View: 1592|Reply: 6
|
Demi sesuap nasi n Walau Hujan Lebat Rider Redah Hantar Order,Menggigil Kesejuka
[Copy link]
|
|
Bukan mudah bekerja sebagai seorang penghantar makanan kerana sentiasa terdedah dengan pelbagai risiko.
Di antaranya termasuklah dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan keselamatan mereka di jalan raya.
Seperti perkongsian seorang gadis yang dikenali sebagai Wahida Syafiqa, menceritakan kegigihan seorang penghantar makanan yang menghantar makanan kepadanya walaupun hujan lebat ketika itu.
Menerusi muatnaik video yang berdurasi 21 saat itu, penghantar makanan baru sahaja menghantar pesanan kepada pelanggannya.
Di dalam video tersebut, jelas kelihatan dia kesejukan dan tangannya ketika itu terketar-ketar tanda sejuk yang teramat.
Ketika kejadian, hujan turun dengan lebat dan dia ketika itu lengkap memakai baju hujan.
“Tengok sampai habis. Ya allah mulianyaa dia kerja musim mcm ni. Moga murah rezeki abang ni dan semua rider.”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan penghantar makanan itu dan mendoakan supaya dia dimurahkan rezeki.
Malah, banyak juga komen yang memberi pesan supaya seseorang pelanggan faham jika makanan yang dipesannya sampai agak lambat sewaktu hujan lebat.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah... kesiannya... Tu pasal laki aku cukup2 pantang kalau food rider hantar makanan ada yg marah2... Ko nak makanan sampai je kan...lambat sikit ke ape ke..jgn dimarah. Bagi je lah sedekah lebih... xpyh ambik baki kalau COD tu... Kesian dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
ada yang suruh hantar air 6-7 cawan besar style cawan fast food bodoh tu. macam mana budak tu nak bawa dalam kotak belakang tu tak nak bagi tumpah.
bodoh kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
nak sesuap ke, byk suap ke, kenalah guna otak utk fikirkan tentang diri sendiri. buat analisa ringkas je pun contohnya, safety menunggang ketika hujan lebat. biarlah delivery persons yg naik kereta amik assignment tu (kalau ada) atau hantar bila hujan dh reda. |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah2lah mengangkat taraf rider. Ramai lg dan bnyk pekerjaan lain yg kerja dn risiko lg tinggi. Tukang angkat sampah chuols lg teruk kerjanya dan gaji lagi cipot. Dipandang hina lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu aku order grab, panda. Tiba2 hujan turun lebat gila. Bila bdk2 ni msg kata lambat sebab tunggu hujan turun, aku reply, okey no problem. Nak cepat ko masak la sendiri, atau dh lapar sgt kunyah2 biskut kering cicah milo, kenyang jgk alas perut. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi meols..lambat tak apa... tapi mestila ikut arahan...kalau meols ckp letak depan grill rumah... kenalah letak...ada pulak malas nak naik suruh kita ambik pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|