Edited by danie_sid at 25-3-2019 12:10 PM
Hi semua,
Saya pekerja syarikat swasta. Mulanya mcmni. Sekitar 2016 saya ada dpt arahan dr Mr.R buat satu surat lantikan supplier utk syarikat. Surat siap, Mr.R bw ke CEO utk sign surat. Time flies. Tahun 2017 MD baru masuk. Biasa lah bila newmanagement, slalunya new ‘environment’. CEO ni didakwa utk misconduct. Ada lah mcm2 misconduct yg dibuat termasuk lah lantikan supplier yg saya buat katanyatak ikut approval. Utk pengetahuan, utk dapatkan approval bukan bwh bidang kuasa saya. Saya Cuma terima arahan draftsurat, dan akan release. Bila disiasat, Mr.R ni heboh kat org2 atas, dia tak tahumenahu. Dia kata saya liaise direct ngan CEO. Ms tu saya tgh cuti bersalin. HRdept dtg rumah investigate.
Then saya tunjuk bunti email semua yg Mr.R yg bagiinstruction, HR pun satisfied. Kes closed. Tak da tindakan tatatertib padasaya. Tahun 2018, saya dpt arahan buat surat perjanjian dgn thirdparty daripada sorg MEM kat office. MEM ni dlu EX head HR. Masa MD baru tu masuk, MEM ni kena demoted. Sebab apa saya pun tak tahu. For info, MEM ni BFF ngan Mr.R
Bila saya dah siapkan surat perjanjian yg dia nak, dia taknk baca. Katanya saya tak capable, dia nak kawan saya yg lain yg buat. Dia kata sebabkan kes saya yg lama dia dgr dari Mr.R, dia tak percaya kerja saya.. dah 3minggu surat tu stuck sebab dia tak nak bg feedback. Apa boleh saya buat? Saya rs down. Dan selama ni saya respect Mr.R tu sebab dia boss saya. Tapi disebabkan dia nak selamatkan diri sendiri, saya yangjadi mangsa. Saya rs marah dan geram. Dan teramat sedih. Kecewa pun ada. saya sayang kerja saya. tapi hati dah rasa give up.
Sekarang Mr.R dah diberhentikan sebab salahlaku. Tapi apa yang dia tinggalkan sangat beri kesan pada saya.
|