CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1281|Reply: 0

Kurangkan Depresi Melalui Makanan

[Copy link]
Post time 25-10-2018 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hidup sihat, jiwa selamat adalah suatu slogan yang mendamaikan. Ia menunjukkan betapa menjadi sihat itu memberi efek kepada jiwa dan diri kita. Penting untuk kita menitikberatkan soal kesihatan kita untuk menjadi anak muda yang aktif dan segar. Memberi hak yang betul untuk badan kita juga merupakan satu tuntutan, bukan? Jika kita bersikap semberono dalam menjaga kesihatan dan pemakanan seharian kita, kemungkinan besar kita akan berhadapan dengan masalah kesihatan yang akhirnya boleh menjadi punca kematian kita esok, lusa atau hari yang seterusnya, bila-bila masa sahaja.

Dalam banyak kajian yang besar di Jerman, individu yang memakan coklat hitam dengan kerap lebih daripada 10 tahun didapati dapat mengurangkan tekanan darah jika dibandingkan dengan orang yang jarang mengambil coklat hitam dalam diet pemakanan mereka. Ada juga kajian yang menunjukkan pengurangan stress-hormone bagi individu yang selalu mengamalkan makan coklat hitam. Walaupun, umum mengetahui, coklat hitam tinggi dengan kalori, lemak dan gula, kita disarankan untuk memakannya dalam porsi yang kecil sahaja sehari.

Selain itu, buah avokado juga dipercayai dapat mengurangkan stress dalam diri kita. Buah yang berwarna hijau ini mempunyai kandungan potassium dan monounsaturated fatty acids (MUFAs) yang dikatakan sebagai stress-fighter atau pelawan tekanan. Kedua-dua elemen itu dapat mengurangkan tekanan darah dan dapat mengurangkan depresi. Dalam kajian selama 11 tahun, didapati individu yang memakan banyak MUFAs elemen ini, risiko untuk mengalami penyakit depresi adalah rendah. Pengkaji berpendapat bahawa lemak mampu meningkatkan penyerapan mood-boosting serotonin yang memberi efek kepada mood kita.

Tambahan itu, info menarik untuk dikongsikan iaitu teh hitam. Kajian dari London mendapati  teh hitam ini mampu mengurangkan tekanan dalam diri. Kajian yang dijalankan itu menunjukkan orang yang meminum 4 cawan teh setiap hari selama 6 minggu mempunyai stress-hormone cortisol yang lebih rendah dan dilaporkan bahawa pengamal minuman teh ini lebih relaks berhadapan dengan bebanan kerja jika dibandingkan dengan orang yang tidak meminum teh.  Ada juga kajian lain yang menunjukkan teh hitam ini sangat disarankan kerana ianya meningkatkan daya sedar dan meningkatkan mood kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.048431 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list