Edited by addved at 5-2-2020 07:05 PM
Kebetulan semasa makan malam padahari yang sama, anak saya yang berumur 13 tahun berkongsi cerita mengenai sikap sesetengah pelajar kelas atasan yang membuli dan menghina secara lisan pelajar-pelajar berbangsa Cina dengan kata-kata kesat seperti “megapa kamu masih berada disini, kamu dan kaum kamu pembawa virus ini”, “pulanglah ke China, kami tak mahu kena virus ini” dan bermacam-macam lagi kata-kata nista yang sangat kurang ajar dan biadap. Saya turut berkongsi cerita yang sama dengan keuarga saya mengenai artikel yang saya baca di Gulf News dan kami sangat tidak bersetuju dengan apa yang berlaku.
Ini berlaku di “international school” di Middle East dan si pembuli rata-rata pelajar dari negara Arab dan “SouthCentral Asia”. Malangnya menurut anak saya, kakitangan sekolah tidak pula diberitahu mengenai insiden ini (mangsa tak buat repot sebab takut dan trauma) dan kami sebagai ibu bapa menggesa anak kami untuk:
1) Mengetengahkanisu ini ke pihak sekolah agar:
(a) tindakan sewajarnya dapat diambil ke ataspembuli;
(b) murid-murid perlu diberitahu apakah implikasiyang akan diambil sekiranya mereka pembuli dan apakah yang perlu dilakukan jikamereka menjadi mangsa buli;
(c) kesedaran sivil dapat di terangkan semasa perhimpunanrasmi/ didalam kelas oleh guru kelas mengenai betapa pentingnya sikap toleransi& belah kasihan dikalangan murid-murid diperlukan untuk tidak mengeruhkanlagi keadaan dan persekitaran di sekolah; dan
(d) pihak sekolah perlu terangkan kepada murid-muridapa itu coronavirus, apakah peranan yang telah diambil oleh pihak berkuasa(screening di airport, penerbangan ke China dihentikan seketika, etc.), apa yangperlu dilakukan, etc.
2) Jikabeliau nampak lagi kes pembulian ini supaya beliau pergi kepada mangsa danmenjadi kawannya dan bukan lawannya.
Dua hari sebelum kami berkongsi cerita mengenai issue pembulian ini, anak saya yang berumur 5 tahun terlibat dalam acara sukan disekolahnya dan rakan-rakan kelasnya terdiri daripada pelbagai bangsa dari pelbagai negara. Rakan-rakan dari negara China bersama-sama ibu bapa mereka turut serta dalam acara ini dan kami semua (ibu bapa) bersama guru-guru dan rakan-rakan pelajar yang lebih besar turut memeriahkan lagi acara ini dengan memberi sokongan dan sorakan tanpa bersikap prejudis dan tiada sorang pon diantara kami yang memakai “mask” mahupon megeluarkan kata-kata hinaan dan cacian kepada mereka daripada negara China ataupon mengasak ibu bapa daripada China mengenai wabak coronavirus.
Sikap toleransi dan belah kasih sayang perlu dipupuk dari rumah, ibu bapa memainkan peranan penting untuk membentuk peribadi anak-anak. Bak kata pepatah “kemana tumpah kuah kalua tak ke nasi”kan?
1. Bagaiman pula di Malaysia? Adakah kes pembuliandan perkauman seperti diatas wujud gara-gara merebaknya wabak coronavirus? 2. Perlu ke kita disrikiminasi dan bersikap prejudis terhadap sesuatu kaum dan negara (ataupon ethnicity) hanya kerana asal usul virus itu?
Di tempat kerja sayapon ada rakan sekerja berketurunan Cina tapi kami di ofis baik-baik saja dan saya juga tak sanggup melihat mereka (kaum Cina) didiskriminasi dengan kata-kata hinaan dan kejian lebih-lebih lagi kerana hal ini.
Saya bukan wartawan, saya hanya seorang manusia yang hanya berkongsi cerita dan mahu mendengar pendapat anda sahaja kerana sebagai “human being”, saya sangat terasa dan terkesan dengan cerita anak saya dan juga artikel di Gulf News.
|