CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 1

locker himun

[Copy link]
Post time 20-11-2018 06:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by himun_hino at 20-11-2018 06:15 PM

ramai kenal 'skim pak man telo' tahun 1992 dulu.
sejak tu, mcm2 skim tumbuh mcm cendawan sebijik sejibbun berbentuk
piramid camtu. antara yg wujud ketika itu termasuklah skim labu peram.  

pastu zaman kegemilangan forex pon tiba. forex bukan nama syarikat, maupon apa2 badan/entiti/firma yg terdiri dari
sebuah organisasi (takde tokey-kerani-pekerja) tapi merupakan sebuah
platform terbuka tukaran matawang asing dan para pelabur
forex dpt untung melalui naik-turun nilai matawang sesebuah negara.
zaman it semakin berkembang, urusan forex menjadi lebih mudah.
semakin mudah proses tukaran wang berlaku, semakinlah forex jadi tumpuan
dan seterusnya jadi trend pelaburan mudah yg boleh dikendali secara individu.
berinisiatip dari trend kemeriahan urusan forex,
bermcm2 bentuk 'skim pelaburan forex' muncul (yg kebanyakannya adalah scam).
antara yg famous waktu tu swiss cash, kalu ada sapa2 ingat ianya sgt famous
ketika itu sehinggalah ia disekat oleh bank negara pada 2006.
pak2 menteri pon byk yg tepok dahi kene scam.

ketika pelabur sibuk dgn forex, zaman emas pun muncul (sehingga pada kemuncaknya 2011).
selain jual-beli matawang (forex), jual-beli komoditi (petroleum/aluminium/sawit/getah)
juga tumbuh seiring dgn forex. antara komoditi yg paling tinggi nilainya adalah emas.

semakin lama emas jd tumpuan dan liputan media, berbagai2 ntah apa2 maknenek
skim pelaburan emas pon tumbuh bagai cendawan. modus operandi dorang tetap sama mcm skim pakman telo tapi,
dorang punya versi bleh kira 'upgraded' skit dari pakman.
kali nih, sapa kaki/ downline paling bawah pon dikira takrugi dan bakal
dpt semula pelaburan cuma terlalu sikit.

latest 'new investmen' was bitcoin.

syarikat2 scammers dulu semua dpt 'idea baru' nak trap mangsa atas nama 'bitcoin'.
secara asasnya bitcoin adalah sejenis matawang digital (cryptocurrency) yg terbuka
dan bukan khusus pada mana2 negara (cthnya; usd = matawang us, myr = matawang malaysia).
urusan jual-beli cryptocurrency adalah sama seperti forex, namun naik-turun nilainya
tidak terikat dgn ekonomi mana2 negara sebaliknya mengikut permintaan.
semakin ramai ingin, nilai semakin melonjak.  
for your info, segala mak nenek coin sedang trend 'menjunam' sejak awal tahun nih.
dan trend penurunan nilai keseluruhan matawang masih giat sehingga ke saat artikel ini ditulis.

n bdigroup satu2nya syarikat (mungkin scammer) yg terlewat nak sambar peluang
menggunakan nama 'bitcoin' utk pelaburan dorang.

(sapa2 yg mengikuti trend bitcoin mmg senyum sinis je la bila ejen bdigroup bersungguh2
nak citer pasal harga bitcoin yg kononnya bakal melambung).
u are too late guys

semua skim2 cepat kaya nih ada byk ciri2 yg serupa.

dari segi modal n untung
- plan pelaburan sentiasa untung/ keuntungan 'fix'.
- pulangan adalah 'kompom' takkan lebur n keuntungan bleh capai double triple.
- pulangan cepat. 4 bulan/ 8bulan/ taksampai setahun. lepas tu bleh tunggu untung masuk.

modus operandi.
- kebiasaannya skim adalah berbentuk piramid.

- mesti pasang kaki. sapa ajak member/family dpt komisyen
- takpasang kaki pon takpe (trend terkini upgraded 2.0) cuma untung ciput katanyerr.
- jadikan org berkedudukan sbg contoh. tok imam, menteri, artis, jutawan2 terkemuka yg lain pon join katanya.

meyakinkan mangsa bahawa syarikat adalah sah dan terkenal.
- tunjuk bukti keratan sokkaba, artikel, klip2 youtube siaran berita.
- tunjuk syarikat berdaptar bwh mcm2 badan siap dgn sijil halal, bank negara bagai.
- tunjuk hasil. gambo selpie dgn duit, check2 hasil pendapatan sendiri/ upline yg lain.  

panjang lagi kalu nak terangkan pasal hal nih. so, kita ringkaskan la ye.

nasihat saya sbg pemerhati individu (bukan pakar) buat rakan2,
kalu dpt offer gitu, try soal langkah berjaga2 nih...
- tanya dia perlu cari org tak? (tp soalan nih da lapok. 2.0 upgraded takperlu)
- tanya dia kalu tanpa ejen, boleh tak kita proses sendiri pengeluaran jd duit ditangan.
- skim nih dah baper lama? (skim scam takkan bertahan lebih 2taon).
- dan buatlah siasatan melalui internet sblm menyertai apa2 skim.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2019 03:15 AM | Show all posts
Edited by himun_hino at 23-5-2020 09:41 AM



https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1200390&extra=page%3D1

ingin menguasai tapi tidak ingin dimiliki.
beware those type of guys ye.
kalu percintaan ada simptom2 seperti berikut itu tandanya
si dia sekadar nak mendampingi rakan sepermainan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.317180 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list