KUALA LUMPUR 1 Ogos - Hujan ais dilaporkan berlaku di kawasan Bukit Jalil ketika hujan lebat kira-kira pukul 3 petang ini.
Beberapa video kejadian itu dimuat naik orang ramai di laman media sosial termasuk Twitter dan Facebook.
Video berkenaan ditonton lebih 10,000 pelayar selain turut menerima 1,000 perkongsian.
Menurut akaun Facebook Pak Toyyib, hujan yang amat lebat di sekitar Taman Bukit Serdang dan Bukit Jalil sebentar tadi telah menurunkan ketul-ketul ais.
“Subhanallah, hujan yang amat lebat di sekitar Taman Bukit Serdang dan Bukit Jalil sebentar tadi menurunkan ketul-ketul ais dari langit.Biarpun tidak lama tapi mengujakan. Waktu maghrib malam tadi pula berlaku bunyi guruh yang kuat seakan satu letupan memeranjatkan jemaah di surau,” ujarnya.
Sementara itu, sebuah lagi pemilik akaun Facebook, Halimah Cha, itu pengalaman pertama dilaluinya sepanjang duduk di sekitar Bukit Jalil dan berharap tiada perkara buruk berlaku.
“Dunia semakin dekat denga kiamat, Allahuakhbar takutnya. Malam tadi guruh bunyi punyalah kuat. Harap-harap tiada perkara buruk berlaku,” katanya. UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-hujan-ais-di-bukit-jalil-1.720648
|