View: 1833|Reply: 6
|
[Tempatan]
Pakai title dato palsu dah ada hukuman penjara,pakai title Dr palsu bila pulak n
[Copy link]
|
|
Edited by Ladybird910 at 22-1-2020 03:08 AM
Sekarang berlambak lambak orang pakai title tipu..Doktor palsu lah..Dato palsu lah sebab nak kelentong orang lain.
Ikut berita Mstar,mereka yang meminta atau cuba menjual anugerah, gelaran atau darjah kebesaran palsu bakal berdepan hukuman sehingga 20 tahun penjara.
Mereka yang menerima atau menggunakan anugerah yang tidak diiktiraf pula boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun.
Hukuman ini ditetapkan dalam Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2016 yang diluluskan oleh Parlimen pada November 2016.
Menurut Warta Persekutuan, ia telah menerima Perkenan Diraja pada 3 Februari 2017.
Majlis Datuk Persekutuan Malaysia (MDPM) berkata, akta baharu itu akan menjadi penghalang dalam usaha membendung gelaran Datuk palsu.
"Kami menyokong akta itu dan mengalu-alukan penguatkuasaan dilaksanakan berdasarkan peruntukan," kata Setiausaha Agung MDPM Datuk Josephine Clement.
Katanya, majlis telah membincangkan tentang isu penganugerahan palsu dan gelaran yang meragukan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata, pangkalan data nasional bagi 'menapis' gelaran Datuk untuk penelitian awam juga telah diwujudkan.
Clement berkata, laman protokol (www.istiadat.gov.my) itu menyediakan senarai daftar semua anugerah di peringkat Persekutuan dan peringkat negeri.
"Mungkin senarai terkini dan disahkan dapat dipaparkan tidak lama lagi bagi membolehkan orang ramai memeriksa status pemegang gelaran yang mencurigakan dan melaporkannya kepada pihak berkuasa," katanya.
Sementara itu, Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, salah satu cara untuk mengesan individu yang menggunakan gelaran Datuk palsu adalah dengan melihat bagaimana dirinya 'membawa' gelaran tersebut.
"Ada yang enggan mencetak gelaran pada kad nama kerana bimbang ia boleh digunakan sebagai bukti," katanya.
Beliau menggesa pihak media bersikap lebih tegas apabila mengumumkan ucapan tahniah dan memastikan bahawa penerima yang dinamakan adalah pemegang gelaran yang sah.
"Apa yang orang baca dalam surat khabar, mereka akan anggap ia sebagai benar."
Chong berkata, memeriksa selempang dan lambang yang digunakan dapat mendedahkan jika seseorang itu menggunakan anugerah palsu.
Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan membeli anugerah palsu kononnya daripada 'wakil diraja' sambil menambah sebarang gelaran hanya boleh diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja negeri atau Yang Dipertua Negeri.
Pada Mac, kerajaan Johor meluluskan Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.
Selangor memperkenalkan enakmen yang sama April lepas, manakala Kelantan adalah negeri pertama yang menguatkuasakan versinya pada September 2015.
Pindaan Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963 untuk melarang penerimaan gelaran yang tidak diiktiraf telah dicadangkan di Parlimen pada Disember 2013 dan kemudian ditarik balik
By the way berita ni telah disiarkan di Mstar pada tahun 2017,di bawah link https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/03/21/penjara-jual-guna-gelaran-palsu
So rasa2nya kalau nak buat semakan kat website istiadat di http://www.istiadat.gov.my/index.php/component/semakanlantikanskp/ dah complete sepenuhnya lah kan!
Di zaman semua fake dan auta kaki kelentong berleluasa ni,saja la up semula news ni agar kaki2 penipu ni sedar diri dan insaf dah 2020 chuols... bina kredibiliti atas kaki sendiri ya...tak perlu nak tipu2...haram halal kena mau ingat na
Ps:lepas ni harap2 nya ada juga lah hukuman setimpal dikenakan untuk kaki penipu yang selumber pakai title professional seperti Doctor, IR, lawyer dan sebagainya.So kaki2 caras laki orang (Ops! Typo) kaki penipu putar alam di luar sana,awas yach!! |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
masih ramai guna gelaran palsu ni.. huhu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerana ramai orang yang kagum dengan gelaran...
pada akak, maaf lah, akak tidak kagum langsung |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh la dakwa jijan seman dulu
9 phd ikat tepi… anjirrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
baling 10 batu satu pun tak kena yg bukan dato
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa ye orang melayu, orang Malaysia(tak semua) ni gila status dan gila rasuah?
|
|
|
|
|
|
|
|
jadi fonder, otomatik dpt datuk.
aku tunggu menantu je la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|