
|
|
|
|
|
|
|
Sampai mampos sebab nak berselfie pun ade.. Macam2 kebodohan.. |
|
|
|
|
|
|
|
diorg yang berselfie2 ni ada ke tengok balik gambar selfie mereka tu? tah2 simpan tah ceruk mana.. sampai masa storage dah nak penuh pi delete. |
|
|
|
|
|
|
|
Patut denda je pelancong yang buat anak ikan lumba-lumba tu mati. Geram aku dengan orang yang macam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa org suke selfie:
1. Camera selfie auto edit dan buat muka lagi cantik drpd kamera belakang...
2. Boleh nmpak muke & senyuman kite yg plg cun
3. Senang nk pastikan semua org masuk dlm gambar
4. Boleh tutup bahagian badan kalo yg gemok tp muka jenis tirus
5. Boleh pastikan background yg kite nk masuk dlm gambar & muke kite pun ade... bukti pernah sampai konon nye...
Itu based on kwn2 i yg suke selfie... belaka gambar gedabak muka padahal i nk tgk pemandangan tempat depa pergi... |
|
|
|
|
|
|
|
Stupid people everywhere. Attention whore everywhere. Orang2 mcm ni sepatutnya di jel selepas kejadian begini. Biar ingat smp mampos. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya yg terpatahkan gelang jade sampai fengsan {:childlike |
|
|
|
|
|
|
|
yg no 8 tu buat i sedih je... |
|
|
|
|
|
|
| |
|