Dalam perniagaan, pemasaran produk dan perkhidmatan merupakan salah satu aspek yang sangat penting serta mencabar. Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang berkesan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan perniagaan. Kaedah dan cara pemasaran pula ada yang berbeza mengikut jenis perniagaan. Salah satu kaedah pemasaran yang menarik lagi menguntungkan ialah berniaga dengan Kerajaan Malaysia dan agensi-agensi di bawah seliannya. Mungkin ada diantara kita biasa mendengar berkenaan perkara ini dan mungkin juga tidak. Walaubagaimanapun, sebelum anda boleh memulakan urusniaga dengan pihak kerajaan, anda diwajibkan mendaftarkan perniagaan anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia atau Ministry of Finance (MOF) untuk memperolehi lesen MOF. Diantara kelebihan mendaftarkan perniagaan anda dengan MOF ialah: - Anda boleh menjual produk dan perkhidmatan anda kepada Kerajaan Malaysia dan agensi di bawah seliannya.
- Kaedah memasarkan perkhidmatan dengan cara yang lebih mudah dan sistematik melalui amalan membida tender dan projek secara online serta terbuka menggunakan portal eperolehan.com.my
- Latihan dan panduan secara berterusan disediakan oleh pihak MOF bagi usahawan yang berminat.
- Merupakan tambah nilai kepada perniagaan anda kerana anda telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kewangan Malaysia.
- Bagi usahawan bumiputera, anda boleh memohon pengiktirafan penarafan (status bumiputera) bersekali dengan proses permohonan lesen MOF bagi menambah nilai perniagaan anda.
|