|
Umat Nuh kufur
Keangkuhan dan kekufuran umat Nabi Nuh menyebabkan Allah akhirnya memerintahkan rasul itu membina kapal besar di kawasan tinggi yang jauh dari laut sehingga kaumnya menuduh Baginda gila.
Allah kemudian menurunkan hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir paling besar dan menenggelamkan serta mengorbankan umat ingkar. Pengikut Nabi Nuh bagaimanapun terselamat kerana menaiki bahtera.
Bala Tuhan itu difirmankan dalam ayat 25, surah Nuh yang bermaksud: "Disebabkan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan lalu dimasukkan ke neraka, maka mereka tidak mendapat penolong bagi mereka selain Allah."
Selepas beberapa lama, banjir surut dan kapal itu berlabuh di satu kawasan, seterusnya bermulalah misteri dalam kalangan pengkaji dalam mencari lokasi bahtera itu tersadai sehingga kini.
Pengkaji Barat menggambarkan bahtera Nabi Nuh berbentuk seakan-akan kotak dengan panjangnya kira-kira 137 meter, 30 meter lebar dan 14 meter tinggi. Mereka juga menganggarkan banjir besar itu berakhir lebih 4,000 tahun lalu.
Mengenai lokasi kapal itu berlabuh, penyelidik Barat merujuk terjemahan Injil yang menyatakan bahtera Nabi Nuh terdampar di Banjaran Ararat antara Turki dan Armenia.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ekspedisi pencarian
Dengan petunjuk itu, maka ekspedisi pencarian dijalankan sejak ratusan tahun lalu bagi mencari kembali bahtera agung itu untuk dipertontonkan kepada masyarakat moden.
Laman informasi Wikipedia menyenaraikan siri ekspedisi dan dakwaan penemuan lokasi bahtera di Ararat. Antaranya pada 1829, pendaki terkemuka, Dr Friedrich Parrot, menulis dalam jurnalnya `Journey to Ararat' bahawa: "Penduduk Armenia amat yakin bahtera Nabi Nuh berada di puncak Ararat dan bagi menjaga rahsia kewujudannya, tiada manusia dibenarkan menghampiri kawasan itu."
Pada tahun 1883, beberapa pihak termasuk British Prophetic Messenger melaporkan petugas Suruhanjaya Turki yang menyiasat kejadian salji runtuh di Ararat berjaya melihat bahtera itu.
Terdapat juga dakwaan Maharaja Russia, Tsar Nicholas II, menghantar 150 pakar pelbagai bidang untuk mencari bahtera itu di Ararat sekitar 1916 hingga 1918.
Bagaimanapun, laporan ekspedisi tidak sempat dikemukakan kerana Perang Bolshevik meletus di Russia
Terbenam dalam salji
Pertengahan tahun 2004, sekumpulan saintis bersama ahli perniagaan, Daniel McGivern, menyatakan mereka menemui objek yang mempunyai ciri bahtera Nabi Nuh terbenam dalam salji di puncak Ararat.
Cuaca panas tahun itu menyebabkan salji cair dan membolehkan satelit merakamkan gambar berkenaan yang diyakini McGivern bahawa imej itu adalah bahtera Nabi Nuh.
Malangnya, ekspedisi mencari tidak dapat diteruskan apabila gagal mendapat kebenaran kerajaan Turki berikutan kawasan itu amat bahaya dan berada dalam zon perang.
Pada tahun 2007, ekspedisi pertubuhan Noah's Ark Ministries International (NAMI) mendakwa menemui `gua aneh' berdinding kayu di Ararat. Kenyataan itu seolah-olah menggambarkan mereka sudah menjumpai bahtera itu dan masuk ke dalamnya.
Mereka juga mendakwa ujian karbon menganggarkan kayu dinding gua itu berusia kira-kira 4,800 tahun. Lokasi itu bagaimanapun dirahsiakan sehingga kini.
Walaupun ramai percaya banjaran Ararat menjadi tempat bahtera Nabi Nuh berlabuh, malah banyak ekspedisi dilakukan ke sana sejak ratusan tahun lalu, hakikatnya tiada bukti kukuh didedahkan untuk mengesahkan dakwaan itu.
Bukit Judi
Berbanding Kristian, umat Islam mengimani ayat ke-44, surah Hud yang jelas menyatakan bahtera Nabi Nuh terdampar di Bukit Judi.
Bagaimanapun, sehingga kini, lokasi sebenar Bukit Judi masih diperdebatkan. Dalam tafsir Ibnu Kathir, dinyatakan Bukit Judi terletak di wilayah Al-Jazirah atau barat laut Mesopotamia. Pengkaji, Muhammad Isa Dawud pula menyatakan Bukit Judi terletak di Bhutan.
Terdapat juga kawasan lain turut dikaitkan sebagai lokasi tersembunyinya bahtera Nabi Nuh antaranya Durupinar di utara sempadan Iran, Gunung Alborz di Iran dan di Yaman.
sumber dari Berita Harian Online
Oleh Nasron Sira Rahim
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
APa yg saya fikir....
1. Haiwan diarahkan masuk dlm bahtera berpasangan..
= adakah nabi nuh as juga ada kemampuan bercakap dgn haiwan sebagaimana nabi sulaiman.
2. Saat ank nabi nuh as ingkar takmau masuk dalam bahtera. Dia panjat gunung..Nabi nuh panggil anak dia pujuk naik brsama
= dlm keadaan huru hara air baj makin naik, dgn haiwan2 dan manusia dlm bahtera..mcmna perbualan antara nabi nuh dan anknya. Mgkin betoi masa tu mgkin teknologi jauh lebih canggih. Ntah2 ada loud speaker, dah ada hp ka..
Wallahua' lam..
Kan tiap kali Allah turunkan bala, bukan kaum tu saja Allah musnahkan, tp dgn teknologi, kehidupan mereka sekali Allah hapuskan..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ya saya terbaca atau terdengar kuliah..memang ada teknologi yg kita tak tahu..rahsia menjadi misteri..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau kita ziarah ke Jordan kita akan lihat bagaimana umat dahulu pahat Gunung/gua jadikan rumah..bagaimana teknologi masa itu. adakah backhoe sudah ada |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tertarik pada ayat 25, surah Nuh yang bermaksud: "Disebabkan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan lalu dimasukkan ke neraka, maka mereka tidak mendapat penolong bagi mereka selain Allah." yang article ini quote.
Kalau difahamkan, setelah hari kiamat, kita akan di adili dan di masukkan kedalam Syurga atau neraka. Tetapi kenapa di sini Allah telah menyebut mereka di masukkan ke neraka, dan tidak menyebut mereka AKAN dimasukkan ke dalam neraka. Adakah neraka telah berpenghuni? Kalau begitu bagaimana tentang hari pembalasan? Ada contradiction di sini.
Juga texts lain selain Quran menyebut cerita great flood ini sedikit berbeza. Kurang jelas di sini agama apa Nabi Nuh bawa yang menyebabkan Allah memusnahkan orang yang tidak beriman. Banyak persoalan di sini. Juga accuracy account the Quran verses other texts boleh di persoalkan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
maaf tt tak tahu detail.. sangat..tapi ilmu yang ada sedikit ini..nak huraikan takut salah.. |
|
|
|
|
|
|
|
good info..sangat menarik |
|
|
|
|
|
|
|
Nak jemput @MnM @mbhsf memberi sepatah dua kata. |
|
|
|
|
|
|
|
Matpon replied at 18-7-2019 05:53 PM
maaf tt tak tahu detail.. sangat..tapi ilmu yang ada sedikit ini..nak huraikan takut salah..
May kalau ilmu sedikit tu dishare n kalau betul alhamdulillah. Kalau salah, mgkn ade yg akn betulkan |
|
|
|
|
|
|
|
susah nak terangkan admin..yg ilmu sedikit ni..syariat agama bermula pada zaman Nabi Ibrahim. Nabi sebelum tu penganut mereka kena ikut apa yang Allah/Tuhan wahyukan ketika itu. Jadi zaman nabi Noh/Noah pengikutnya tidak nak ikut apa yang beliau sampaikan. Boleh jadi kaedah dan maksud sampaian berbeza dengan kita sekarang..Wallahu a’lam. Mohon maaf ..saya sarankan mereka yang tidak faham boleh rujuk kpd mereka yang lebih tahu.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nokiaman replied at 25-7-2019 10:08 PM
Persoalan anda mmg logik akal...Hanya mampu merenung dan tersenyum sinis saja..
Kenapa tersenyum sinis? Care to explain. Saya selalu hairan bila Baca ayat ayat orang di masukkan Ke dalam syurga Atau neraka. Kata belum tau, kena Hari pembalasan Dulu.
Habis tu Kalau Dah Ada penghuni, mati jer terus masuk Ke?
Atau neraka Dan syurga ni hanya metaphorical. Yes Ini rahsia Allah tapi adakah tafsiran yang Tak betul?
Or it's true religions are man made make kitab juga..... |
|
|
|
|
|
|
|
nurrlisa replied at 25-7-2019 11:00 PM
Kenapa tersenyum sinis? Care to explain. Saya selalu hairan bila Baca ayat ayat orang di masukkan ...
Actually I'm leaning towards your last statement..kemungkinan yg paling besar Kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Ini bukan psl imaginery..ilmu Allah ni luas..merentasi masa dan waktu..Dia ada sebelum ada..mcm lagu M Nasir..dan saya percaya teknologi yg ada dulu lagi hebat..kalau tak takdalah org jmpa gambar2 symboleh helikopter dan lain2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yup, kemungkinan besar. Atau pun mungkin banyak banyak gods yang di katakan dahulu, yang ada berkawin dengan manusia, ada mengajar kita engineering, pengetahuan dan sebagainya. gods ni semua membawa agama masing masing. Anyway, kita tak boleh cakap begini nanti di hukum oleh orang ramai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya sama sama lah kita menahan maki hamun hehehe. Saya pun takut. Tentang nabi Muhamad pun actually tiada bukti kewujudannya. Memang ada dikatakan makam dsb, tetapi tiada siapa boleh confirm kewujudan, (ini hanya pandangan penuh kebodohan, dan cakap cakap kosong, nanti orang report pulak. Sebenarnya saya cakap dari sudut bodoh. Okaylah berenti cakap bodoh hahahah.
|
|
|
|
|
|
|
|
alamak dah lari tajuk ni..jomm kumpul maklumat lagi |
|
|
|
|
|
|
|
banyak kitab dah huraikan |
|
|
|
|
|
|
| |
|