View: 1319|Reply: 0
|
Cara menebus/redemption unit amanah tanpa melalui agent
[Copy link]
|
|
assalam warga cari.com.my semua,
awal tahun haritu unit amanah banyak yang harga berada dipuncak, sy pon nak keluarkan la sebab boleh masuk semula lepas harga jatuh.
nak dijadikan cerita jumpalah agent untuk keluarkan, tapi agent banyak cerita untuk halang saya keluarkan(mungkin dia ada KPI kot jangan banyak sangat jumlah client tebus unit amanah).. duit sendiri kot apasal nak keluarkan susah sangat sampai suruh keluarkan sikit shj yang nak guna, baki biar shj dalam tu..
sy dah fed up malas nak dengar ceramah, sy email la ke cust support unit trust ni, rupanya senang je nak keluarkan, agent je banyak cerita dan buang masa..
jawapan cust support :
"We are happy to assist you on your request. As per our procedure, you are required to complete our Redemption Form for withdrawals. As each form bears a serial number, a softcopy version is unavailable.
You may walk-in into one of our branches nationwide to get the RD form.
Based on your address in our record, below is the address of our nearest branch to your location"
jadi senang je, kalau nak redem/tebus terus pergi mana2 branch unit amanah korang, mintak RD form, isi dan setel.. siap dapat keluarkan semua sekali lagi tanpa perlu dengar ceramah.. straight to the point dekat kaunter tu.
Seminggu lepas tu masuk la jumlah berdasarkan NAV hari sy tebus ke dalam akaun sy..
sekarang tengah nak korek cara beli unit amanah tanpa melalui agent pulak guna website bank.. dapat tak kurangkan charge beberapa % komisyen agent tu,kalau dapat lagi kurang baik guna website je lepas ni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|