CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7983|Reply: 16

Pencinta Alam: 10 Destinasi Menarik Di Sabah Yang Mungkin Anda Belum Tahu (Bahag

[Copy link]
Post time 13-2-2019 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Sudah bosan melawat tempat yang sama setiap kali ke Sabah? Apa kata anda cuba tempat ini...

Bagi pelancong tempatan dan antarabangsa, destinasi pelancongan di Sabah seperti Taman Kinabalu, Air Panas Poring, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Pulau Sipadan dan Lembah Danum mungkin antara tempat-tempat yang sudah sering dikunjungi. Jika anda penggemar aktiviti luar, fotografi, pencinta alam sekitar atau berjiwa daredevil,  apa kata anda cuba melawat tempat baru ini pula.


1. Pulau Batu Supirak (Pitas)



Sumber foto: MySabah





Terletak di Daerah Pitas, Pulau Batu Supirak boleh dilawati dengan menyewa bot dari Kg. Malubang. Perjalanan mengambil masa sekitar 5 minit sahaja. Penggemar fotografi akan menikmati keindahan pulau kecil ini, yang menyerupai bentuk sebuah kapal. Lagenda tempatan menceritakan bahawa pulau ini berasal daripada kapal besar milik Nahkoda Supirak. Namun sama seperti kisah si Tanggang, Nahkoda Supirak  juga menderhaka kepada ibunya dan beliau serta anak kapalnya telah disumpah bertukar menjadi batu.


2. Weston Wetlands (Beaufort)




Sumber foto: MySabah



Ingin melihat monyet Probosis dan kelip-kelip? Kawasan paya bakau di Daerah Beaufort ini mula mendapat perhatian pelancong luar kerana kekayaan semulajadi flora dan faunanya. Nak tengok buaya? Ingin melihat pemandangan senja yang menakjubkan? Tak perlu jauh-jauh. Ikut sahaja mana river cruise di sekitar Sungai Weston.


3. Rumah Panjang Rungus (Kudat)


Sumber: Blog Maranjak Longhouse Lodge



Tidak lengkap rasanya percutian ke Sabah jika tidak melawat ke mana-mana rumah panjang  tradisi suku kaum Rungus sekitar Daerah Kudat. Di Maranjak Longhouse Lodge, anda boleh menginap dan menyaksikan sendiri budaya dan kehidupan orang Rungus, yang kebanyakannya masih mengekalkan cara hidup nenek moyang mereka.


4. Bukit Lugas (Tambunan)


Sumber: Keningau_twt



Bagi sesiapa yang berjiwa daredevil, bolehlah cuba menyelusuri cerunan sempit sepanjang 200 m di Bukit Lugas , Daerah Tambunan. Anda pasti akan melahirkan keterujaan apabila berada di sepanjang laluan ini kerana ia  mengundang perasaan takut dan gayat serta dapat melihat panorama berlatar belakangkan kehijauan Banjaran Trus Madi  yang menarik dan jarang dirasai ditempat lain.


5. Balung Eco River (Tawau)

Sumber : Blog Diary Perantau


Jika anda ingin lari dari hiruk pikuk kota, berkunjunglah ke Balung Eco River, Daerah Tawau. Tempat  ini dikelilingi oleh hutan hujan tropika, dan sebaik sahaja anda membuka tingkap penginapan anda akan disuguhkan dengan pemandangan yang sempurna terutamanya apabila anda bangun pagi. Anda juga akan berpeluang untuk mempelajari lebih lanjut mengenai tanaman seperti koko, kelapa sawit, kopi , dan banyak lagi di sekitar resort. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2019 10:51 AM | Show all posts
Baguslah, ada juga option lain selain Kundasang kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 12:00 PM | Show all posts
wow yg PITAS tu menarik ja...........
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 12:02 PM | Show all posts
Kurang promosi sebab tu ramai tak tahu adanya tempat2 sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg x jemu g Sabah ni dah la awek cun2 dan x sombong.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 03:46 PM | Show all posts
tapi makanan kat sabah meollss xtau nk makan pe..kalu kat sarawak tu senang skit byak makanan sdap2 tapi tu la tempat pelancongan dia jauh2 dr bandar kuching..huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-2-2019 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabah sesuai sangat utk pencinta alam
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 02:10 PM | Show all posts
bestnyaa tapi tak kesampaian lagi huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2019 03:28 AM | Show all posts
Semua nice view.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 12:31 PM | Show all posts
wow tak pernah dengar lagi nama2 tempat ni. memang masih banyak nk explore negara kita ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Untouched beauty
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 08:33 PM | Show all posts
Pulau Sipadan juga di Sabah. Jika anda mahu pergi menyelam, saya cadangkan anda melawat sana
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 08:40 PM | Show all posts
Berikut adalah senarai tempat yang baik yang boleh anda pergi ke Malaysia pada hujung minggu
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2019 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh menyelusuri sungai kinabatangan untuk tgk buaya, pygmy elephant dan monyet hidung merah. Ada chalet2 yang boleh dibooking seperti di nature lodge. Sgt best untuk pencinta alam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2019 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahh best ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 03:08 PM | Show all posts
cantiknyaaaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2019 08:19 PM | Show all posts
Kepulauan Sipadan juga cantik!








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.404766 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list