Apakah itu dadah? Dadah atau dengan bahasa inggerisnya “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Berikutan adalah 10 jenis dadah yang harus kita jauhi selama lamanya
10-Nimetazepam~ sejenis dadah depresen dalam kelas benzodiazepine yang mengakibatkan kesan hipnotik, sedatif dan digunakan sebagai perehat otot.
Nimetazepam adalah ubatan berdaftar yang juga digunakan secara klinikal untuk rawatan pesakit yang mempunyai masalah tidur (insomnia) yang didaftarkan dengan nama komersil ERIMIN. Ia juga digunakan dalam rawatan 'epilepsy' (sawan) apabila rawatan ubatan lain menemui kegagalan.
9-Ecstasy~Ia adalah sejenis dadah dari kumpulan Amphetamine-Type Stimulant (ATS). Secara kimianya, ia dikenali sebagai 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) Seperti lain-lain dadah yang diharamkan, tiada kawalan kepada faktor seperti keberkesanan dan kebersihan semasa proses pembuatannya yang dijalankan secara haram. Penipuan sering berlaku dengan penambahan bahan lain yang lebih murah. Dadah begini mempunyai jumlah MDMA yang berbeza. Oleh itu, ia boleh meningkatkan risiko untuk mengambil dos yang berlebihan, mengalami keracunan atau mengalami kesan sampingan selepas mengambilnya.
8-ketamine~Ketamin juga dikenali sebagai ‘K’, Special K, Vitamin K dan Kit Kat. Ketamine ialah sejenis ubat bius untuk haiwan pada masa ini. Ia terdapat dalam bentuk serbuk kristal, cecair atau pil. Pada masa ini, ketamine lazimnya digunakan di temasya tari menari atau raves.
7-Ice~Ice atau Syabu juga dikenali sebagai methamphetamine. Ice juga diberi nama sebagai Glass, Crystal, Quartz, Ice Cream, Hirropon, Baby Ice. Ice mengakibatkan penurunan berat badan secara mendadak. Ianya lebih merbahaya sebagai perangsang kepada sistem saraf pusat dan merupakan sejenis dadah yang berpotensi untuk disalahgunakan dan juga boleh menyebabkan ketagihan yang berterusan.
6-Heroin~Heroin ialah bahan separa-tiruan hasil daripada pengolahan morfin dan candu. Warna asalnya adalah putih, kadangkala perang setelah dicampurkan dengan bahan lain. Heroin sebenarnya tidak mempunyai sebarang kegunaan perubatan walaupun pada tahun 1930an ia pernah diiklan sebagai ubat. Heroin adalah produk daripada opium. Heroin adalah dadah semi-sentetik dan campuran dari morfin dan sangat merbahaya. Ia juga dicampurkan ke dalam rokok untuk menambahkan khayalan pada penghisapnya
5-cocaine~ sejenis dadah yang memberi kesan euforia yang sangat tinggi kepada pengambilnya. Jenis kokain baru yang dihasilkan ialah jenis injection hidroklorik kokain dan perokok coca yang dicampur. Pada masa yang lalu, kokain dikatakan tidak menyebabkan kesan buruk kepada pengambilnya tetapi ia hanya boleh diambil dalam dos yang kecil. Kesannya amat memudaratkan, iaitu rasa gembira yang amat melampau, disamping hilang keupayaan untuk berfikir dan hidup seperti di awang-awangan. Terdapat juga kokain yang dijual secara tiruan dimana ia merupakan sejenis serbuk putih yang telah dicampur dengan bahan lain seperti laktosa.
4-cannabis~Ganja atau dikenali sebagai Kanabis adalah bahan kompleks yang mengandungi 421 jenis bahan kimia yang tergolong dalam 18 kelas berbeza. Bahan psikoaktifnya yang utama ialah delta 9 – tetrahidokabinol (THC). THC serta bahan kimia lain dalam ganja boleh larut minyak dan tinggal terus di dalam lemak sel darah. Terdapat 61 bahan kanabinoid lain yang terdiri daripada bahan kanabinol dan kanabidiol yang bertindak menyokong kesan THC – kesan sinergi.
3-LSD~ singkatan bagi nama Jerman iaitu Lyser Saure Diethylamid dan juga dikenali sebagai Lysergide dan LSD-25. Ia merupakan serbuk hablur yang tidak berwarna atau berbau dan larut dalam air dan alkohol. LSD selalunya dijumpai dalam bentuk cecair, serbuk atau dititik ke atas gula dadu, gelatin atau kertas blotter dan hanya sedikit sahaja diperlukan untuk mengeluarkan kesan halusinasi.
Post time 14-1-2020 12:10 AMFrom the mobile phone|Show all posts
You shouldn’t do drugs unless it’s with snoop
dog - kevin hart. Pada pengamatan i, puak mendadih ni jenis sensitif. And Flakka bagai tu effect nya dah macam jadi zombie. Seriau mak.