View: 6730|Reply: 25
|
Detik Bersejarah Pembongkaran Makam Firaun Tutankhamun
[Copy link]
|
|
Penemuan makam Fir'aun Tutankhamun pada tahun 1922 adalah penemuan arkeologi terpenting dalam sejarah. Namun, penemuan ini tidak dicapai dengan mudah. Ahli arkeologi, Howard Carter, memerlukan waktu lebih dari 15 tahun untuk menemukannya.
Carter awalnya diminta oleh George Herbert, seorang bangsawan Inggris yang membiayai penjarahan makam Tutankhamun di Lembah Para Raja Mesir untuk mengetuai proses penggalian tersebut.
Namun, selama bertahun-tahun penggalian ianya tidak membuahkan hasil. Tetapi dengan usaha yang keras, penggalian itu akhirnya berjaya apabila mereka berjaya temui makam raja Fir'aun pada tahun terakhir bangsawan itu bersedia membiayainya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-5-2019 08:19 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Howard Carter
Howard Carter, Arthur Callender dan seorang pekerja Mesir membuka pintu kuil dan pandangan pertama mereka tearah ke sarkofagus Tutankhamun
Pada 26 November 1922, Carter berjaya membuka pintu masuk makam. Walaupun terdapat bukti yang menunjukkan makam tersebut telah dua kali dijarah oleh pencuri makam, tapi isi dalamnya masih tidak pernah tersentuh.
Ribuan artefak tak ternilai tersusun rapi, termasuk sarkofagus anak raja. Memerlukan waktu hingga lapan tahun untuk melakukan penelitian, dan menyimpan seluruh benda bersejarah tersebut.
Deretan gambar ini merupakan dokumentasi detik-detik ditemukan dan dibongkarnya makam Fir'aun. Pada awalnya, gambar ini dalam bentuk hitam putih, namun dengan teknologi terkini dapat dijadikan berwarna dan dipamerkan di New York pada November 2015
Para arkeologi kelihatan sedang membongkar pintu pertama menuju makam yang tidak disentuh selama lebih dari 3,245 tahun
Didalam ruangan bawah tanah menuju ruangan makam Fir'aun, berselerak ribuan harta karun yang dibawa bersama jasad sang raja. Harta benda tersebut dipercayai sebagai bekalan Fir'aun di akhirat.
Desember 1922: Sebuah tempat tidur singa emas, pakaian dan benda-benda lain di dinding ruang pemakaman yang dijaga patung-patung.
Dibawah tempat tidur berbentuk singa terdapat beberapa kotak penyimpanan dan almari kecil serta kerusi yang digunakan ketika Fir'aun masih kecil.
1923: Sebuah patung berlapis emas, patung lembu, dan peti harta karun yang tersimpan dekat makam.
29 November 1923 : Howard Carter, Arthur Callender dan pekerja Mesir sedang membungkus salah satu patung penjaga untuk dipindahkan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-5-2019 08:24 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Januari 1924: Arthur Mace dan Alfred Lucas sedang membersihkan salah satu patung penjaga dari ruangan depan makam.
December 1923: Arthur Mace dan Alfred Lucas sedang membersihkan kereta emas
Sekitar 1923 : Sebuah patung Anubis di dalam kuil beserta pengusung mayat di dalam makam
2 Desember 1923 : Carter, Callender dan tiga pekerja membongkar sekatan dinding antara ruang depan makam dan ruang makam.
Desember 1923: Carter, Callender dan dua pekerja Mesir dengan berhati-hati membongkar salah satu kuil emas dalam ruang makam.
Oktober 1925 : Carter mengamati sarkopagus dimana didalamnya Fir'aun Tutankhamun bersemayam
Oktober 1925 : Carter dan pekerja mengamati emas padat di bahagian dalam sarkopagus
Para arkeologi melepaskan lilitan kain mumia Fir'aun dan mengeluarkannya dari sarkopagus untuk disimpan dengan iklim yang sesuai agar tidak rosak.
Pada 18 Februari 2010, kajian genetik DNA mendapati Raja Tutankhamun mati akibat penyakit malaria iaitu sejenis penyakit tropika yang dibawa oleh nyamuk tiruk. Laporan itu disiarkan oleh Journal of American Medical Association. Kajian itu dilakukan oleh saintis Jerman dan Mesir.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tq TT. suka cerita2 gini..btw, sapa kata harta takleh bawa mati? hihi |
|
|
|
|
|
|
|
I minat sejarah firaun ni, best, byk benda menarik ttg ketamadunan zaman dulu. keep sharing tt |
|
|
|
|
|
|
|
Thanx tt, keep sharing.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam byk2 tamadun,ancient egypt lah paling menarik minat ai utk taw lebih dalam lg..they are so mysterious and full of sorcery and real witchcraft |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-5-2019 11:27 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Catpaw replied at 6-5-2019 08:49 AM
I minat sejarah firaun ni, best, byk benda menarik ttg ketamadunan zaman dulu. keep sharing tt {:1_1 ...
Penemuan makam Tutankhamun pada 1922 menjadi salah satu penemuan terbesar & dianggap sebagai penemuan makam paling lengkap yang pernah dilakukan pada masa itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Remyda replied at 6-5-2019 11:27 AM
Penemuan makam Tutankhamun pada 1922 menjadi salah satu penemuan terbesar & dianggap sebagai penem ...
Yang best teknologi sekarang ni gambar pun dah boleh dapat yg berwarna. |
|
|
|
|
|
|
|
Antara benda menarik yg saya ingat bahagian kepalanya yg lonjong. Memang genetiknya begitu rupanya
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
best
neexxttt! |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-5-2019 11:45 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sedikit info :
Sebelum ini, nama Tutankhamun dikenali sebagai nama sebenar firaun tersebut. Tetapi kajian mendapati nama sebenar adalah Tutankhaten.
Nama simbolik bermaksud 'manifestasi kehidupan dari Aten'. Kemudian, dari 'Aten' menjadi 'Amun' kerana mula menyembah Tuhan Sun ( Amun ). Jadi, otomatik la nama bertukar menjadi Tutankhamun
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni gambar kepala untuk perbandingan |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Berbeza saiz belah belakang kepala tu. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-5-2019 11:58 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Serba sedikit maklumat lain berkenaan Tutankhamun :
1. Usia Tutankhamun Ketika Menaiki Takhta
Tutankhamun diangkat menaiki takhta sebagai firaun Mesir Purba ketika berusia sekitar 8 atau 9 tahun. Sebagai firaun yang masih muda, kemungkinan besar kebanyakan keputusan melibatkan kerajaan tersebut telah dibuat oleh dua orang figura besar pada ketika itu, iaitu Ay (ayah kepada firaun Nefertiti), dan Horemheb (seorang komander tentera).
2. Kemangkatan Tutankhamun di Awal Usia
Mula memerintah ketika di awal usia, Tutankhamun juga tidak memerintah untuk suatu tempoh yang lama. Baginda hanya sempat berada di atas takhta selama sepuluh tahun, sebelum meninggal dunia ketika masih remaja. Pemerintahan baginda dianggarkan antara tahun 1333 BC hingga 1324 BC.
3. Perkahwinan Sumbang Mahram Tutankhamun
Bagi menjaga keturunan, perkahwinan sumbang mahram adalah perkara biasa dalam kalangan pemerintah diraja Mesir purba. Terdapat bukti yang menunjukkan Tutankhamun telah mengahwini kakak kandungnya sendiri. Bapa Tutankhamun, iaitu Akhenaten mempunyai dua orang isteri, iaitu Nefertiti dan Kira. Nefertiti melahirkan Ankhesenpaaten, manakala Tutankhamun adalah anak kepada Kira. Disebabkan mereka sebapa, Ankhesenpaaten dan Tutankhamun adalah adik beradik kandung. Mereka dipercayai berkahwin antara satu sama lain.
5. Kepercayaan Agama Tutankhamun
Tutankhamun dilahirkan dengan nama Tutankhaten. Bapanya, Akhenaten mahukan masyarakat Mesir untuk menyembah satu Tuhan, iaitu Tuhan Matahari Aten, berbanding beberapa Tuhan yang menjadi amalan mereka pada waktu itu. Perkataan 'Aten' pada nama mereka merujuk kepada 'hamba kepada Aten', dan nama Tutankhaten pula bermaksud 'imej hidup Aten'.
Perubahan yang dibawa bapanya tidak digemari oleh kebanyakan pihak, dan apabila baginda sendiri memerintah, Tutankhamun kembali menukar segalanya kepada keadaan sedia ada. Baginda membuka semula kuil-kuil yang diharamkan sebelumnya, dan menukarkan namanyak kepada Tutankhamun.
6. Percubaan Untuk Menghapuskan Legasi Tutankhamun
Walaupun menjadi salah seorang firaun Mesir yang terkenal dalam kalangan masyarakat moden hari ini, dipercayai terdapat usaha untuk menghapuskan bukti pemerintahan Tutankhamun sebaik sahaja kemangkatannya. Firaun yang mengambil alih tampuk pemerintahan selepas Tutankhamun adalah Horemheb, dan baginda adalah firaun yang cuba untuk menukarkan nama Tutankhamun kepada namanya pada kebanyakan monumen yang dibina.
7. Mumia Tutankhamun Masih Kekal Utuh
Makam Tutankhamun telah ditemui pada 4 November 1922 oleh seorang ahli pengkaji sejarah Mesir purba, iaitu Howard Carter. Ketika ditemui, makam Tutankhamun masih berada dalam keadaan baik, seolah-olah dijaga dengan rapi, dan mumia baginda pula masih utuh. Makam tersebut terletak di Lembah Raja-Raja di Luxor, Mesir. Topeng pengembumian Tutankhamun yang terkenal kini dipamerkan kepada orang awam di Muzium Mesir di Kaherah, di dalam satu-satunya bilik berhawa dingin di bangunan berkenaan.
8. Zuriat Tutankhamun
Perkahwinan Tutankhamun dengan kakaknya Ankhesenpaaten tidak mempunyai zuriat, walaupun isterinya itu telah mengalami keguguran sebanyak dua kali. Mayat kedua-dua bayi perempuan yang mati di dalam perut itu telah dimumiakan dan diletakkan di dalam dua buah keranda kecil di dalam makam Tutankhamun.
Sumber : tenfactsabout.co.uk |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-5-2019 12:02 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Catpaw replied at 6-5-2019 11:53 AM
Berbeza saiz belah belakang kepala tu.
Imbasan CT (computed tomography scan) ke atas mumia Tutankhamun pada tahun 2005 mendedahkan maklumat tentang ketinggian baginda, iaitu sekitar 180 sentimeter. Dari segi tubuh badan, baginda seorang yang sasa dan mendapat nutrien makanan yang secukupnya.
Tapi bentuk kepala memang sedikit unik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Information yang menarik, thank you. Ada tengok emas dari makam ni di museum di Cairo. Tebal tebal, cantik cantik!!
|
|
|
|
|
|
|
|
best sgt topuk ni..khusyuk baca n tgok gambar color..xde ke kisah2 pelik masa keja2 bukak keranda |
|
|
|
|
|
|
| |
|