Jenis Jenis mesin jahitJenis jenis Mesin jahit Portable dan IndustriTerdapat pelbagai jenis jenis
mesin jahit di pasaran Malaysia,
harga nya bergantung kepada kemampuan mesin, dan Jenama mesin tersebut
Disini ingin saya huraikan sedikit berkenaan jenis-jenis
mesin jahit serta harganya,
Setiap model mesin mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri, antaranya adalah untuk jahit lurus,
jahit tepi, jahit lubang butang, butang, interlock dan lain-lain.
Jenis -jenis Mesin Jahit mudah Alih (Portable)Mesin jahit mudah alih, atau lebih dikenali sebagai “
mesin jahit portable”
merupakan
mesin jahit yang mampu melakukan lebih banyak corak jahitan berbanding
mesin jahit industri.
Walaupun terhad dengan masa penggunaan yang singkat, ia mampu menghasilkan pelbagai produk jahitan
seperti lubang butang, butang, zip, jahit beg, jahit tepi ,jahit sulam dan lain-lain.
PROS :
1. lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana
2. Jimat elektrik
3. lebih banyak fungsi. (lubang butang, zip, sulam, jahit tepi dll)
4. Harga lebih Murah
5. Jimat ruang
6. Kelajuan mesin perlahan (Mudah dikawal oleh beginner)
CONS :1. had penggunaan 2~3jam
2. Motor berkuasa kecil
3. rangka plastik, mudah rosak jika jatuh
4. Kelajuan mesin agak perlahan berbanding mesin industri
Mesin jahit portable juga terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya adalah :
1. Mesin jahit lurus (basic)
Antara harga
mesin jahit lurus yang popular ialah
Brother Ja1400 RM690
Juki Hzl12z RM499
Singer Start RM590
(Tertakluk kepada Diskaun semasa, WhatsApp
0123416010 utk diskaun Khas)
Jahit tepi (Overcast) dari
mesin jahit lurus portable serbaguna
Jahit tepi tudung (BABY SEAM) oleh
mesin jahit lurus serbaguna
2. mesin jahit lurus berkomputer (lebih banyak fungsi)
Harga
mesin Jahit lurus Berkomputer Adalah sekitar RM1200 hingga RM1599
3. Jenis jenis Mesin Jahit Tepi Terdiri dari beberapa jenis corak jahit tepi,
Antara yang popular ialah Jahit tepi kasar (OVERLOCK) ,
Jahit tepi halus (NARROW HEM), Jahit tepi tudung (ROLLED HEM)
dan jahit tepi bawah T-shirt (COVERSTITCH)
Singer 14n555 Overlock machine RM1099
Brother 2340cv COVERSTITCH MACHINE
Mesin coverstitch cuma boleh jahit satu jenis jahitan sahaja spt gambar dibawah:-
Gambar jahitan COVERSTITCH
4. Mesin jahit sulam Berkomputer
Mesin jahit sulam berkomputer adalah sangat canggih dan boleh menghasilkan sulaman yang cantik
paling popular ialah jenama Brother kerana harganya yang sangat berpatutan selari dengan fungsi yang dimiliki
Brother NV955 RM2500
Brother Nv980k RM2600
Brother Nv980k RM2600
Jenis jenis Mesin Jahit IndustriMesin Jahit Industri Jack A4 Berkomputer , kawal speed, Auto Potong benang RM2600
Mesin jahit industri atau lebih dikenali sebagai
Mesin Jahit high speed, adalah
mesin jahit yang digunakan untuk mengambil tempahan secara pukal. Perbezaan yang ketara berbanding
mesin jahit mudah alih (portable) adalah
mesin jahit ini khusus untuk jahitan yang lurus sahaja.
PROS :
1. Jahitan yang lebih laju
2. boleh digunakan dalam jangka masa yang lama tanpa rehat
3. motor lebih besar, mampu menjahit semua jenis kain
4.Jangka hayat yang sangat panjang (30 – 40 tahun masih dapat berfungsi dengan baik)
CONS:
1. Harga lebih mahal berbanding portable
2. memerlukan ruang yang besar
3. Berat
4. mampu menjahit satu jenis jahitan sahaja
Antara jenama
mesin jahit industri yang laris di pasaran kini adalah JUKI,
walaupun harganya agak mahal namun kualiti jahitan dan mesin tersebut tak dapat ditandingi jenama-jenama lain.
Jenama lain seperti Gemsy, Typical, Singer, JACK, Siruba dan juga Brother adalah lebih murah berbanding JUKI,
kualitinya juga baik.
1. Jahit lurus
Juki Clutch Motor RM1900 (Jenis motor size BESAR dan berdesing bunyi nya)
Juki Servo Motor RM2200 (Jenis motor yang SENYAP)
Juki Auto Thread Trimmer RM3600 (Auto Potong benang sebaik shj habis jahitan- tak perlukan kacip)
Singer Clutch Motor RM1800
Singer Direct Drive RM2200 (Sistem Direct Drive ialah Motor berkomputer yang boleh kawal SPEED)
Singer Auto Thread Trimmer RM3200
Jack Direct Drive Speed control RM1600
Jack Auto Thread trimmer RM2600
2. Jahit tepi kasar
Juki 4benang RM3600
Juki 3 Benang RM3500
Singer Direct Drive 3 benang dan 4 benang harga sama
RM2600
Jack Direct Drive 3benang dan 4 benang harga sama
RM2600
3. Jahit tepi halus
4. Interlock
Jack interlock 5 benang Direct Drive RM4500
Konwa Interlock 5 benang RM4500
Singer Interlock 5 benang RM4500
jenis jahitan interlock oleh mesin industri
5. Lubang butang
Kebanyakkan Mesin lubang butang Harga nya ialah RM7500
Antara jenama yang available ialah Jack, Singer, Konwa Dan Juki
6. Butang
Anggaran Harga
Mesin jahit butang ialah RM5000
Jenis jenis Motor Mesin jahit IndustriJenis motor bagi
mesin jahit industri pula terbahagi kepada tiga jenis
1- Clutch motor (Saiz besar dan berbunyi berdesing)
2- Servo motor (Jimat eletrik dan bunyi senyap)
3- Direct Drive (Motor berkomputer terus sambung ke kepala mesin)
kebanyakan
mesin jahit keluaran terbaru telah bertukar kepada teknologi direct drive
sejak tahun 2016
Motor jenis DIRECT DRIVE
SERVO MOTOR mesin industri
jahit2 ni ,kalau ada buka kedai jahit di rumah ke
okla nak belajar mesin2 yang tepat untuk di beli
kala setakat macam saya just nak jahit baju
koyak ke ,memang tak pernah lagi baju koyak haha