ada beberapa penulis muslim berpendapat bahawa kepupusan dinasor adalah divine plan (perancangan Tuhan) untuk menyediakan bumi bagi kehidupan makhluk seterusnya yang akan dicipta iaitu manusia. Manusia tidak boleh hidup bersama dinasour.
Adakah dinasour makhluk yang suka menumpahkan darah yang dirujuk malaikat semasa berdialog dengan Tuhan sebelum penciptaan Adam a.s. ?
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
(Al-Baqarah 2:30)
|