SEORANG PENGANGGUR DI ZIMBABWE BANGGA APABILA DINOBATKAN SEBAGAI ‘MR UGLY ZIMBABWE 2017’
William Masvinu, 43, yang berasal dari Epworth menerima anugerah tersebut untuk kali keempat dan dia yakin keputusan tersebut tidak dapat dipertikaikan lagi.
Dailymail melaporkan, Masvinu sangat gembira kerana berjaya merampas kembali gelaran tersebut yang diberikan kepada peserta lain, Maison Sere pada tahun lepas.
Juara tahun lalu, Maison Sere (gambar kanan) hanya berjaya di tempat ketiga dalam pertandingan Isnin lalu.
“Kali terakhir, saya banyak tak puas hati, tetapi kali ini saya bersedia untuk pertandingan ini dan saya gembira dapat merampas semula trofi saya. “Tiada yang boleh pertikai bahawa saya adalah orang paling buruk di Zimbabwe. Saya kini mahu membawa kehodohan saya ini di luar negara.
“Jika ada pertandingan Mr Ugly World, saya yakin saya akan membawa mahkota itu ke Zimbabwe,” katanya.
Masvinu membawa pulang wang tunai AS$500 (RM2,034) bersama seekor lembu manakala pemenang kedua Fanuel Musekiwa menerima AS$200 (RM814) dan Maison Sere AS$100 (RM410) di tempat ketiga.
“Saya akan bekerja keras dari segi penampilan dan cara saya membawa diri, datang tahun depan dan saya akan mengambil alih mahkota itu,”tambahnya.
|