Pemain bola sepak Muhammad Syafiq Ahmad yang terbabit kemalangan jalan raya diberikan masa untuk pulih daripada segi fizikal dan emosi sebelum menyertai semula skuad kebangsaan.
Jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe berkata, ketika ini tiada sebarang latihan diadakan apatah lagi Piala Malaysia dibatalkan akibat situasi semasa yang tidak mengizinkan.