Italjet mengesahkan skuter ikonik Dragster versi 2020 akan mula dihasilkan di Itali bermula bulan Mei ini. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Italjet, Massimo Tartarini menerusi satu kenyataan menyatakan ‘Dragster dijangka berada di semua pelusuk dunia’. “Edisi pertama membabitkan 499 unit sudah habis ditempah para peminat Dragster. Tempahan diterima daripada pelanggan di lebih 20 buah negara. Kini, penantian bakal berakhir. Pengeluaran Dragster akan bermula pada Mei ini.” – Massimo Tartarini
Pada era lewat 1990-an, skuter Dragster dipasang enjin 2-lejang (bawah kiri) silinder tunggal. Bagaimanapun, Dragster terbaharu (bawah kanan) didatangkan dengan enjin 4-lejang berkapasiti 125cc atau 200cc. Italjet Dragster masih menggunakan stereng hab melintang dan bukannya fork konvensional seperti skuter atau motosikal lain. Italjet mendakwa 90 peratus Dragsters dihasilkan adalah untuk eksport, Jerman dan United Kingdom menjadi negara pembeli terbesar di Eropah.
Dulu 2-stroke... skrang 4-stroke... rasa2 masuk Malaysia x?
|