CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3425|Reply: 10

Maqasid Syariah dan Tuntutan Zaman ...

[Copy link]
Post time 11-9-2018 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 11-9-2018 10:18 AM

Maqasid Syariah: Keperluan Zaman, Cabaran Semasa

Dr. Mohd. Farid bin Mohd Shahran
pautan asal :
http://www.ikim.gov.my/index.php ... man-cabaran-semasa/


Disebabkan sumbernya yang mutlak dan suci, hukum hakam agama bagi seorang Muslim, merupakan suatu ketetapan dan perintah luhur yang wajib diikuti. Namun dalam usaha untuk melaksanakan hukum hakam dalam kehidupan  kadangkala timbul persoalan adakah pelaksanaan tersebut menepati tujuan dan matlamat hukum tersebut diturunkan? Persoalan yang mungkin lebih awal perlu diketengahkan apakah matlamat utama kepada Syariah Islam yang diturunkan Tuhan kepada manusia?


Jawapan terhadap persoalan inilah yang cuba dibahaskan dalam bidang Maqasid Syariah. Ilmu tentang Maqasid Syariah atau matlamat Syariah, menurut Prof. Hashim Kamali, walaupun penting adalah sesuatu yang agak dipinggirkan. Namun hari ini, disebabkan beberapa faktor, ia mula mendapat perhatian terutama oleh mereka yang ingin mengetengahkan Syariah Islam dalam bentuk yang lebih selari dengan tuntutan zaman.



Sekurang-kurangnya dua faktor yang membawa kepada kembalinya Maqasid Syariah dalam perbahasan ilmuwan Islam semasa; Pertama, semangat zaman yang menuntut setiap aliran pemikiran, sistem kepercayaan dan ideologi mempunyai asas rasional yang jelas terutama dalam mendepani cabaran modenisasi yang memartabat kemampuan akal manusia sebagai neraca kebenaran tertinggi. Bidang Maqasid Syariah, dari sudut ini, amat serasi dengan semangat tersebut kerana ia berperanan menjelaskan dengan tersusun mengenai matlamat-matlamat tertinggi yang ingin dicapai oleh hukum-hakam dan sistem perundangan Syariah yang lazimnya dikaitkan dengan kemutlakan asas sumber wahyu.

Faktor kedua ialah kemunculan aliran-aliran berpendekatan literal dalam melihat hukum Islam sehingga yang mengakibatkan timbulnya tafsiran yang sempit, ekstrem dan kadang kala radikal tentang agama.

Pendekatan yang kadangkala disebut dengan pendekatan shakli (formal) ini dilihat lebih menumpukan perincian dan zahir hukum sehingga menghilangkan gambaran besar Syariah Islam. Pendekatan maqasidi sebaliknya lebih menyeluruh kerana ia menekankan tentang inti dan semangat keseluruhan Syariah. Adalah tidak bijaksana, hujah pendokong pendekatan maqasidi, sekiranya sesuatu hukum dilaksanakan atas nama Syariah akan tetapi tersasar dari matlamat tertinggi Syariah itu sendiri.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2018 10:08 AM | Show all posts
Dari sudut sejarah, kehadiran disiplin ilmu ini sebenarnya agak lewat berbanding disiplin ilmu-ilmu agama yang lain. Walaupun benih-benih perbahasan Maqasid Syariah sudah mula tumbuh dalam perbahasan ulama usul fiqh dan ilmu kalam abad ke-12 M seperti Imam Abu al-Ma’ali al-Juwayni (m.1185), Imam Abu Hamid al-Ghazali (m.1111)  dan Saif al-Din al-Amidi (m.1234) khususnya dalam membincangkan persoalan maslahah (masalih mursalah) sebagai salah satu sumber hukum Islam, namun sebagai perbahasan yang tersusun dan tersendiri, Maqasid Syariah hanya muncul pada abad ke-14 melalui karya tulisan Imam al-Syatibi (m.1388) tokoh ulama Andalusia bermazhab Maliki, melalui karyanya al-Muwafaqat. Sementara kedudukannya diperkukuhkan lagi terutama menjelang abad ke-20 melalui tulisan Muhammad al-Tahir Ibn ‘Ashur (m.1973), tokoh ulama Tunisa dalam karyanya Maqasid al-Shari’ah al-Islamiyyah.



                               
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2018 10:08 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 11-9-2018 10:19 AM

Apakah intipati perbahasan Maqasid? Bidang ini pada dasarnya tertumpu kepada usaha mengenalpasti tujuan di sebalik hukum Syariah sama ada menerusi penyataan mengenainya oleh al-Qur’an secara jelas atau melalui takwilan mengenai semangat hukum yang terdapat disebalik mesej-mesej Qurani. Matlamat-matlamat kemudiannya ini disimpulkan dalam satu susunan keutamaan dan dijadikan kerangka besar dalam memandu kefahaman mengenai falsafah dan tujuan Syariah secara keseluruhan.

Apakah pula matlamat paling asasi yang terkandung dalam Syariah Islam? Para ulama dalam bidang Maqasid telah mengenalpasti bahawa matlamat tertinggi yang ingin dicapai melalui hukum Syariah ialah pemeliharaan kebaikan pada diri setiap insan (maslahah). Kemaslahatan ini akhirnya tertumpu kepada lima unsur utama (al-daruriyyat al-khamsah) yang ada pada diri manusia iaitu agamanya, nyawanya, akalnya, keturunannya (juga dikaitkan dengan maruah diri)  dan hartanya.

Kelima-lima aspek ini pula dipelihara menurut tiga tahap keutamaan, daruriyyat (kewajiban asasi), hajiyyat (keperluan) dan tahsiniyyat (penyempurnaan). Sementara pelaksanaan hukum Syariah bagi mencapai pemeliharaan tersebut adalah melalui dua pendekatan; pertama, dengan memperkukuhkan apa sahaja perkara yang membawa kepada pemeliharaan setiap lima unsur tersebut dan yang keduanya menolak apa sahaja perkara yang membawa kepada kemudaratan setiap unsur tersebut.

Dua pendekatan ini tercermin dalam hukum-hakam yang menyokong kelima-lima perkara tersebut seperti kewajipan berjihad dan menunaikan solat serta pengharaman riddah (pemeliharaan agama), kewajipan menjaga dan mempertahankan nyawa serta pengharaman membunuh tanpa hak (pemeliharaan nyawa), kewajipan mencari ilmu dan pengharaman arak (pemeliharaan akal), kewajipan nikah dan pengharaman zina (pemeliharaan keturunan) dan kewajipan menjaga harta dan pengharaman mencuri (pemeliharaan harta).


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2018 10:19 AM | Show all posts
Disebabkan perkembangan zaman, terdapat kecenderungan dalam kalangan ulama semasa untuk menambah bilangan matlamat asasi yang lima. Misalnya ada yang memasukkan keadilan, kebebasan dan hak asasi manusia dan hak wanita, pembinaan tamadun sebagai matlamat-matlamat Syariah yang didakwa lebih mendekati semangat zaman moden.

Namun penambahan matlamat-matlamat ‘baru’ dalam Maqasid Syariah juga menimbulkan perdebatan mengenai apakah asas yang digunakan untuk menentukan matlamat-matlamat tersebut. Pendekatan ulama awal dalam mengenalpasti matlamat berkenaan antaranya adalah berdasarkan had atau hukuman yang ditanzilkan oleh al-Qur’an. Misalnya lima asas yang menjadi daruriyyat kepada Syariah ditentukan berdasarkan hukuman terhadap perkara yang yang merosakkan kemaslahatan lima perkara tersebut seperti hukuman murtad, qisas, sebat dan lain-lain. Dengan kata lain ia masih kuat berkait dengan sumber wahyu yang jelas.

Maka apa-apa tambahan terhadap matlamat Syariah haruslah tidak terlepas dari kerangka wahyu dan pandangan alam Islam yang sebenar. Kebimbangannya ialah dalam keghairahan untuk meluaskan aplikasi Maqasid Syariah kepada matlamat-matlamat lain, ia juga bakal membuka pintu kepada sesuatu yang berlawanan dengan semangat agama Islam itu sendiri terutama apabila kerangka yang dipakai itu diambil dari pandangan alam yang agak asing dengan kerangka pandangan alam Islam. Pastinya yang ingin dielakkan ialah Maqasid Syariah, yang pada asas dan asalnya merupakan bidang ilmu yang penting dan relevan dalam memandu kepada penyelesaian pelbagai isu semasa, berkemungkinan digunakan bagi tujuan yang tersasar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2018 10:30 AM | Show all posts
The Perfect  Man ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2018 05:31 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 11-9-2018 05:36 PM

https://www.freemalaysiatoday.co ... ajaya-malay-rulers/
link di atas

We are encouraged to see that our Prime Minister Dr Mahathir Mohamad is taking a strong stand against this medieval form of punishment. Speaking on video, he informed the country that the matter was discussed in Cabinet as it has become a major controversy among the public. He said the caning makes Islam look like a cruel religion which only teaches about punishing and not about love, compassion, and forgiveness, thus damaging Malaysia’s image as a moderate and tolerant Muslim country. There have also been positive statements by the new government that it intends to sign the remaining International Conventions on Human Rights and that it will practise a more humane and moderate approach to Islam with emphasis on justice and compassion in line with the principles of Wassatiyah and Maqasid al Syariah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-9-2018 05:38 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 11-9-2018 05:40 PM

Hukuman sebatan syariah tak kejam!
Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ....

ISU mengenai sebatan syariah sering kali dipolemikkan oleh pihak tertentu. Pelbagai persoalan ditimbulkan semata-mata bagi melakar persepsi negatif terhadap hukuman yang diperuntuk secara sah dalam undang-undang itu. Ruangan kali ini ingin menjawab beberapa persoalan secara tuntas agar ia tidak lagi dijadikan isu.

Sebatan syariah melanggar prinsip hak asasi manusia kerana kejam, tidak berperikemanusiaan menjatuhkan maruah?



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana ... 45054#ixzz5QmhgaVYm
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2018 05:39 PM | Show all posts
Jawapan: Sebelum menuduh sebatan syariah itu melanggar hak asasi manusia, kejam tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah kita hendaklah tahu bagaimana sebatan syariah dilakukan yang mana amat berbeza daripada sebatan dijatuhkan oleh mahkamah sivil.

Sila rujuk Enakmen Tatacara Jenayah Syariah memperuntuk dengan terperinci bagaimana hukuman sebatan syariah perlu dilakukan. Alat sebatan umpamanya hendaklah daripada rotan atau ranting kecil tiada ruas tidak melebihi 1.22 meter dan diameternya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Sebatan syariah amat berbeza dengan rotan di mahkamah sivil yang mencederakan pesalah. Sekali rotan untuk pesalah sivil sudah pasti ada yang akan pengsan dan mencederakan pesalah itu. Berdasarkan panjang rotan syariah, diameter dan cara merotan amat ringan dan tidak mendatangkan luka.

Amat tidak benar dan mengelirukan jika mengatakan sebatan syariah adalah kejam tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah.

Sebatan syariah mendiskriminasikan wanita Islam, sebatan dijatuhkan mahkamah sivil tidak boleh dikenakan kepada wanita berdasarkan peraturan penjara.

Bila bercakap tentang diskriminasi, maka kita hendaklah terlebih dahulu faham apa yang dikatakan diskriminasi. Adakah semua bentuk diskriminasi melanggar undang-undang?
Sebenarnya terdapat beberapa bentuk diskriminasi yang dibenarkan undang-undang. Contohnya ‘positive discrimination’ yang berlaku apabila pihak kerajaan memberikan keistimewaan kepada golongan tertentu bagi tujuan tertentu.

Ia dibenarkan undang-undang. Begitu juga discrimination against a class of persons atau diskriminasi terhadap sesuatu golongan tertentu juga dibenarkan. Oleh demikian wanita Islam adalah golongan tertentu dan boleh dibuat diskriminasi terhadap golongan tersebut selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip asas kesamarataan.

Sebatan dijatuhkan oleh mahkamah sivil memang tidak dibenarkan terhadap wanita disebabkan sifatnya yang kejam dan mencederakan. Sepatutnya apa yang perlu dilakukan ialah menuntut sebatan ini dimansuhkan. Mungkin ada golongan tertentu yang beranggapan kerana ia hanya dikenakan kepada lelaki, maka tidak apalah hukuman tersebut walaupun ia amat kejam dan menyakitkan. Pendekatan ini amatlah pelik.

Dalam mendambakan kesamarataan total sepatutnya golongan prohak wanita ini memperjuang tidak ada perbezaan hukuman rotan pesalah lelaki dan wanita. Barulah ia sebenar-benarnya memperjuang hak sama rata total.

Mangsa sumbang mahram dihukum sebat?

Tiada undang-undang yang akan menghukum mangsa jenayah, hukuman dijatuhkan kepada penjenayah bukannya mangsa. Dalam mensabitkan sesuatu kesalahan dua elemen penting mesti dibuktikan iaitu actus reus (perbuatan jenayah) dan mens rea (niat melakukan jenayah). Oleh itu, mangsa apa jua kesalahan termasuk sumbang mahram tidak akan dikenakan sebarang tindakan atau pertuduhan, malah kerajaan wajib menjaga kebajikan mereka.
Persoalannya, kenapa hanya apabila ditangkap baru wanita itu mengatakan dirogol dan sebagainya? Mengapa setelah dirogol wanita tersebut tidak terus pergi ke balai polis membuat laporan dirogol? Jika perkara ini dilakukan sudah pasti wanita yang dirogol itu tidak akan didakwa. Bukannya setelah melahirkan anak dan apabila sudah diketahui orang barulah mendakwa dirinya dirogol.

Lebih banyak wanita yang dikenakan hukuman sebat?

Hal ini perlu dibuktikan dengan statistik yang sahih. Saya sendiri tidak pasti kebenarannya. Namun undang-undang tidak membezakan lelaki atau wanita, sesiapa jua yang melakukan kesalahan mesti dihukum tanpa mengambil kira jantina penjenayah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana ... 45054#ixzz5QmhmGNxZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2018 05:39 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 11-9-2018 05:56 PM

Konflik undang-undang antara sivil dan syariah.
Artikel dari Naib Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim
Dalam dwisistem perundangan seperti di Malaysia memang tidak dapat lari daripada pertindihan bidang kuasa. Namun kedua-dua sistem ini mestilah saling melengkapi antara satu sama lain bukannya bersaing antara mereka.
Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan seseorang itu tidak boleh dihukum dua kali atas kesalahan sama.

Oleh itu jika seseorang itu telah disabitkan di mahkamah syariah, dia tidak boleh pula didakwa di mahkamah sivil, begitu juga sebaliknya. Adalah amat malang jika seseorang itu hanya berhujah atas konsep konflik perundangan sahaja tanpa mengetahui skema penyelesaian yang telah digarap oleh Perlembagaan Persekutuan.

Mansuhkan hukuman sebat kejam
Desakan mahukan orang yang melakukan jenayah sumbang mahram hanya didakwa di mahkamah sivil sahaja adalah amat pelik kerana kesalahan bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan itu boleh juga membawa kepada hukuman rotan yang mencederakan dan kejam itu. Persoalannya, apakah kerana ia hanya dikenakan terhadap lelaki ia menjadi tidak apa? Adakah kekejaman dilakukan terhadap lelaki tidak termasuk dalam perlanggaran hak asasi manusia?

Berbanding dengan sebatan syariah yang langsung tidak melukakan kenapa tiada kempen untuk mendesak kerajaan memansuhkan hukuman rotan yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil?

Bagi memahami tentang pelaksanaan sebatan syariah ini, beberapa tahun lalu saya sendiri pergi ke Aceh, Indonesia bersama beberapa pimpinan PPMM mempelajari dan melihat sendiri pelaksanaan sebatan syariah di sana. Saya mendapati sebatan syariah yang dilakukan di Aceh dibuat setelah usai solat Jumaat di pekarangan masjid.

Saya sendiri melihat orang yang disebat itu lelaki sambil berdiri dan memakai baju, manakala perempuan duduk memakai pakaian menutup aurat. Setelah hukuman dilaksanakan pesalah sendiri berjalan keluar dari tempat sebatan sambil diperhatikan oleh jemaah. Tidak langsung kelihatan tercedera atau sebagainya.

Hukuman sebatan syariah ini adalah amat ringan dan ia bertujuan sebagai pengajaran sahaja bukan bermotifkan mencedera.

Ramai yang bercakap tentang sebatan syariah tetapi mereka sendiri tidak mengetahuinya atau langsung tidak pernah menyaksikannya sendiri. Mereka bercakap berdasarkan ilusi dan emosi semata-mata.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana ... 45054#ixzz5QmhtU8Ng
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2018 05:42 PM | Show all posts
Hukuman yang dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Kamarulazmi Ismail itu turut disaksikan oleh Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd. Zakri Wan Mohd, Hakim Kanan Syarie Terengganu, Rosdi Harun serta 100 orang awam terdiri daripada peguam syarie, pengamal media dan keluarga.

Secara jujurnya, Kalam berpandangan inilah detik permulaan untuk kita mempertontonkan kepada rakyat negara ini cara pelaksanaan sebatan dalam Islam yang sebenar. Kalam percaya banyak pihak yang di luar sana tidak faham bentuk pelaksanaan hukuman sebat seperti mana ditetapkan oleh syarak.

Yang mereka tahu cuma hukuman sebatan yang dilaksanakan dalam undang-undang sivil yang mana penerima hukuman akan mengalami kecederaan teruk selepas sebatan dijalankan.

Proses sebatan dalam Islam bukan bersifat mencedera atau mendera sebaliknya lebih bersifat mendidik agar si pesalah merasa insaf, juga sebagai peringatan kepada mereka yang menyaksikan pelaksanaan hukuman tersebut.

Seperti yang dilaporkan akhbar, tiada kedengaran jeritan sebaliknya kedua-dua pesalah wanita itu dilihat mengalirkan air mata selepas selesai menjalani hukuman. Moga-moga air mata tersebut sebagai satu tanda keinsafan buat mereka.

Atas asas itu tatacara sebatan dalam Islam wajib dipatuhi agar matlamat hukuman benar-benar tercapai sekali gus mengelakkan sebarang kezaliman daripada berlaku.

Naib Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Marlina Amir Hamzah yang turut berada di mahkamah tersebut menyatakan, berdasarkan pengamatannya jelas sebatan syariah yang dijalankan itu tidak menganiaya dua pesalah wa-nita terbabit.

Beliau telah menyenaraikan lima syarat yang telah dipatuhi sebagaimana tercatat dalam status Facebooknya. Pertama, dua pesalah wanita berkenaan dipakaikan dengan pakaian putih yang menutup aurat. Kedua, dua pesalah wanita itu kemudian disebat oleh tukang sebat wanita daripada Penjara Wanita Kajang dengan dibantu oleh pihak Penjara Kajang.

Ketiga, pesalah wanita itu ditanya terlebih dahulu sama ada mereka faham tentang hukuman, sama ada mahu merayu lagi selain disahkan oleh pegawai perubatan yang kedua-duanya sihat dan boleh dilaksanakan hukuman.

Keempat, sebatan ke atas dua pesalah wanita itu dalam keadaan duduk dan kelima, sebatan dilaksanakan dengan menggunakan rotan yang berukuran 1.22 meter panjang dan 1.25 sentimeter ukur lilit lebar dan tukang sebat merotan de-ngan tidak mengangkat rotan melebihi paras bahu serta tidak menyeret rotan ketika merotan pesalah .

Lihatlah, betapa Islam memelihara hak dan maruah pesalah. Apa pun Kalam percaya terdapat banyak pihak berusaha mempertikaikannya. Sebab apa? Sebab mereka jahil tentang ilmu agama. Mereka hanya bercakap hanya berasaskan logik akal.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana ... 42559#ixzz5QmiX7h9y
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2018 06:49 AM | Show all posts
kenapa  ada perjuangan  menaikkan hak hak yg bersalahan dengan syarak atas nama individuality - biarlah individu itu menanggung dosa , yg mana implikasi perbuatan itu ada gugatan maqasid tetapi  contohnya implikasi seksual orientasi yg mahu dijadikan penanda diri  yg yg dijuangkan sedangkan maqasid yg nak jaga kepentingan hak hak sejagat majoriti diketepikan  dan bila dihukum mai bab dosa - oh itu hak individu ...nampak seolah olah selective  kat sini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.116947 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list