View: 1117|Reply: 1
|
Malaysia perlu contohi China gubal dasar baharu tingkat ekonomi
[Copy link]
|
|
Malaysia perlu contohi China gubal dasar baharu tingkat ekonomi
KUALA LUMPUR, 13 April - Malaysia boleh mencontohi China yang menggubal dasar baharu bagi meningkatkan ekonomi yang lebih kompetitif selepas penularan COVID-19.
Duta Besar Malaysia ke Republik Rakyat China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin berkata, meskipun China telah mengistiharkan negaranya bebas daripada perintah sekatan pergerakan pada 8 April, namun ia bukanlah satu kebebasan yang mutlak.
Sebaliknya biarpun kelonggaran diberi, namun ia masih dikawal oleh pihak berkuasa bagi mengehadkan kehadiran orang ramai di kawasan umum pada satu-satu masa.
"China telah menggubal dasar untuk memastikan perhidmatan dalam talian berada di tahap yang lebih maju daripada sebelum COVID-19.
"Saya rasa di Malaysia pun, kita akan lakukan perkara yang sama dan perlu fikir kaedah yang lebih fleksibel bagaimana mahu berniaga sebagai contoh," jelasnya.
Dalam masa sama, bantuan yang diterima Malaysia daripada kerajaan China bagi mengharungi pandemik ini, menunjukkan hubungan diplomatik yang baik antara kedua-dua negara sejak 45 tahun lalu.
https://berita.rtm.gov.my/index. ... aru-tingkat-ekonomi |
|
|
|
|
|
|
|
Klo seme bangsa lam dunia ni mati arini...
CHINA still can survive till Armageddon
Pilem kungfu dia pun terusan di tonton
Tapi klo seme mati kecuali tanah melayu...abisss laaa syamsol kait sawit..awie juei tapai...mambong juei petai kut
Talking about MASS SCALE economy
Mesia wajib tiru china bab denda klo rasuah..hukum TEMBAK MATI!! Ni patut kita contohi |
|
|
|
|
|
|
| |
|