View: 2489|Reply: 5
|
Tak Payah Pergi Jauh, Di Asia Pun Banyak Destinasi Bulan Madu Best!
[Copy link]
|
|
Pasangan baru berkahwin pasti membayangkan momen bulan madu penuh pengalaman menarik, kan? Kalau berduit, pasti boleh ke mana saja dalam dunia. Tapi, kalau bajet tak berapa menentu, apa kata kita tengok destinasi untuk honeymoon yang dekat-dekat saja.
Antara lokasi menarik untuk berbulan madu menurut Trips to Discover:
Maldives
Negara terkecil di Asia, sesuai untuk pasangan yang gemar berskuba. Anda boleh menyewa banglo terapung di kelilingi alam semula jadi atau tinggal di hotel mewah. Kunjungi ibukotanya, Male untuk membeli-belah kraf tangan.
Kebiruan laut yang tak tercemar dan keputihan pasir yang terbentang
Destinasi ideal berbulan madu untuk pasangan yang sanggup berbelanja demi kemewahan, berbanding destinasi lain di Asia yang lebih murah.
Singapura
Jika mencari suasana romantis dan kemewahan, anda boleh ke sini. Tempat menarik termasuk taman botanikal, Sungei Buloh wetland, dan Marina Bay yang ada Gardens By The Bay.
Jangan lupa layan Universal Studios di Singapura, tau
Puaskan hati dengan berbelanja di puluhan pusat membeli-belah terkenal. Jangan lupa menjamu selera dengan makanan India, Cina, dan Arab. Juga manjakan diri dengan mengunjungi beraneka spa.
Pulau Phil Phi, Thailand
Merupakan latar untuk filem The Beach, jadi memang menawan tempatnya. Usah ketinggalan melawat Viking Cave, Palong Bay, Maya Bay Sama Bay, dan Koh Phi Phi Leh.
Kalau bajet mengizinkan, pergi ke Thailand pun boleh, bang
Salah satu lagi pulau untuk berbulan madu di Thailand adalah Koh Lipe, kecil dan indah. Koh Samui adalah pulau eksotik yang menjanjikan hiburan malam di sepanjang Pantai Chaweng dan menyelam (scuba diving) dalam air jernih.
Malaysia Timur
Pasangan yang gemarkan alam semula jadi mesti datang ke sini kerana inilah destinasi hutan hujan dipenuhi pelbagai jenis haiwan termasuk orang utan. Banyak pantai yang masih belum diterokai di Sabah dan Sarawak.
Di Sabah dan Sarawak pun ada destinasi romantis untuk berbulan madu
Sarawak Cultural Village, pulau-pulau Sabah seperti Mabul punya keistimewaan tersendiri. Kinabatangan Wildlife Sanctuary juga mesti dikunjungi untuk melihat hidupan liar yang hampir pupus.
Sapa, Vietnam
Sapa merupakan kota raya indah di Vietnam yang bergunung-ganang dan sarat dengan budaya yang pelbagai. Pasar tempatan, ladang orkid dan sawah padi bertingkat-tingkat memukau pandangan. Pantai, pagoda, sungai dan UNESCO World Heritage Sites juga terdapat di sini.
Panorama indah untuk dikongsi dengan pasangan yang dicintai
Foto: beautyscenery
Boleh menyusuri Mekong Delta dengan menaiki kapal atau bersiar-siar dengan basikal. Kunjungi Phu Quoc, dengan air terjun mempersonakan dan bolehlah bermandi-manda.
Sihanouk, Kemboja
Pasangan yang mesra alam akan sukakan destinasi ini yang menitikberatkan penjagaan alam sekitar. Sihanoukville adalah destinasi mewah menjanjikan segalanya yang terbaik jika poket anda tidak kisah berbelanja lebih sikit.
Pantai berpasir kekuningan, laut membiru penuh ketenangan
Antara tempat menarik adalah Four Rivers Floating Ecolodge dan Sokha Beach Resort. Koh Kong sesuai untuk penggemar gajah dan haiwan liar lain di Cardamom Mountains. Koh Kong hanya 30 minit berbot dari Sihanoukville.
Bali, Indonesia
Sejak dulu, Bali sememangnya menjadi tumpuan pelancong. Ada pantai yang mendamaikan, hutan hujan tropika dan budaya mempesonakan. Boleh ikuti safari gajah untuk melihat kuih Tirta Empul.
Tika senja berlabuh, suasana hening menyalut tubuh
Foto: globalconstructionreview
Antara pantai popular adalah Legian, Sanur, dan Bali Selatan. Makan di pantai Jimbaran sambil melihat mentari terbenam pasti menjadi kenangan terindah. Nikmati hiburan malam di Kuta Beach sambil membeli oleh-oleh.
Cebu, Filipina
Tempat yang indah untuk bercuti bersama pasangan. Air laut tenang dan jernih serta mendamaikan. Anda boleh menaiki kapal untuk mengelilingi dan menikmati pemandangan indah taburan pulau. Kepulauan Palawan juga sesuai untuk pasangan yang ingin melihat gua, berkayak dan snorkeling.
Jeti untuk ke kapal yang akan membawa anda ke pulau impian!
Foto: @FilipinoScenery
Cuaca tropika yang hangat menjanjikan bulan madu yang menarik.
Di mana saja pilihan destinasi untuk berbulan madu anda, yang penting mencari keserasian bukan setakat dengan pasangan istimewa masing-masing, tetapi juga kesesuaian dengan bajet. Jangan ikut kata pepatah, Biar papa asal bergaya, okey? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Maldives tu mmg tiket boleh dpt murah tp expenses kat sana mahal nak mati pakai USD. Kalau betul nak honeymoon yg bajet Lombok dgn Yogya ok |
|
|
|
|
|
|
|
Pegi je gili trawangan. Best sgt!! Laut pun best for snorkelling |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak je lagi tempat2 menarik selain yang disenaraikan. Setuju Maldives tu agak overated je sebenarnya, |
|
|
|
|
|
|
|
Bali is the best. Weather sini better than europe |
|
|
|
|
|
|
|
Tak yah gi jauh2 makan pun senang |
|
|
|
|
|
|
| |
|