CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1278|Reply: 4

Majikan perlu peka, tangani isu kesihatan mental pekerja

[Copy link]
Post time 15-10-2020 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Isu kesihatan mental di tempat kerja seharusnya tidak dipandang ringan mana-mana organisasi. Ia dilihat sebagai isu global yang memberi impak besar terhadap produktiviti organisasi.

Kini, penyakit mental menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di negara ini selepas penyakit jantung. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental bakal menggantikan penyakit kardiovaskular sebagai faktor penentu utama, sama ada seseorang itu masih mampu untuk terus bekerja atau sebaliknya

Realitinya, laporan statistik mengenai penyakit mental di negara ini sangat membimbangkan. Pada 2008, kira-kira 400,227 pesakit di negara ini mendapatkan bantuan psikiatri di hospital kerajaan. Jumlah itu terus meningkat dengan 2,000 kes baharu skizofrenia dilaporkan setiap tahun.

Antara punca utama penyakit mental di tempat kerja adalah beban kerja melampau, selain tempoh masa bekerja panjang, kurangnya kawalan, kerja rutin, konflik antara individu, kurangnya ganjaran dan masalah organisasi.

Penularan pandemik COVID 19 turut menyumbang isu kesihatan mental dalam kalangan pekerja. Misalnya, pelaksanaan bekerja dari rumah yang menjejaskan keseimbangan kerja dan kehidupan.

Dalam hal ini, persekitaran kerja negatif mendatangkan pelbagai penyakit fizikal dan mental, termasuk masalah tingkah laku yang menyebabkan pekerja bersikap sambil lewa serta suka ponteng kerja dan mutu kerja menurun.

Gejala kesihatan mental boleh mempengaruhi psikologi, fisiologi dan tingkah laku pekerja. Tekanan psikologi seperti kemurungan, kelesuan, dan gangguan psikosomatik sekiranya berlaku secara berpanjangan memberi kesan ke atas fisiologi.

Kemurungan akibat tekanan di tempat kerja terdiri kesan psikologi seperti kebimbangan, kesedihan dan cepat marah. Kesan fisiologi pula seperti tekanan darah tinggi dan tekanan otot yang kuat. Kesihatan mental turut memberi kesan terhadap tingkah laku pekerja seperti prestasi kerja lemah, kemalangan, gangguan tidur, penyalahgunaan dadah.

Isu kesihatan mental dalam kalangan pekerja di negara ini menelan kos RM14.4 bilion atau satu peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2018.

Kebanyakan pekerja sukar menangani masalah dihadapi di tempat kerja dan gagal mengatasi masalah itu. Stigma umum menjadi punca masyarakat kita gagal untuk bersikap jujur jika mereka mengalami kemurungan.

Justeru, majikan perlu menyediakan langkah berkesan untuk menanganinya. Jika gagal, ia akan merugikan organisasi kerana masalah mental di tempat kerja ibarat pembunuh senyap kepada tenaga kerja berkualiti.

Pihak majikan perlu mengambil kira faktor tekanan kerja dan risiko psikososial dalam mempromosikan strategi kesihatan pekerjaan. Ia dapat mengurangkan kes penyakit mental pekerja. Namun, ramai majikan tidak tahu bagaimana menanganinya.

Setiap organisasi perlu sentiasa peka dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan isu kesihatan mental berterusan di tempat kerja. Antara peranan majikan bagi mengurangkan gejala ini ialah perlunya prihatin mengenai beban tugas pekerja.

Keadaan mental seseorang pekerja akan terjejas apabila mereka diberi beban melampau batas tanpa ada sokongan pihak organisasi. Sikap majikan tidak menjaga kebajikan dan persekitaran kerja negatif pula boleh menyebabkan pekerjanya cenderung mengalami penyakit mental seperti kebimbangan, kemurungan dan kelesuan emosi yang kemudiannya memaksa mereka mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.

Pihak majikan juga perlu mementingkan faktor instrinsik pekerjaan dalam memastikan kerja itu benar-benar memberi keselesaan dan kepuasan kepada pekerja. Faktor instrinsik ini seperti reka bentuk kerja dan persekitaran fizikal seperti kualiti udara, pencahayaan, kebersihan, bunyi bising, perabot dan ruang kerja.

Semua ini memberi kesan positif kepada perasaan dan mental individu yang boleh meminimumkan masalah di tempat kerja.

Perubahan corak pekerjaan ke arah penggunaan digital juga mengundang beban kognitif pekerja. Justeru, pihak organisasi perlu menyediakan fasiliti dan sistem kondusif agar pekerja dapat mengurangkan tekanan berpunca penggunaan teknologi.

Dari aspek peranan tugas, pihak majikan perlu memberi penjelasan mengenai peranan sebenar pekerja dalam organisasi melalui sistem komunikasi berkesan. Ini penting bagi mengelakkan kekaburan peranan dalam kalangan pekerja yang boleh menyumbang kepada tekanan di tempat kerja.

Berurusan dengan pengurus dan rakan sekerja juga akan memberi kesan kepada perasaan seseorang di tempat kerja, sekali gus boleh menyumbang kepada sumber tekanan. Justeru, hubungan harmoni perlu dicapai antara pekerja dengan pekerja serta pekerja dengan majikan.

Komunikasi berkesan akan dapat meminimumkan sebarang konflik yang wujud dan ini akan meningkatkan kesetiaan pekerja terhadap organisasi.

Pemimpin sesebuah organisasi pula mesti bersikap telus dan adil kepada semua pekerja. Perlunya disediakan kemudahan untuk pekerja mendapatkan bantuan daripada pakar psikologi, kaunselor, pekerja sosial dan ahli terapi.

Menurut kajian, ada organisasi tidak menyediakan kemudahan ini, sedangkan setiap organisasi perlu mempunyai kesedaran bahawa kesihatan mental adalah penyakit sedang menyelubungi zaman milenium ini.

Majikan sendiri perlu mengesan lebih awal pekerja tertekan dengan beban kerja kerana kesihatan mental memerlukan perhatian segera.

Kurangnya kesedaran dan pengetahuan masalah mental boleh mengakibatkan kakitangan bekerja dalam keadaan tidak produktif dan memberi mereka lebih tekanan jika dimarahi majikan kerana tidak mencapai apa yang diinginkan.

Kempen kesihatan mental juga perlu dilaksanakan dalam setiap organisasi bagi memberi peluang kepada pekerja memahami apa yang boleh mereka lakukan. Ia juga untuk melawan stigma masyarakat yang masih tidak bersikap terbuka apabila membincangkan isu masalah kesihatan mental, khususnya di tempat kerja.

Kesimpulannya, majikan perlu prihatin terhadap kesihatan mental pekerja kerana ia satu pelaburan jangka panjang kepada organisasi. Pekerja sejahtera akan menghasilkan mutu kerja tinggi dan mengurangkan kos organisasi dalam menguruskan masalah mental serta salah laku pekerja.

Pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan membabitkan psikologi dan kaunselor di tempat kerja memandangkan penyakit mental ini bakal menjadi pembunuh utama di masa hadapan.

Penulis adalah Pensyarah Psikologi di Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2020 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
i wish my ex bos tu di sah kan mental oleh syarikat terkini yg dia bkerja ..

and terus dpt rawatan mental

the most sakai chinese men i ever met ..
sakai and bodoh nak mampus
tapi perasan pandai ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 02:30 PM | Show all posts
Senyum sinis jer ler kalau mereka nak peka
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat gesa dan suruh majikan peka, mampus depa nak peduli..  ada OSHA pun setakat wayang utk akreditasi sahaja..
Melainkan diwajibkan dan kenakan denda pada yg ingkar baru depa ambik serius..

Cuba bagi cadangan ni pada dato shamsuddin bardan, yang tak habis2 dok kondem pekerja tak pandai bahasa inggeris...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Boslah juga penyebab sakit mental ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.243456 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list