CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1319|Reply: 5

Guna ular jadi pelitup muka

[Copy link]
Post time 12-10-2020 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Manchester: Seorang lelaki mencetuskan panik apabila menjadikan ular peliharaannya sebagai pelitup muka ketika menaiki sebuah bas dari Swinton ke Manchester.

Portal Sky News melaporkan, reptilia milik lelaki berkenaan dilaporkan tidak mencederakan penumpang yang lain, namun lelaki terbabit tetap diberi peringatan kerana melakukan sesuatu yang boleh mengancam nyawa penumpang lain.

Seorang penumpang yang enggan identitinya didedahkan berkata, dia mulanya menyangka lelaki terbabit menggunakan pelitup muka bercorak 'funky'.

"Rupa-rupanya, ia bukan pelitup muka tetapi ular yang melilit tangan dan menutup wajahnya.

"Ular itu tidak mengganggu saya mahupun penumpang lain. Cuma,tiada siapa yang berani merenungnya," katanya.

Kisah itu mendapat perhatian selepas gambar lelaki berkenaan tular di laman sosial.

Jurucakap Hal Ehwal Pengangkutan Manchester, undang-undang kerajaan jelas menyatakan kesemua penumpang wajib memakai pelitup muka ketika menaiki pengangkutan awam selagi Covid-19 belum reda melainkan ada sebab tertentu iaitu faktor umur, kesihatan atau hilang upaya.

"Tidak semestinya pelitup muka perubatan tetapi penumpang juga boleh membuat sendiri atau memakai selendang bagi melindungi wajah mereka.

"Meskipun ada bermacam pemahaman mengenainya tetapi tidak perlu sehingga menggunakan ular sebagai pelitup muka," katanya




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2020 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada gmbr x?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 04:59 PM | Show all posts
betul ke orang kata kalau bela ular mati dgn ular
kalau bela buaya mati dgn buaya
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamba ko jadikan ular sbgai face mask??? mujurlah ular tu x terus patuk ko
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
obria replied at 12-10-2020 04:59 PM
betul ke orang kata kalau bela ular mati dgn ular
kalau bela buaya mati dgn buaya

Maksud mati disebabkan ular ke mati brsama ular?
Kalau disebabkan,abestu yg bela kucing ikan ayam tu cmne pulak??
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 11:13 AM | Show all posts
macam ni pon ada
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.042236 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list