CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3677|Reply: 1

Peranan Evacuation

[Copy link]
Post time 2-7-2018 11:41 AM | Show all posts |Read mode





Negara kita dikejutkan pengunduran SF Tentera Darat Malaysia iaitu GGK & Briged Ke-10 Para dari Arab Saudi atas arahan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu,ramai orang terkejut dengan tindakan Menhan seolah-olah takut dan terlampau perkataan ''negara berdemokrasi dan berkecuali'' . Ada komen positif ada juga negatif,tapi penarikan SF kita bagaikan sudah kecut. Sebab kerajaan sebelumnya telah insiatif menghantar SF ke Arab Saudi sebagai pasukan medan hadapan supaya standby jika rakyat Malaysia terperangkap di negara bergolak.

Jadi hari ini,berkongsi serba sedikit tentang evacuation dan peranan sesebuah pasukan. Evacuation atau bahasa melayu ialah penarikan keluar dari sebarang ancaman baik Peperangan mahupun bencana alam,jadi sesebuah negara menghantar tentera dan pesawat bagi menarik keluar sebagai berjaga-jaga.

Sebagai contoh kerajaan Amerika Syarikat meletakan askar Marine di kedutaan negara masing-masing supaya membawa keluar rakyatnya jika sebarang pergolakan terjadi,seperti mana sejarah Fall of Saigon pada 30 April tahun 1975 diikuti Operation Urgent Fury pada 1983. Ada sesetengah negara berkecuali enggan letak askar dan bergantung harap kepada negara orang seperti kita. Manakala peranan askar di evacuation ialah melindungi orang awam,diplomat asing serta sukarelawan NGO dari sebarang timpa musibah,penulis telah menyenaraikan empat operasi emergency evacuation :



1.Operation Eagle Pull (12 April 1975)

Operation Eagle Pull adalah operasi membawa keluar rakyat Amerika Syarikat dari Republik Khmer (kini dikenali sebagai Cambodia) ketika gerlia Khmer Rouge sudah menawan ibu negara iaitu Phnom Penh dan operasi berjaya dengan membawa keluar 289 orang dengan selamat sama ada menaiki CH-53 atau C-130H Hercules ada juga masuk sempadan Vietnam Selatan untuk pergi ke Thailand.

2.1990 airlift of Indian from Kuwait (Ogos 1990-Oktober 1990)

Lebih 175,000 rakyat India termasuk Pakistan,Bangladesh yang bekerja dan tinggal di Kuwait ditarik keluar setelah berlaku pencerobohan tentera Iraq di negara itu pada 2 Ogos 1990,operasi ini dimulakan oleh dua rakyat India Mathunny Matthew dan Harbajan Singh sebelum kerajaan India menghantar pesawat awam dan tentera ke Jordan.Kisah ini difilemkan menerusi Airlift lakonan Akshay Kumar pada 2016

3.Evacuation of 660 Chinese People from Yemen

Hampir 660 orang rakyat China ditarik keluar dari Yemen setelah berlaku Perang Saudara Yaman antara puak Houthi dengan kerajaan presiden Hadi pada 2015,kerajaan China telah menghantar puluhan kapal tentera laut dan udara serta komando bagi melindungi rakyatnnya. Akhirnya berjaya membawa keluar dari Aden (tempat berkumpul) diikuti negara lain seperti Pakistan,Amerika Syarikat dan India serta negara lain turut menghantar kapal dan askar.Kisah ini diadaptasi menerusi Operation Red Sea

4.Evacuation of European from Rwanda (1994)

Lebih 3,000 askar dari Perancis,Belgium dan Canada telah dikerah bagi menarik keluar puluhan ribu orang eropah dari Kigali,Rwanda setelah berlaku pembersihan etnik dan perang saudara di negara bergolak sejak 1990 lagi,dan berjaya membawa semua rakyat dari pelbagai negara eropah.

--
Malaysia

Tiada apa hendak banggakan,kisah operasi Piramid tahun 2011 paling perit apabila rakyat Malaysia teperangkap di negara itu ketika rakyat negara itu gulingkan Hosni Mubarak,dan beberapa hari kemudian baru hantar pesawat hercules TUDM dan pesawat awam dari Air Asia dan MAS..Tahun 2015 cukup perit apabila rakyat Malaysia bersabung nyawa nak lari ke negara lain apabila Yaman bergolak tanpa protect..Jadi itu sebab kenapa kerajaan dulu hantar SF kat sana tapi sekarang dah berubah...













-

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2018 06:50 AM | Show all posts
Menhan tu apa ? Bapok indon yang jual jubo kat chow kit sana ka ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.239870 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list