CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3281|Reply: 18

Kegawatan lebih buruk daripada krisis 1998. Wawancara bersama Datuk Seri Mustapa

[Copy link]
Post time 5-4-2020 01:01 PM | Show all posts |Read mode

WABAK koronavirus (Covid-19) yang baru menular sejak kira-kira tiga bulan lalu sudah melumpuhkan banyak ekonomi negara di seluruh dunia.

Krisis kesihatan itu memaksa lebih 3.9 bilion penduduk bumi dikuarantin di rumah masing-masing sehinggakan kegiatan ekonomi seolah-olah terhenti.

Kesan daripada wabak Covid-19, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berpendapat Malaysia mungkin mengalami kemelesetan ekonomi yang lebih teruk daripada krisis kewangan 1998-1999.

Lebih teruk lagi beliau memberitahu, bagi setiap AS$1 penurunan harga minyak mentah dunia sekarang, pendapatan Malaysia daripada hasil petroleum akan berkurangan kira-kira RM300 juta.

Dalam wawancara bersama Sinar Ahad menerusi e-mel minggu ini, Mustapa turut berkongsi pandangannya mengenai perubahan gaya hidup rakyat Malaysia ke arah pendigitalan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan.

Beliau juga menceritakan tentang jalan keluar yang dirancang kerajaan bagi mengurangkan impak berganda krisis kesihatan dan kemeseletan ekonomi yang berlaku sekarang.

SINAR HARIAN: Ramai orang berterima kasih dengan kerajaan yang mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 bilion. Pertama, ramai yang bertanya dari mana tiba-tiba kerajaan ada duit sebanyak itu dan keduanya, jika Covid-19 terus berlarutan sehingga beberapa bulan lagi, sampai bilakah kerajaan mampu memberi bantuan kepada rakyat?

MUSTAPA: Alhamdulillah, secara keseluruhannya kerajaan mendapat maklum balas yang positif daripada rakyat mengenai Pakej Prihatin, namun pada masa yang sama terdapat rungutan daripada beberapa pihak khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Kerajaan memberikan perhatian serius terhadap beberapa cadangan daripada PKS untuk diperincikan.

Prihatin melibatkan peruntukan sebanyak RM250 bilion. Dana RM25 bilion adalah daripada peruntukan kerajaan manakala RM50 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sebahagian besarnya adalah pengeluaran i-Lestari. Selebihnya kebanyakannya adalah daripada bank-bank.

Keseluruhan pakej rangsangan tersebut adalah untuk tempoh enam bulan. Bagaimanapun, kerajaan akan menilai semula keadaan ekonomi dari masa ke masa sepanjang krisis kesihatan ini berlaku. Kerajaan cuba sedaya upaya berusaha untuk memastikan tidak ada siapa pun yang akan tercicir dan ada makanan di atas meja rakyat.

Covid-19 telah mengubah gaya hidup dan ekonomi kita terutamanya dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila orang tidak keluar membeli-belah, bercuti dan sebagainya. Selepas PKP ini, bagaimana kita boleh pulih dan berapa lama jangkaan Datuk Seri ekonomi kita akan pulih?

Gaya hidup rakyat Malaysia sudahpun berubah akibat Covid-19. Penggunaan aplikasi semakin meluas. Apabila berlaku krisis ini, dunia digital semakin penting. Kita tidak boleh bergerak ke sana ke sini dengan bebas bagi memutuskan rangkaian penyebaran Covid-19. Namun kita dapat belajar satu perkara yang penting iaitu pendigitalan. Mesyuarat diadakan secara sidang video; bekerja dan belajar dari rumah serta menempah barangan melalui online.

Malaysia mempunyai kadar penembusan internet yang agak luas iaitu 86 peratus tetapi kadar penggunaan e-wallet masih rendah. Dahulu, sebelum pelaksanaan skim e-tunai, hanya sekitar lapan peratus tetapi kini mungkin meningkat sedikit. Negara seperti China lebih banyak menggunakan e-wallet daripada wang fizikal.

Dalam masa yang sama, kekurangan data menyukarkan kita merancang sesuatu keputusan, menangani krisis atau menyalurkan bantuan. Di sini pentingnya Big Data, tambahan pula dalam negara menuju Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0). Justeru, kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia harus meningkatkan keupayaan menggunakan teknologi maklumat.

Inilah pentingnya pendigitalan kerana keadaan sekarang amat dinamik. Kita tidak dapat menjangkakan secara khusus bila krisis kesihatan ini akan berakhir. Sebagai contoh, dahulu dijangkakan PKP akan tamat selama dua minggu tetapi sekarang dilanjutkan lagi dua minggu. Keadaan selepas ini kita tidak tahu lagi.

Kita memperkenalkan beberapa inisiatif untuk tempoh enam bulan. Ini tidak bermakna ekonomi akan pulih dalam tempoh tersebut. Sukar untuk kita membuat jangkaan.

Tabung Kewangan Antarabangsa dan pakar-pakar ekonomi tempatan sudah menyatakan terdapat tanda-tanda kemelesetan ekonomi yang akan melanda dunia termasuk Malaysia angkara wabak Covid-19. Bagaimana Datuk Seri melihat kesan Covid-19 ini, adakah kita bakal berdepan kegawatan ekonomi seteruk seperti tahun 1998?

Semasa krisis kewangan tahun 1997 dan 1998, pertumbuhan negara adalah -7.4 peratus. Pada tahun 2009, krisis kewangan berulang lagi dan pertumbuhan KDNK -1.5. Pertumbuhan ekonomi pada tahun ini sudah pasti lebih rendah berbanding sasaran awal sebanyak 4.3 peratus sehingga 4.8 peratus.

Bank Negara mengumumkan ekonomi negara akan berkembang antara -2 peratus sehingga 0.5 peratus. Justeru, dalam berhadapan dengan ketidaktentuan pada masa sekarang, kerajaan akan meningkatkan usaha untuk memperkukuhkan daya tahan dan perlu memikirkan sumber pertumbuhan baharu supaya ekonomi kita terus kukuh dan mampan.

Keadaan sekarang amat berbeza berbanding dengan dua krisis sebelum ini. Pada masa ini, seluruh dunia berhadapan dengan krisis kesihatan dan semua pihak terjejas. Namun, dalam jangka sederhana dan panjang, asas ekonomi negara masih kukuh dengan sumber pertumbuhan yang pelbagai.

Dalam bisnes, aliran tunai sangat penting. Covid-19 menyebabkan sektor perniagaan daripada sektor korporat, PKS sehinggalah peniaga kecil terjejas. Apa yang mampu kerajaan lakukan untuk membantu sektor ini, pertama, bagi mengelakkan syarikat gulung tikar dan keduanya, tiada pembuangan pekerja?

Betul kita berhadapan dengan masalah mengelakkan syarikat gulung tikar dan seterusnya mengekang pembuangan pekerja. Kerajaan mendengar keluh-kesah daripada PKS. Libat urus dengan pihak terbabit diadakan secara berterusan. Insya-ALLAH dalam masa dua tiga hari lagi kerajaan akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi baharu khusus untuk PKS. Kerajaan dalam masa yang sama juga menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet yang bertujuan memastikan keseimbangan antara nyawa dan pekerjaan serta enjin ekonomi (economic engine) negara kita terus berjalan.

Melalui Prihatin, kerajaan telah menyediakan insentif-insentif untuk membantu PKS terus beroperasi. Contohnya, kerajaan menyediakan subsidi upah sebanyak RM600 sebulan selama tiga bulan untuk pekerja berpendapatan bawah RM4,000 dan majikan mengalami penurunan pendapatan lebih 50 peratus sejak Januari 2020. Majikan perlu menjamin tiada pembuangan pekerja bagi tempoh tiga bulan selepas program ini.

PKS sama seperti seluruh rakyat Malaysia mendapat moratorium pinjaman selama enam bulan. KWSP juga menyediakan kemudahan rundingan majikan untuk mereka menangguhkan bayaran, menstruktur dan menjadual semula sumbangan majikan. Ini membantu mereka melancarkan aliran tunai.

Di bawah matlamat kedua Prihatin iaitu sokongan perniagaan, kerajaan telah menyediakan tambahan sebanyak RM3 bilion untuk Tabung Kemudahan Khas (SRF) bagi membantu PKS dengan penurunan kadar kepada 3.5 peratus.

Terdapat tambahan RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro dengan kadar faedah dua peratus tanpa cagaran serta pembiayaan sehingga RM300,000 untuk PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada empat tahun di bawah skim Bizmula-I dan Bizwanita-I.

Tumpuan kini diberikan kepada sistem penyampaian dan pelaksanaan bagi memastikan semua yang diumumkan oleh kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat dan kumpulan sasar.

Inti pati Prihatin adalah untuk tempoh enam bulan sahaja. Bagaimana jika kesan Covid-19 berlanjutan daripada tempoh itu, adakah kerajaan mempunyai rizab perbendaharaan yang mencukupi bagi menghadapi kesan jangka panjang Covid-19?

Sudah pasti keadaan kewangan sekarang amat mencabar. Tekanan kewangan amat dirasai oleh sektor isi rumah, perniagaan khususnya PKS dan kerajaan. Namun, kerajaan berusaha untuk menangani cabaran ini.

Kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) untuk melihat isu-isu ekonomi dari masa ke masa. EAC yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri diurusetiakan bersama oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan bagi merancang pelan ekonomi jangka panjang melangkaui pandemik Covid-19. Sumber kewangan akan digembleng melalui beberapa syarikat berkaitan kerajaan dan dana-dana lain.

Kerajaan mungkin membiayai sebahagian perbelanjaan tambahan antara lain melalui pinjaman domestik sekiranya diperlukan. Seperti yang diputuskan oleh Menteri Kewangan, kerajaan tidak akan menggunakan rizab antarabangsa diurus Bank Negara Malaysia kerana penting untuk memastikan kelancaran aktiviti perdagangan antarabangsa.

Tiga industri paling terjejas teruk ialah industri penerbangan, pelancongan serta perhotelan. Apakah kerajaan ada rancangan khusus untuk menyelamatkan ketiga-tiga industri penting ini?

Yang paling terjejas teruk ialah industri penerbangan. Sebenarnya sektor-sektor ini mengalami pertumbuhan yang lembap sebelum pandemik Covid-19 lagi. Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo Air amat terkesan dengan keadaan ekonomi dunia ditambah dengan krisis kesihatan ini. Malah, semua syarikat penerbangan di dunia juga mengalami masalah yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Kerajaan melihat perkara ini dan akan merangka pelan khusus untuk industri penerbangan bagi memastikan mereka dapat terus beroperasi. Kerajaan telah menyediakan pelbagai pelan untuk membantu sektor yang terjejas ini. Sebagai contoh, Danajamin. Sebanyak RM50 bilion disediakan untuk menjamin pinjaman syarikat sehingga 80 peratus jaminan, dengan pinjaman melebihi RM20 juta untuk satu-satu syarikat.

Selain itu, pembayaran cukai pendapatan ditangguhkan selama tiga bulan manakala sumbangan kepada HRDF dikecualikan selama enam bulan. Penangguhan sumbangan KWSP oleh majikan akan dipertimbangkan mengikut kes. Selain Prihatin, kerajaan juga akan turut mengambil kira kesan Covid-19 kepada ketiga-tiga industri ini bagi membangunkan semula industri dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan pakej rangsangan ekonomi tambahan sebaik sahaja tempoh PKP tamat bagi membolehkan rakyat menjalani kehidupan seperti biasa?

Kerajaan sentiasa meneliti semua maklum balas daripada pelbagai pihak iaitu rakyat, sektor swasta dan PKS. Kementerian Kewangan, Urusetia EAC dan kementerian serta agensi lain akan terus mengadakan libat urus dengan pemegang taruh dalam merangka strategi bukan sahaja ketika pandemik Covid-19 tetapi juga pasca-Covid-19.

Bank Dunia meramalkan hanya dua negara di Asia Tenggara yang mengalami pertumbuhan negatif, iaitu Malaysia dan Thailand. Adakah Datuk Seri melihat Malaysia akan menepati ramalan Bank Dunia itu? Apakah kekuatan yang ada pada Malaysia untuk memastikan kita tidak terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi yang berpanjangan?

Bank Negara telah mengumumkan anggaran pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2020 adalah antara -2 sehingga 0.5 peratus. Keadaan amat sukar. Kesan ini dirasakan di seluruh dunia. Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva telah meramalkan dunia akan mengalami kemelesetan lebih teruk daripada tahun 2008-2009. Malah, bagi negara kita, saya berpendapat ia mungkin lebih teruk daripada krisis kewangan 1998-1999.

Namun, saya yakin dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh tokoh-tokoh dalam kerajaan dan swasta serta ahli akademik Malaysia, kita mampu untuk menangani cabaran ini. Kita tidak dapat jangkakan dengan tepat tetapi harapan kita keadaan akan beransur-ansur pulih pada hujung tahun ini atau awal tahun depan. Sudah pasti Bajet 2021 akan dirangka berdasarkan keadaan pada masa kini. Untuk jangka panjang, kerajaan sedang merangka RMK-12 dalam tempoh 2021-2025.

RMK-12 sudah tentu akan memberikan penekanan kepada kesan masalah yang dihadapi sekarang ke atas ekonomi negara. Apa pun matlamat kita untuk mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama menjelang 2030 akan terus menjadi panduan bagi membentuk dasar-dasar dalam mengharungi cabaran-cabaran mendatang.

Sekarang ini kita tidak nafikan semua sektor terkesan tetapi dengan Malaysia bergantung kepada minyak sebagai sumber pendapatan sehingga 30 peratus, apakah komen Datuk Seri mengenai kejatuhan teruk harga minyak dunia sehingga mencecah AS$23 setong sekarang?

Bagi sebuah negara yang bergantung agak besar kepada hasil petroleum untuk menjana hasil kerajaan, sudah tentu Malaysia akan turut terkesan dengan perkara ini. Dalam hal ini, kerajaan menjangkakan bagi setiap kejatuhan harga minyak mentah dunia sebanyak AS$1 setong, pendapatan negara daripada hasil petroleum akan berkurangan kira-kira RM300 juta.

Kejatuhan harga minyak dunia di bawah AS$25 setong (daripada AS$62 setong yang dianggarkan semasa pembentangan Belanjawan 2020) memberi impak yang bukan kecil kepada pendapatan negara disebabkan dividen Petronas yang merosot dan cukai pendapatan petroleum (petroleum income tax) semakin berkurangan.

Berapa lama kerajaan menjangkakan tempoh pemulihan semula harga minyak mentah dunia dan adakah Belanjawan 2020 yang dibuat berasaskan harga minyak dunia AS$62 setong masih mampu direalisasikan kerajaan sepanjang tahun ini?

Kejatuhan harga minyak yang mendadak kali ini adalah disebabkan oleh dua faktor utama, iaitu bekalan minyak mentah yang terlalu banyak di pasaran (oversupply), dan permintaan yang rendah (low demand). Dari segi bekalan, kegagalan mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) pada awal Mac 2020 dalam mencapai resolusi untuk meneruskan kerjasama pengurangan pengeluaran minyak mentah, terutama antara Arab Saudi dan Rusia, telah menyebabkan berlakunya lambakan bekalan minyak mentah di pasaran. Amerika Syarikat juga pengeluar minyak terbesar.

Dalam masa sama, pertumbuhan permintaan minyak mentah dunia turut berada pada kadar yang amat lemah hari ini akibat kemerosotan ekonomi dunia yang merudum disebabkan oleh penularan Covid-19.

Pelbagai sektor yang menggunakan minyak seperti pengangkutan, penerbangan dan perindustrian telah banyak terkesan oleh penularan wabak Covid-19 sekali gus menyebabkan pasaran minyak dunia menjadi tidak seimbang. Keadaan ini adalah baik untuk pengguna menikmati harga lebih rendah tetapi bagi kerajaan, ia menjejaskan hasil serta eksport.

Kedua-dua faktor ini telah memberi impak yang mendalam kepada harga minyak dunia. Oleh itu, pihak kerajaan menjangkakan tempoh untuk harga minyak dunia pulih semula akan mengambil masa lebih lama berbanding dengan sebelum ini. Harga purata minyak mentah dunia dianggarkan akan berada pada paras AS$35-AS$45 setong bagi tahun 2020 dan 2021.

PROFIL

Datuk Seri Mustapa Mohamed
Jawatan sekarang: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
Asal: Bachok, Kelantan
Umur: 70 tahun (1950)
Nama panggilan: Tok Pa
Pendidikan: Sarjana Pembangunan Ekonomi, Universiti Boston, Amerika Syarikat (1982); Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Melbourne, Australia (1973)
Politik: Ahli Parlimen Jeli (2004 hingga kini)
Pengalaman:
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2013-2018)
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2008-2009)
Menteri Pengajian Tinggi (2006-2008)
Menteri Kewangan Kedua (1998-1999)
Menteri Pembangunan Usahawan (1995-1998)

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2020 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
so far x dgr lg cmpny yg da bungkus and buang pekerja..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ekonomi patut jatuh no 2 dalam keadaan kritikal dan genting mcm sekarang ni. Nyawa dan keselamatan lebih utama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 5-4-2020 02:47 PM
so far x dgr lg cmpny yg da bungkus and buang pekerja..

Company bungkus belum dengar,  tp kena buang pekerja dah ada kat sekeliling ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nico_Robin replied at 5-4-2020 05:46 PM
Company bungkus belum dengar,  tp kena buang pekerja dah ada kat sekeliling ni

ye ke. Iols contact member dkt ex cmpny. Dorang ok lg. Masih blm kena buang. Dorang cmpny kecik je dan blh jd penanda aras sme. Maknanya kalo dorang da kena retrenchment tanda2 awal la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 5-4-2020 06:05 PM
ye ke. Iols contact member dkt ex cmpny. Dorang ok lg. Masih blm kena buang. Dorang cmpny kecik je ...

Contract staff ramai dah kena terminate... vss on da way...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2020 06:46 AM | Show all posts
hubs aku keje kat kilg swasta..so far utk company mnc xdgr apa2 lagi...production still jln tp minor sbb dia buat cip utk ventilator..dan dia pun wfh still meeting pagi smpi ke mlm...harap2 klu mco smpi raya pun gaji still dpt full la...skrg gaji masih full..tp kne prepare for the worst jgk la...ada dgr2 jgk akan ada offer vss nanti...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 11:53 AM | Show all posts
DatinAxia replied at 7-4-2020 09:26 PM
Contract staff ramai dah kena terminate... vss on da way...

Ofis i pun hari tu hr dah bagi msg. Kemungkinan akan kerja 3 hari je seminggu dan bakal di potong 50% gaji. I rasa diorang saja nak suruh pekerja cari kerja lain tanpa perlu bagi VSS. I ni dok tunggu peluang je..kalau diorang bagi vss...i nak ambik..huhi...

Tpi memikirkan ekonomi tak berapa menentu ni..takut juga...takut duit habis sebelum jumpa kerja lain..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2020 01:42 PM | Show all posts
julia5094 replied at 9-4-2020 11:53 AM
Ofis i pun hari tu hr dah bagi msg. Kemungkinan akan kerja 3 hari je seminggu dan bakal di potong  ...

actually kalo kita takde komitmen yg besar, and boleh hidup simple, mmg no problem pun nak amek VSS... i pun ada jugak berangan.. best nya kalo dpt... tp sbb dah biasa keje.. tak pernah duk dendiam kat rumah keciali time MCO ni... maybe kalo kena vss, i akan start masuk kelas2 memasak menjahit utk start bisnes.... resort i now takde income, nasib baik takde buat loan apa2...

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 03:36 PM | Show all posts
Lets count the blessings instead those troubles our mind.


Ignorance always a bliss org kata...hahaha anyway yup agree dgn Datin, sebenarnya utk kita maybe at least tak terasa sangat...i rasa yg lebih terkesan peniaga kecil tu and yg gaji 2k kebawah yg hanya husband bekerja.  

I rasa ini jugak masa paling sesuai utk betulkan diri. And percayalah only the tough will get going so kita pilih yg mana...but good part is while masa gini i dah jd netizen defending frontliners kita ...hahah so its a positive thing jugakla
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 03:38 PM | Show all posts
julia5094 replied at 9-4-2020 03:53 AM
Ofis i pun hari tu hr dah bagi msg. Kemungkinan akan kerja 3 hari je seminggu dan bakal di potong  ...

Jual resepi nasi ayam tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 03:41 PM | Show all posts
On serious note, ni la masa untuk buat research segala apa ada kat google tu untuk kita find out apa yng boleh kita explore and make money. Walau tak banyak tp and option untuk meneruskan kehidupan. Orang tua tua selalu kata, jangan mengalah sebelum berperang..gitula kot lebih kurang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 03:50 PM | Show all posts
adila39 replied at 10-4-2020 03:38 PM
Jual resepi nasi ayam tu

Ha..ha..nasi ayam tu tak menepati piawaian lagi la dear.. Tapi kalau terdesak tak cukup duit..mungkin terpaksa la bukak meja kat pasar malam. Jual kat pasar malam online la kot. Terpaksa demi sesuap nasi...sedih tak ayat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 03:55 PM | Show all posts
DatinAxia replied at 9-4-2020 01:42 PM
actually kalo kita takde komitmen yg besar, and boleh hidup simple, mmg no problem pun nak amek VS ...

Memang diluar pemikiran kita kan, benda ni boleh berlaku. Tapi nak buat macamana, ni semua kira ketentuan ilahi. Nak tak nak kena cari idea apa yang kita nak buat untuk harungi dugaan ni. Buat masa ni tak de la rasa sangat. Sebab gaji still lagi masuk macam biasa. Once gaji dah kena potong nanti..nak tak nak, kena hadap la..

Resort, homestay memang betul2 terkesan kan time2 macam ni. Moga ada sinar untuk kita semua nanti..insyaAllah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
julia5094 replied at 10-4-2020 03:55 PM
Memang diluar pemikiran kita kan, benda ni boleh berlaku. Tapi nak buat macamana, ni semua kira ke ...

resorts mmg terasa sekarang... tp lepas habis MCO ni insyAllah booming, sbb mostly local customers and malaysian akan travel domestically je, due to less globalization..  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Plan ingat nk borong facemask n sanitizer nak jual tapi mil n somi lak melarang dorang soh meniaga makanan..dorang ckap nti da habis pkp tkut org da xnak beli lagi tkut xlaku..aku ni mana pndai masak..ni kontrak keje aku da hbis 31-3 ri tu n aku xpasti sme ade sambung ke x..hri tu bos ckap tgu naik keje bru sain baru..hbs smbung pkp smpai 28-4 ni krenye sbulan aku xde gaji..hmm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2020 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
chicozinn replied at 13-4-2020 08:32 AM
Plan ingat nk borong facemask n sanitizer nak jual tapi mil n somi lak melarang dorang soh meniaga m ...

ye ke hm........ jual la makanan yg simple.. cuaca panas buat coconut shake in bottle
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 13-4-2020 05:23 PM
ye ke hm........ jual la makanan yg simple.. cuaca panas buat coconut shake in bottle

Kat uma mil ni mmg ade warung dia punya tepi jalan tapi bukan 1st layer main road..xtau la sambutan cmne..ingt nk buat biz mknan cod je cm popia carbonara n tauhu bergedil..

Sbb klu nk msak kuih2 ke lauk pauk wt mkan sndri pun msih refer resepi kt google..ingt nk buat easy biz tme pkp ie jual brg tgh viral tapi bila somi n mil da xsokong mmg saya trus mti hajat nk truskn..even b4 this pun klu somi xbagi tapi saya insist nak gak mostly benda tu memang tak akan menjadi..haishhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Tok Pa pernah jadi ahli MTEN masa gawat 97/98 ...so dia mmg faham la ekonomi Malaysia .Menteri lama dlm sejarah Malaysia .Andainya beliau jadi MB Klate,dah lama Klate Ada air bersih,maju n Kaya .Syg sekali .....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.122272 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list