View: 2718|Reply: 8
|
Catatan BARAT Tentang KEHEBATAN PEDAGANG BUGIS
[Copy link]
|
|
Edited by Malaysia.Doom at 7-2-2019 09:27 AM
Penguasaan pedagang Bugis ke atas jaringan perdagangan di gugusan kepulauan Melayu-Indonesia telah tercatat dalam dokumen Portugis, Belanda serta Inggeris (Nordin Hussin 2006; Lewis 1977 ). Ia terbukti dari laporan yang menyatakan bahawa merekalah pedagang yang melayari Laut Jawa, Kepulauan Borneo, Kepulauan Rempah serta Selat Melaka. Selain perdagangan, mereka juga membuat penempatan di banyak tempat serta pelabuhan, antaranya di Jawa, Riau, Borneo, Melaka, Siak, Pulau Pinang, negeri-negeri Melayu ( Nordin Hussin 2006; Knaap 1996 ). Sementara itu, kekuatan lain orang Bugis adalah tenaga fizikal dan kepandaian mereka mengurus serta berniaga dan telah menjadikan mereka sebagai peniaga yang dihormati dalam kalangan pedagang Eropah (Cortesao 1944).
Berikut adalah pandangan daripada seorang penulis Inggeris mengenai orang Bugis yang telah berdagang dan menetap di Pulau Pinang semasa ia dibuka oleh Inggeris:
The Buggesess, though few inhabit here at present, yet as they come annually to trade and remain two or three months on shore to the number of one on two thousand, they are during their residence a part of our society. They are Mahomedans, a proud, warlike, independent people, easily irritated and prone to revenge, their vessels are always well provided with arms which they use with dexterity and vigor; they are the best merchants among the Eastern Islands. They are better governed by patient and mild exhortation than force, if they commit a trespass they are easily made sensible and may be persuaded render satisfaction, but they reluctantly yield to stern authority, they required to be carefully watched anad cautiously ruled. The great value of their cargoes either in bullion or goods,with the quantity of opium and piece goods they export, make their arrival much wished for by all mercantile people ( Logan 1851: 10 ).
Laporan Inggeris itu menggambarkan sifat dan nilai yang dipunyai oleh pedagang Bugis untuk sekian lamanya. Nilai, sifat dan semangat kepahlawanan yang diceritakan Pires pada tahun 1512 semasa bertemu dengan pedagang Bugis di Melaka itu masih diamalkan oleh orang Bugis yang juga ditemui Logan pada tahun1830-an. Nilai itu telah menjadi identiti yang melambangkan semangat waja orang Bugis, selain mereka itu berhemah tinggi, jujur dan berdikari. Kesemua sifat itu telah membuat mereka menjadi pedagang yang dihormati dan disanjung tinggi oleh orang Eropah.
Dalam laporannya mengenai perkembangan pelabuhan Pulau Pinang, George Leith juga telah mencatatkan sifat, perwatakan dan perawakan pedagang Bugis. Lihat pandangannya di bawah ini:
… bold, independent and enterprising make good soldiers have a small town on the Penang River ( Leith 1805 ).
Kenyataan George Leith itu menunjukkan orang Bugis mempunyai keperibadian, jati diri dan daya usaha untuk berniaga yang tinggi. Disebabkan kekuatan itu, mereka adalah calon terbaik untuk dijadikan anggota pasukan tentera tempatan kepada kuasa Barat. Tidaklah hairan jika dalam tentera Belanda terdapat banyak orang tempatan, terutamanya Bugis. Penglibatan Bugis di Melaka dapat dilihat melalui perdagangan oleh pedagang-pedagang Bugis.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 5-2-2019 10:38 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
come in their large well-built pangajavas with merchandise. They bring many foodstuffs: very white rice; they bring some gold. They take bretangis and cloths from Cambay and a little from Bengal and from the Klings; they take black benzoin in large quantities, and incense. These islands have many inhabitants and a great deal of meat, and it is a rich country. They are wear krises. They are well-built men. They go about the world and everyone fears them, because no doubt all the robbers obey these with good reason. They carry a great deal of poison ( ed weapons )and shootnwith them. They have no power against thye junks which call all defend themselves, but every ship in the country they have in their hands ( Cartesaon1944 ).
Daripada petikan di atas, ternyata sifat utama yang ditonjolkan Pires tentang pedagang Bugis adalah kepahlawanan, keberanian, kegagahan dan kepintaran mereka berniaga dengan jujur. Kejujuran adalah sifat yang amat disenangi semua peniaga dan pedagang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahahhahahahaha. Ko ni kan!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Macam jaguh kampung je. Naik tongkang menyumpit sana sini tapi tak boleh lawan kapal jong. Semua orang takut konon. Kalau jong melayu & jawa yang dilarang masuk pelabuhan Canton dan hanya dibenar berlabuh di suatu pulau yang jauh sedikit sebab setiap satu jong melayu atau jawa dianggap oleh kerajaan china mampu membalun 20 jong china baru la boleh bangga. Ko tengok dari catatan Tome Pires sendiri jawa bangsa pengecut pun china takut. Bugis mana ? |
|
|
|
|
|
|
|
Cubaan nak menaikkan pahlawan Bugis ke ni |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 5-2-2019 07:35 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
pokaibanktokyo replied at 5-2-2019 06:51 PM
Macam jaguh kampung je. Naik tongkang menyumpit sana sini tapi tak boleh lawan kapal jong. Semua ...
so Melayu adalah Lanun di Canton, China????
Hahahahaha ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 5-2-2019 07:36 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
onexox97 replied at 5-2-2019 07:16 PM
Cubaan nak menaikkan pahlawan Bugis ke ni
supaya ko tahu Melayu tak menguasai perdagangan tapi hanya menjadi Sultan yang makan duit cukai pedagang asing ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
tentera Melayu pon tak wujud tau ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat tul melayu. Di zaman malap mereka pun boleh pau pedagang yang sanggup datang untuk dipau. Tak ada tentera pun masih tiada bangsa jiran mampu datang menakluk
|
|
|
|
|
|
|
|
melayu lebih suka berdagang. Kalau kedaan tak mengizinkan barulah mereka terpaksa menjarah musuh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|