View: 5418|Reply: 5
|
Indahnya Air Terjun Pelangi. Jom Tempah Trip Ke Sungai Lembing!
[Copy link]
|
|
Sungai Lembing di Pahang pernah menjadi terkenal kerana hasil bijih timah suatu ketika dulu.
Kini ia dikenali di kalangan pecinta alam kerana terdapat Air Terjun Pelangi sebagai tarikan utama.
Foto:Facebook
Anda boleh menempah trip ke Air Terjun Pelangi lebih awal sebelum tiba di Sungai Lembing. Setelah tempahan dibuat kebiasaannya trip anda akan bermula seawal pukul 5.45 pagi.
Anda akan dinasihatkan untuk berkumpul di gerai-gerai yang terdapat di pekan dan pada pukul 6.30 pagi anda akan menaiki 4x4 untuk ke air terjun tersebut. Perjalanan akan memakan masa selama sejam.
Foto:Facebook
Trip ke Air Terjun Pelangi dikenakan caj RM40-RM60 seorang. Harga termasuk pengangkutan 4x4, sekali dengan permit jabatan hutan.
Kemudian anda akan diberi maggi cawan beserta milo panas sambil menyaksikan keindahan Air Terjun Pelangi. Untuk trip Air Terjun Pelangi pada hari biasa, 6 orang minimum diperlukan.
Namun tak jadi masalah pada hujung minggu kerana boleh sertai orang lain bersama. Anda dinasihatkan untuk memakai kasut atau sandal yang sesuai dengan aktiviti sebegini.
Foto:Facebook
Juga pastikan anda berjaga-jaga dengan kehadiran pacat. Jika anda tidak gemarkan kumpulan orang ramai, elakkan melawat tempat ini pada musim cuti sekolah atau cuti awam.
Terdapat penginapan ekonomi seperti di Budget Backpackers Sungai Lembing. Hanya RM28 seorang semalam.
Telefon/Whatsapp: 0139206116 untuk maklumat lanjut.
Foto:Facebook
Kebiasannya pelangi akan muncul sekitar pukul 9.50 pagi hingga 10.45 pagi. Bergantung kepada keadaan cuaca dan juga matahari, ada juga yang datang ke sini hampa kerana pelangi tak muncul.
Nak cuba nasib anda? Datanglah ke Sungai Lembing dan saksikan sendiri fenomena alam yang sungguh indah ini! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
rindunya nak gi sini.
nak plak tido kat time capsule retreat.
udara segarrr je |
|
|
|
|
|
|
|
Ok untuk yang kaki expore dan suka advanture |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya!
dulu suka mandi kat anak sungai yang penuh batu2 tu..
sebelum jambatan...
walaupun ditengah panas, masuk dlm air sejuk...
rilek buat bbq kat batu2 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama tak mandi sungai |
|
|
|
|
|
|
| |
|