View: 4343|Reply: 16
|
Menteri-menteri besar yang dipecat kerana perbalahan dengan Istana
[Copy link]
|
|
Edited by Syd at 27-4-2019 02:58 PM
SENARAI MENTERI BESAR YANG DI PECAT KERANA PERBALAHAN DENGAN ISTANA
Selesai isu Menteri Besar Johor.Sepanjang minggu lalu, kecoh pasal berita Menteri Besar Johor, Osman Sapian yang meletak jawatan berkuat kuasa pada 8 April dan disahkan oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir sendiri.
TMJ pulak dalam masa yang sama mendedahkan tentang arahan untuk menukar menteri besar sudah lama diberikan ayahandanya, iaitu sejak beberapa bulan yang lepas lagi. Dia juga sempat mengingatkan semua di mana kuasa memilih menteri besar adalah hak mutlak sultan.
Tak cukup dengan tu, TMJ menyindir lagi dengan bagi hint yang lepas ni, dia tak nak lagi MB Johor seterusnya jadi ‘yes man’.
Ini bukanlah kali pertama berlaku perbalahan antara Sultan dengan Menteri Besar berlaku. Dah banyak kali dan ia adalah seawal tahun 1920-an lagi.Jom kita kepoh.
1 - Johor
Antara krisis terawal pentadbir VS istana..Kritikan Dato Onn Jaafar terhadap Sultan Johor yang melelong harta ayah beliau.
Dato’ Onn sebenarnya adalah berasal dari golongan bangsawan juga. Tapi beliau sendiri adalah seorang yang anti-feudal. Malah, perkara ni sedikit sebanyak menyebabkan dia tak terpilih semasa persaingan politiknya dengan Tunku Abdul Rahman,yang dilihat lebih cenderung kepada nasionalisme tradisional semasa isu pelantikan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Malaya.
Masih bersikap sama, dia juga memegang penuh prinsip kebebasan bersuara dalam mengkritik sesuatu dasar dan pemerintahan. Salah satunya apabila dia secara terbuka
dan lantang mengkritik Sultan Ibrahim mengenai isu pemilikan harta ketika bekerja di Pejabat Penasihat Johor.
Malah, dia juga mempersoalkan Sultan Johor yang melelong harta ayahnya, Dato’ Jaafar yang dikatakan berhutang dengan kerajaan negeri Johor. Disebabkan hal ni, Dato’ Onn di hentikan kerja pada Jun 1920 malahan di buang negeri ke Singapura. Kesian beliau...
Beliau hanya diterima kembali pada tahun 1922 apabila Tunku Ismail berjaya pujuk Sultan Ibrahim. Saluted dengan Dato' Onn..
Perkara ni juga pernah disebut oleh Tun Mahathir (masa tu Dr Mahathir), ketika pertama kali dia nak pinda akta Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan kekebalan Raja-Raja yang mencetuskan kontroversi besar zaman tu.
“Allahyarham Tun Hussein Onn, semasa menjadi Perdana Menteri, pernah dalam ucapan bertulis di suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan. Tetapi semua teguran ini tidak berkesan.” – Dr Mahathir Mohammad, dipetik dari ucapannya di Parlimen (18/01/1993).
Mana taknya, sebelum tu, raja kebal daripada apa-apa prosiding mahkamah. Tapi disebabkan tu jugalah wujudnya Mahkamah Khas Raja-raja kalau berlakunya krisis antara mereka.
2 - Perak
Tidak berpuas hati dengan Menteri Besar Perak, Sultan bernazar tidak cukur jambang.
Dalam kes kat Perak pulak, terjadinya krisis antara Menteri Besar Tan Sri Ghazali Jawi (Allahyarham) dengan Sultan Perak.
Pada mulanya, Ghazali telah meletak jawatan pada tahun 1959 bila jadinya perselisihan faham dengan Almarhum Sultan Yusof berkenaan isu pelantikan Raja Bendahara kepada Datuk Bendahara.
Tapi pada tahun 1974, Ghazali sekali lagi jadi MB Perak bila Tun Razak memohon Baginda Sultan melantik Ghazali Jawi. Tapi dengan syarat, lantikan bertempoh hanya dua tahun je dan lepas tu, barulah Sultan boleh lantik ADUN lain sebagai MB.
Apa jadi lepas tu?. Lepas tempoh dua tahun tu tamat, Ghazali Jawi nampaknya tak nak lepaskan jawatan. Kali ni, Sultan Perak,Sultan Idris (Almarhum) pula berkrisis dengan Ghazali dan membuatkan Sultan Perak memprotes, tak nak hadir di mana-mana majlis yang ada Ghazali dan…
“Sultan mengambil tindakan bernazar dengan menyimpan janggut, misai dan jambang, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi menduduki kerusi Menteri Besar, Baginda tidak bercukur.” – Mokhtar Petah, dipetik dari buku: Siapa Bakal Menteri Besar Perak.
Bila masalah tu berjaya diselesaikan dan Ghazali akhirnya letak jawatan, barulah Sultan Perak berkenan nak cukur janggut dalam satu majlis..Macam2 daa..
Pada tahun 2009, sejarah berulang sekali lagi bila empat ADUN Pakatan Rakyat (PR) dah keluar parti dan jadi wakil bebas. Mereka ni kemudiannya isytihar sokong BN. Bila jadi macam ni, MB Perak masa tu Nizar Jamaluddin minta supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
Rupa-rupanya, MB Perak ni tak disenangi istana. Malah Sultan Perak pada masa tu, Sultan Azlan Shah sendiri mengarahkan Nizar supaya meletak jawatan. Nizar pada masa tu juga baru je menjawat jawatan MB Perak selama 11 bulan.
Bagaimanapun, mengikut undang-undang negeri Perak, seorang Menteri Besar tak boleh dipecat Sultan Perak jika alasannya cuma sekadar tidak dapat perkenan sultan. Ini kerana, pemecatan Menteri Besar oleh Sultan Perak tak disokong oleh Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Maksudnya kat sini, ia tertakluk bawah undang-undang sesebuah negeri tu sama ada Sultan boleh lantik atau tak seseorang Menteri Besar tu.
Perkara tu telah dibawa ke Mahkamah Tinggi dan nampaknya keputusan mahkamah lebih menyebelahi Nizar berdasarkan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Tapi Sultan tak memperkenankan permintaan tu dan DUN Perak tak dibubarkan. Bila jadi macam tu, Nizar tak nak lepas jawatan sebagai MB. Maka, jadilah banyak kekecohan kat Perak macam persidangan DUN bawah pokok, demonstrasi, malah ada cubaan menghalang kereta yang membawa Raja Muda Perak.
Juga tercetus demonstrasi kerana tidak berpuas hati tentang isu lompat parti yang berlaku masa tu.Isu yang pada mulanya dibawa ke mahkamah, tapi lama-lama jadi sejuk sampailah BN pula yang diberi mandat untuk mentadbir Perak pada PRU-13.
3 - Selangor
Datuk Mat Taib yang dimurkai kerana kahwin lari dengan puteri Sultan Selangor.
Kerusi MB yang panas ni selalunya Selangorlah. Mana taknya, ada je kontroversinya.Beberapa tahun memegang jawatan MB, Mat Taib buat kontroversi bila dia kahwin lagi. Nak nak pula bila Mat Taib berkahwin secara sulit dengan Tengku Zahariah, yang juga adalah puteri Sultan Selangor pada masa tu.
Perkara ni menarik perhatian media dan menggemparkan masyarakat pada zaman tu.Kisah perkahwinan ini berlarutan di akhbar-akhbar hingga berbulan-bulan lamanya dan berakhir apabila Sultan Selangor memaafkan Muhammad Taib dan puterinya. Perdana Menteri, Dr Mahathir menganggap laporan mengenainya telah berlebihan.
Bagaimanapun, perkahwinan kontroversi ni tak kekal lama, Mat Taib dan Tengku Zahariah bercerai setelah 4 tahun berumah tangga. Tapi bukan ini sebab dia dilucutkan jawatan MB Selangor ni.
Kontroversi melibatkan Mat Taib masih tak selesai lagi. Pada tahun 1996, Mat Taib ditahan oleh pihak berkuasa Australia ketika membawa wang seberat 19kg masa naik sebuah pesawat di luar negara. Dia gagal isytihar duit bernilai lebih dari AS$ 1.26 juta bila berlepas ke New Zealand dari Australia tu.
Akhirnya pada 14 April 1997, Mat taib terpaksa lepaskan jawatannya sebagai MB apabila dia didakwa di Mahkamah Australia. (Kisah ni dipetik dari Hari Itu Sudah Berlalu, Zainuddin Maidin)
4 - Pahang
Datuk Abdul Rahim Bakar,MB Pahang yang dilucut jawatan sebab masuk campur dalam sistem pembalakan.
Di sebelah Pantai Timur pulak, kita ada Datuk Abdul Rahim Bakar, MB Pahang yang terpaksa berundur dari jawatan enam bulan sebelum PRU pada tahun 1982.
Jawatan MB Pahang tu kemudiannya dipangku oleh Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman sebelum diambil alih oleh bekas Perdana Menteri, Najib Razak menerusi PRU tahun yang sama.
Puncanya, Datuk Abdul Rahim Bakar ni dikatakan telah mengubah pentadbiran negeri mengenai sistem pembalakan. Tindakannya yang memperkenalkan sistem tender terbuka untuk syarikat dapatkan kawasan pembalakan di Pahang, terutamanya yang menawarkan dengan harga tertinggi tak disukai Sultan Pahang pada masa tu.
Dah lama dah sebenarnya istana kurang suka kat dia. Dua tahun sebelum tu, dia tak dibenarkan berucap dalam upacara sambutan keputeraan Sultan Pahang pada 1980 semasa dijemput ke istana.Tahun depannya pulak lagilah, dia langsung tak dijemput sehinggalah dia di pecat pada tahun seterusnya, 1983.
Ketika itu,Mahathir baru je dilantik sebagai Perdana Menteri (pada tahun yang sama) masih lagi baru dan memerlukan kestabilan politik bagi mengukuhkan kedudukannya.
Walaupun dia dianggap MB yang kontroversi, tapi dia amat berkredibiiliti kerana berjaya membangunkan bandar-bandar kecil dan mempunyai visi yang jelas. Dia juga banyak merujuk kepada PM sebelum tu, Tun Hussein Onn dalam tindakannya untuk mentransformasi sosial dan politik Pahang.
5- Trengganu
Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Besar yang tak disenangi pihak istana Terengganu.
Selain daripada kerusi Menteri Besar yang panas di Selangor, di Terengganu pun bolah tahan juga tahap kepanasan, macam keropok losongnya. Mana taknya, dalam tempoh 10 tahun je, berapa kali Menteri Besar Terengganu ditukar ganti.
Isunya bermula apabila Idris Jusoh tak disenangi oleh Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang seterusnya suruh dia letakkan jawatan. Tapi, Idris Jusoh yang berasal dari Besut, Terengganu ni ada pengikutnya yang tersendiri yang suka dengan cara pentadbirannya bila BN ambil alih Terengganu pada masa tu.
Disebabkan rasa tak puas hati terhadap titah Sultan tu, nampaknya beberapa kain rentang tiba-tiba muncul di beberapa kawasan di negeri tu yang berbunyi, “Kami nak Idris, natang”, yang bermaksud “kami hendak Idris, binatang” dalam loghat Terengganu.
*'Natang tu adalah 'mende biasa' bg org Ganu..ibarat word 'mangkuk' laa...
Tapi, sampai sekarang takde siapa pun yang mengaku pasang kain rentang tu. Insiden tu dalam masa yang sama juga dah menimbulkan persepsi di mana berlakunya penderhakaan kepada institusi beraja di negara ini.
Bagaimanapun, Idris Jusoh akur dengan keputusan di mana dia tak dapat perkenan istana sebagai menteri besar bagi penggal kedua. Punyalah panas kes tu, sampaikan empat kertas siasatan dibuka daripada 26 aduan sepanjang krisis tu berlaku.
Tempat Idris Jusoh kemudiannya diganti oleh ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar ke-13 selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu.
Tapi, isu tu nampaknya tak disenangi Perdana Menteri masa tu, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mempertikai hak Sultan melantik Menteri Besar, dan mengatakan pelantikan Ahmad Said “tidak mengikut Perlembagaan”. Tapi setakat tu je la.
Beberapa tahun lepas tu pula, nampaknya ada sesuatu yang tak kena sampaikan Ahmad Said ‘dipaksa meletak’ jawatan Menteri Besar. Pada mulanya dia tak nak letak jawatan, malah siap mengugut untuk mendedahkan rahsia kerajaan. Tapi dia akhirnya lepaskan juga.
Ni membawa kepada pelantikan Ahmad Razif pada Mei 2014.Razif yang pernah dilucutkan darjah kebesaran oleh Sultan Terengganu sebab memperkecilkan sumbangan Yayasan Diraja Sultan Mizan.
Namun selepas beberapa tahun berlalu,Ahmad Said yang lama mendiamkan diri nampaknya mungkin hilang sabar, dan mendedahkan pasal peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar dulu ada kaitan dengan Terengganu Invesment Authority (TIA) yang sekarang dikenali 1MDB.
Katanya, dia pernah menolak cadangan 1MDB untuk pajak gadai hasil petroleum dan gas di Laut Terengganu yang menyebabkan Perdana Menteri tak puas hati dan mendesaknya meletakkan jawatan.
Penutup..
Di Malaysia, kita mengamalkan sistem raja berperlembagaan di mana penguasa tak memegang kuasa mutlak. Raja juga sebenarnya takde kuasa untuk campur tangan dalam pentadbiran kerajaan secara langsung di mana Raja hanya boleh mengulas secara berhati-hati dan bukan di hadapan umum.
Ini bermakna pentadbir juga tak boleh berbuat sesuka hati sebab raja boleh jadi penimbangtara terakhir dalam politik. Ini yang sepatutnya dijadikan contoh buat rakyat.
Kesimpulannya, tiada siapa pun patut pegang kuasa mutlak sebab bak kata pepatah Inggeris, ‘power corrupts; absolute power corrupts absolutely’. Malah, sejarah dah menunjukkan yang pemerintahan mutlak boleh menyebabkan pelbagai masalah dalam pentadbiran sesebuah empayar tu.
Contohnya macam kisah Maharaja China terakhir, Ratu Perancis Marie Antoinette yang dipenggal, The Russian Imperial Romanov dan banyak lagi.
Sumber: Cilisos
https://soscili.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Sultan Johor, Permaisuri dan Dato' Onn |
|
|
|
|
|
|
|
Tan Sri Haji Ghazali Jawi berjabat tangan dengan Ahli Jawatankuasa Tetap ASEAN yang hadir pada Majlis Perasmian Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa Tetap ASEAN oleh Tan Sri Haji Ghazali Jawi di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. 25.09.1972
|
|
|
|
|
|
|
|
Sultan Perak 33, Sultan Idris Shah II |
|
|
|
|
|
|
|
Mat Taib & Ku Yah |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Seri Ahmad Said |
|
|
|
|
|
|
|
Kontroveri kerana mulut badan binasa.
Datuk Seri Ahmad Razif.
|
|
|
|
|
|
|
|
Deris Jusoh akhirnya menonjol di federal |
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 27-4-2019 02:32 PM
Kondominium Datin Halimah tu sempena nama beliau ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 27-4-2019 02:49 PM
Mat Taib & Ku Yah
Tentu mat taib pandai mengayat |
|
|
|
|
|
|
|
Even natang tu perkataan biasa bagi org ganu..tp still biadap utk kita gunakan dlm percakapan biasa..tambah pulak kepada sultan..
Deris jusoh...xberapa bijak masa jadi menteri pendidikan tinggi..xtahula kot masa jadi mb ganu dia jadi cerdik |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Onn Jaafar tu datuk kepada H2O la kan? |
|
|
|
|
|
|
|
napelah dulu2 x jupe benda nie... |
|
|
|
|
|
|
| |
|