View: 2596|Reply: 7
|
Indahnya Cenote Di Mexico! Siap Boleh Berenang, Macam Di Alam Fantasi
[Copy link]
|
|
Kolam renang dan pantai sememangnya tempat terbaik untuk berenang, relaks dan bersantai. Di Mexico terdapat beberapa lokasi yang digelar cenote (senoti) dan ia gemar dikunjungi sama ada penduduk tempatan mahupun pelancong untuk aktiviti berenang dan menyelam di sini.
Apa itu cenote? Cenote ialah lubang yang terbentuk akibat runtuhan batuan kapur yang memperlihatkan air bawah tanah jernih yang terdapat di dasarnya.
Terdapat banyak cenote yang terbentuk di Mexico sekaligus menjadikan lokasi-lokasi cenote ini tempat tumpuan pelancong dan juga penduduk tempatan.
Jom jenguk lokasi-lokasi cenote di Mexico! Mana tahu suatu hari nanti anda berpeluang menjejakkan kaki di Mexico.
Jangan lupa singgah berenang di lokasi-lokasi ini ya!Ada banyak cenote di Mexico namun kami pilih 4 terbaik untuk tatapan anda!
Ik Kil
Foto: Oyster.com
Antara cenote terkenal di Mexico. Kira-kira 130 kaki dalam, anda seolah-olah berenang di dunia fantasi. Antara kemudahan di sini ialah restoran dan tempat persalinan.
Gran Cenote
Foto: Oyster.com
Dalam perjalanan anda ke bandar purba Coba, berhentilah sebentar di Gran Cenote. Dasar berpasir, air sejernih kristal dan dilengkapi taman.
Di sini anda akan berasa seolah-olah berada di dasar laut. Wajib untuk snorkel di sini dan anda bakal menjumpai pelbagai jenis ikan, kura-kura dan juga stalagtit dan stalagmite. Bagi yang suka berjemur, anda turut boleh berbuat demikian di sini
Samula
Foto: Oyster.com
Samula merupakan cenote paling ramai dikunjungi jurugambar profesional mahupun amatur.
Calavera
Foto: Oyster.com
Ia sesuai dikunjungi selepas seharian bersiar-siar di Tulum. Anda boleh terjun terus atau menggunakan tangga untuk mandi di sini.
Oh, Tuhan! Bawa aku ke Mexico sekarang! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknye........................ |
|
|
|
|
|
|
|
Shanteknyaaa...tp akak tak mampu...huhmmm |
|
|
|
|
|
|
|
subhanallah... hebat can cantik ciptaan tuhan |
|
|
|
|
|
|
| |
|