View: 5721|Reply: 15
|
Elak Mata Pedih Potong Bawang, Cuba Tips Chef Gordon Ramsay Ini. Barulah Pro!
[Copy link]
|
|
Bawang antara bahan paling penting dalam apa jua masakan. Tanpa bawang masakan macam tak menjadi je. Bawang yang biasa digunakan dalam masakan tentulah bawang merah dan bawang putih.
Foto: CNN Indonesia
Selain menaikkan rasa dalam sesebuah masakan, bawang dipercayai mempunyai khasiat yang tersendiri dan kaya dengan vitamin dan zat yang bermanfaat bagi tubuh badan kita. Sebab tu la ada makanan tambahan (supplement) yang bahan asasnya ialah bawang.
Bila bercakap tentang bawang merah, satu masalah yang ramai suri rumah hadapi ketika mengupas bawang ialah ia sangat memedihkan mata. Ada kalanya ketika mengupas atau memotong bawang, air mata kita boleh mengalir dengan sendirinya.
Mengikut orang-orang tua zaman dahulu, banyak petua yang diajarkan pada kita tentang cara bagaimana hendak mengelakkan mata pedih ketika mengupas dan memotong bawang merah. Antaranya ialah dengan mencucukkan sebiji bawang di hujung pisau ketika mengupas dan memotong bawang.
Memetik dari sumberilhamku.com, lain pula caranya yang dikongsikan oleh Gordon Ramsay, cef handalan dunia yang memenangi bintang Michelin, pemilik kepada banyak restoran seluruh dunia selain menyertai rancangan pertandingan memasak seperti Hell’s Kitchen dan juga MasterChef.
Beliau berkongsi satu panduan yang berguna buat semua tentang cara memotong bawang dengan sempurna dan dapat mengelakkan mata anda kepedihan.
Cara memotong bawang dengan sempurna
1. Pertama sekali, kupas kulit bawang dan potong kepada separuh bahagian, membelahi akarnya. Cara ini dapat mengelakkan bawang mengeluarkan bahan kimia yang akan membuatkan anda mengalirkan air mata.
Foto: sumberilhamku.com
2. Setelah itu, ambil separuh daripada bawang yang telah dipotong dan hiris secara menegak. Pastikan anda meninggalkan ruang 1/2 inci daripada akar bawang. Semakin nipis hirisan anda, semakin halus hasil bawang anda di akhirnya nanti.
Foto: sumberilhamku.com
3. Kemudian, potong bawang secara mendatar dengan berhati-hati. Sekali lagi, pastikan anda tidak memotong sehingga ke akarnya.
Foto: sumberilhamku.com
4. Akhir sekali, pegang bahagian akar dan potong bawang anda daripada atas ke bawah untuk mendapatkan hasil potongan bawang tanpa perlu mengakibatkan tangisan! Buang akarnya.
Foto: sumberilhamku.com
Mudah je kan? Dan panduan ini sangat logik kerana bahagian bawang terdedah tidak menghala kepada kita dan ia dapat membantu mengelakkan percikan air bawang itu terkena pada mata kita.
Apa lagi. Jom cuba sekarang.! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ni petua masa nak potong. Masalahnye kengkadang tengah kupas kulit pun dah berair mata. Abis camno? |
|
|
|
|
|
|
|
Petua xnak mata pedih jadi acik bawang sejati |
|
|
|
|
|
|
|
Guna pisau tajam..kurang terpercik air bawang tu
Dan kurangkn membawang di socmed |
|
|
|
|
|
|
|
pakai je ni...murah dah
|
|
|
|
|
|
|
|
tipu je sume petua2 ni...
bini aku potong bawang kat dapur, anak aku kat bilik melalak pedih mata apa citer? haha
....jauh kot dapur ke bilik...kena lalu 2 ruang tamu |
|
|
|
|
|
|
|
petua dia yg menjadi betul2 ialah mengunyah masa potong/kupas bawang.
asalnya dia suruh kunyah chewing gum....tp kalo xde, buat2 kunyah pon jadi. try la...slalu dah buat. |
|
|
|
|
|
|
|
profesional jer yg buat ni... amatur belasah jer... |
|
|
|
|
|
|
|
aku selalu tikam bawang kat hulu pisau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!! |
|
|
|
|
|
|
|
petua dia yg menjadi betul2 ialah mengunyah masa potong/kupas bawang. |
|
|
|
|
|
|
|
ooo megunyah je , ok i try |
|
|
|
|
|
|
|
Byk petua dah try tp xpenah menjadik |
|
|
|
|
|
|
|
tp aku ada hari tk kuar air mata. ada hari tibe mata pedih. |
|
|
|
|
|
|
|
I potong bawang kalau besar2 je.... Kalau kekecik mcmni gune food processor |
|
|
|
|
|
|
|
Tips paling berkesan...
Pakai la Gogle. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|